Friday, July 4, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 44 - Bala pula main belakang)

Di bawah adalah Akuan Sumpah kedua oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam hari ini. Beliau menarik balik Akuan Sumpah pertama yang dibuatnya 1 Julai lalu yang dibentangkan ketika sidang media anjuran penasihat PKR, DSAI di ibu pejabat PKR, semalam.
Berikut adalah kenyataan terbaru Bala:
"Dengan ini, saya menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpah saya yang bertarikh 1 Julai 2008. Saya membuat akuan bersumpah itu dalam keadaan tertekan.

Akuan bersumpah yang baru itu menyatakan:
"Saya ingin menyatakan bahawa tidak pernah pada bila-bila masa (Abdul) Razak (Abdullah) Baginda memberitahu saya yang beliau diperkenalkan kepada Altantuya Shaaribu oleh seorang VIP dan pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya bahawa Datuk Seri Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.
"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya Shaaribu kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda dan atau Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak, bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya Shaaribu telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris;
"Tidak pernah pada bila-bila masa Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau meminta wang sebanyak US$500,000 sebagai komisen bagi bantuannya dalam urusan pembelian kapal selam di Paris;
"Tidak pernah pada bila-bila masa pun Razak Baginda dan/atau Altantuya Shaaribu memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dengan Altantuya Shaaribu di Singapura;
"Tidak pernah pada bila-bila masa pun Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau mahu saya mengaturkan untuk beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak;
"Tidak pernah pada bila-bila masa saya ada memberitahu polis semasa penyiasatan mereka mengenai sebarang perhubungan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaaribu kerana perhubungan itu tidak pernah wujud, pada pengetahuan saya. Oleh yang demikian, kenyataan yang saya tandatangani di hadapan polis sudah selesai;
"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang beliau telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib pada malam beliau ditahan; dan
"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar SMS kepadanya pada hari beliau ditahan yang menyatakan beliau (Najib) akan berjumpa dengan KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) pada hari berkenaan dan masalah itu akan diselesaikan dan meminta Razak Baginda supaya terus tenang."

Editorialblog sudah menjangkakan apa akan dikatakan oleh DSAI dan penyokongnya apabila mengetahui Balasubramaniam pula 'main belakang' beliau. Semalam, dengan bangga DSAI mengadakan sidang media untuk mendedahkan Akuan Sumpah Bala yang menuduh orang itu dan orang ini sebagai salah.
Menuduh orang itu dan orang ini dalam kerajaan mengadakan konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Kononnya kerajaan yang ada sekarang semakin takut kepada beliau kerana beliau menjaja bahawa ada orang BN akan lompat ke PKR. Editorialblog sudah katakan dari awal bahawa wakil rakyat BN tidak akan lompat parti. Mereka bukan katak.
Oleh kerana apa yang dijaja tidak laku, maka apa saja isu yang timbul sekarang akan digunakan untuk melarikan perhatian orang ramai daripada isu tuduhan liwat kali kedua yang dibuat oleh pembantunya.
Mereka sanggup mengajak rakyat berhimpun kononnya untuk protes kenaikan harga minyak. Cuba kita semua fikir wahai orang Melayu. Jika kita buat demonstrasi di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam sekalipun, kerajaan tidak akan menurunkan harga minyak dah!. Menjerit lah sehingga ke pagi pun, kerajaan tidak akan turunkan harga minyak. Buat habiskan minyak kereta anda semua saja mengikuti demonstrasi itu.
Yang sebenarnya, pemimpin pembangkang pun tahu bahawa kerajaan tidak akan turunkan harga minyak. Mereka hanya mahu mengalihkan pandangan masyarakat dan rakyat terhadap isu hangat yang sedang diperkatakan sekarang. LIWAT........

No comments: