Wednesday, July 9, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 46 - ANWAR TAKUT BERSUMPAH)

Jadi?

Akhirnya, Anwar Ibrahim a.k.a AI (tiada lagi DS) bersuara dan menyatakan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan. Sejak awal-awal lagi sudah dijangka bahawa AI akan memberi alasan yang akan membuatkan orang ramai percaya dan simpati. Maklumlah, beliau selalu bercakap mengenai agama Islam dan lebih bijak daripada yang bijak-bijak.

Hari ini, Anwar apabila ditanya oleh para wartawan memberitahu bahawa selepas mendapat pandangan ulama adalah tidak perlu baginya berbuat demikian dan ia juga bukan tradisi Islam.

Anwar memberitahu demikian ketika diminta mengulas mengenai cabaran bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, supaya Anwar bersumpah mubahalah depan ulama, berikutan tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya.

Ramai umat Islam yang menyokong cabaran Mohd Saiful itu dan mahukan Anwar bersumpah seperti yang diminta. Malah, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Mursidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga menyokong dan mengesyorkan supaya Anwar dan Mohd Saiful bersumpah mengikut lunas Islam.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Dr Mohd Azri meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat itu supaya ‘bermubahalah’ atau bersumpah.

Menurut beliau, isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

“Semua orang tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang bohong. Jadi bagi membantu menyelesaikan kekalutan isu liwat ini, saya syorkan kedua-dua mereka ini bermubahalah.
“Mubahalah di sini bermaksud sumpah laknat,” katanya.

Menurut Mohd. Asri, Anwar dan Mohd. Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: “Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.”

“Mereka juga hendaklah bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya tidak melakukannya,” katanya.

Tambah Mohd. Asri, isu liwat tersebut telah menyebabkan rakyat berbalah dan bertengkar sesama sendiri.

TETAPI...

Hari ini, Anwar takut untuk bersumpah, sebaliknya membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membolehkan siasatan terhadap dakwaan Mohd Saiful, dijalankan mengikut peruntukan qazaf di Mahkamah Syariah.

Anwar tidak perlu takut jika tidak bersalah, malah dengan cara bersumpah itu juga lah dapat menyucikan segala tuduhan yang dibuat. Dengan cara itu juga lah orang ramai terutama penyokong beliau akan kembali bersemangat. Tetapi, seperti yang dikatakan tadi iaitu BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.

Adakah Mufti Perlis dan Nik Aziz bukan ulama. Nik Aziz adalah antara ulama besar. Para editor MSM bukan penyokong PAS, tetapi ada yang menyayangi Nik Aziz daripada Abdullah Badawi kerana sifatnya sebagai ulama.

Anwar berkata, beliau membuat aduan berhubung perkara tersebut kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan JAWI supaya menyiasat tuduhan tersebut mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Beliau membuat laporan berkenaan atas nasihat ulama dan peguam bagi membersihkan namanya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan.

Anwar yang ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman, membuat aduan itu di pejabat JAWI kira-kira pukul 10.15 pagi dan selesai membuat aduan sejam kemudian.

"Saya membuat aduan bagi meminta kes ini dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Mahkamah Syariah untuk membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan. Ini telah dinasihatkan oleh ulama untuk membawa kes ini mengikut undang-undang dan peruntukan Qazaf," katanya kepada pemberita selepas membuat aduan tersebut.

Peguamnya Kamar Ainiah berkata anak guamnya meminta Bahagian Penguatkuasaan membuat siasatan segera supaya suatu keputusan segera dapat dibuat untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Syariah.

Mohd Saiful telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers di sini pada 28 Jun lepas bahawa beliau diliwat oleh majikannya dan dilaporkan sanggup melakukan sumpah mubahalah berhubung tuduhan tersebut.

Saiful, yang kini diletakkan di bawah perlindungan polis, dilaporkan sanggup melakukan sumpah tersebut yang menghendaki orang yang bersumpah menyebut akan dilaknati Allah jika berbohong.

Anwar, ketika ditanya mengapa beliau merujuk kes ini mengikut undang-undang syariah, berkata: "Saluran mahkamah (sivil) saya tidak larang siasatan. Ini bukan nak menghalang apa-apa, ini hanya untuk bersihkan nama saya."

Sementara itu, Kamar Ainiah menerangkan anak guamnya mahu kes itu dikendalikan mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Seksyen itu, katanya, merujuk kepada kesalahan Qazaf iaitu membuat tuduhan atau kenyataan palsu terhadap seseorang dan ia adalah satu kesalahan yang jika disabit boleh dihukum penjara tiga tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, anak guamnya mahu kes terbabit dirujuk kepada Mahkamah Syariah kerana tiada peruntukan yang sama di bawah undang-undang sivil.

Langkah Anwar sekarang sudah huru hara. Beliau juga bijak mengatur strategi. 'Bersembunyi' di Kedutaan Turki antara strateginya, tetapi banyak strateginya makan tuan. Anwar membuat laporan kepada Mahkamah Syariah kerana katanya beliau tidak percaya lagi kepada Mahkamah Sivil. Adakah beliau sudah tahu bahawa beliau akan didakwa meliwat Mohd Saiful? Adakah dia kini secara tidak langsung mengaku meliwat Mohd Saiful?

Sebenarnya, umat Islam di Malaysia termasuk penyokong PAS sudah hilang keyakinan kepada Anwar. Umat Islam di Malaysia sekarang hanya mahu Anwar BERSUMPAH seperti ditetapkan Islam jika benar-benar beliau tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.

No comments: