Sunday, April 27, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 21 - Melayu dan DAP - Di mana silapnya II)

Dalam laman web mereka, DAP tidak pernah menyebut parti merekalah yang bertanggungjawab mengadakan perarakan bersama parti Gerakan pada 11 Mei 1969 serta mengadu domba orang Melayu sehingga tercetusnya peristiwa berdarah perkauman, Tragedi 13 Mei 1969.
Wahai Melayu yang menyokong DAP!
Ketahuilah bahawa DAP adalah kumpulan parti politik yang 'melontar batu dan kemudian sembunyikan tangan' mereka. Bolehkah kita percaya kepada golongan ini? Golongan yang dulunya kita berikan sedikit ruang ketika negara di ambang kemerdekaan. Kita sebagai orang Melayu (soil of the land - kata seorang rakan editor MSM), orang Melayu yang berhati mulia hingga sanggup menerima mereka sebagai rakan dan memberi kerakyatan kepada kaum Cina dan India serta kaum lain, termasuk Sikh. Akan tetapi kita terlupa bahawa dengan menyokong parti dan kumpulan seperti ini kita sebenarnya menjahanamkan masa depan bangsa Melayu di tanah air sendiri.
Bangsa Melayu yang bersekongkol dengan DAP termasuk oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan memperalatkan Islam iaitu PAS dan parti serpihan Umno iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebenarnya mempergunakan bangsa Melayu untuk mencapai cita-cita mereka untuk berkuasa sahaja. Dalam pilihan raya umum yang baru lalu ramai pemimpin DAP yang tiada seorangpun berbangsa Melayu menang di kawasan yang majoritinya orang Melayu tinggal. Pemimpin DAP yang menang ialah:
Penang
P43 -
Bagan - Lim Guan Eng

P45 -
Bukit Mertajam - Chong Eng

P46 -
Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy

P48 -
Bukit Bendera - Liew Chin Tong

P49 -
Tanjong - Chow Kon Yeow

P50 -
Jelutong - Ooi Chuan Aun

P51 -
Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh

Perak

P60 -
Taiping - Nga Kor Ming

P64 -
Ipoh Timor - Lim Kit Siang

P65 -
Ipoh Barat - M. Kulasegaran V. Murugeson

P66 -
Batu Gajah - Fong Po Kuan

P68 -
Beruas - Ngeh Koo Ham

P76 -
Teluk Intan - M. Manogaran

Selangor

P102 -
Serdang - Teo Nie Ching

P103 -
Puchong - Gobind Singh Deo

P106 -
PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee

P110 -
Klang - Charles Anthony Santiago

Wilayah Persekutuan
P114 -
Kepong - Tan Seng Giaw

P117 -
Segambut - Lim Lip Eng

P120 -
Bukit Bintang - Fong Kui Lun

P122 -
Seputeh - Teresa Kok Suh Sim

P123 -
Cheras - Tan Kok Wai

Negeri Sembilan

P128 -
Seremban - John Fernandez

P130 -
Rasah - Loke Siew Fook

Melaka

P138 -
Kota Melaka - Sim Tong Him

Johor

P145 -
Bakri - Er Teck Hwa

Sabah

P172 -
Kota Kinabalu - Hiew King Chew

Sarawak

P195 -
Bandar Kuching - Chong Chieng Jen

Wahai Melayu yang menyokong DAP!
Editorialblog percaya orang Melayu yang menyokong DAP, PAS dan PKR sehingga parti pembangkang itu kini memerintah di lima negeri tidak akan merasa kesal, sebaliknya mereka berpuas hati kerana dapat memberi pengajaran kepada Barisan Nasional (BN). Kenapa mereka sanggup berbuat demikian, kerana mereka lupa sejarah Melayu dan sejarah Tanah Melayu. Orang Melayu yang kononnya kini sudah celik mata (maksudnya sudah educated) mula hendak menunjuk-nunjuk bahawa kita sudah pandai.
Sehingga orang Melayu kini terikut-ikut rentak DAP dan PKR, tanpa menyedari bahawa mereka hanya dipergunakan oleh parti-parti ini untuk kepentingan diri. Hilang maruah bangsa Melayu selepas terpengaruh dengan dakyah-dakyah politik DAP dan PKR. Hilang maruah bangsa Melayu kerana memilih 'banduan' sebagai wakil mereka di Parlimen, institusi pentadbiran negara Malaysia. Inilah yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu 'Melayu Mudah Lupa'.
Tidak perlu kita menyebut bahawa orang Cina, India, Sikh atau Serani tidak mengenang budi kerajaan BN kerana mereka tidak boleh dipercayai selepas apa yang kita berikan kepada mereka. Tetapi kini bangsa Melayu sendiri sudah lupa siapa yang bekalkan air paip, elektrik, jalan raya, sekolah untuk anak-anak mereka belajar dari sekolah rendah hingga menengah, mereka lupa anak-anak mereka juga (termasuk anak-anak orang PAS, DAP dan PKR) meminta wang PTPTN untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Editorialblog mahu menggunakan bahasa yang agak kasar kepada orang seperti itu, orang yang meminta sesuatu tetapi selepas itu menentang kita. Mereka ibarat 'anjing'. Kita lepaskan ketika anjing itu tersepit, tetapi kemudian menggigitkan kita pula.
Wahai Melayu yang menyokong DAP! Wahai Melayu yang mudah lupa!
Kaum Cina, India dan kaum lain yang menganggotai pakatan BN sanggup menerima hak keistimewaan orang Melayu dan ketuanan Melayu. Kaum Cina dan India yang menjadi anggota komponen BN ini menyedari bahawa orang Melayu tidak boleh diganggu gugat, mereka menyedari daripada kemuliaan hati orang Melayu lah mereka dapat hidup di bumi Tanah Melayu ini. Mereka menyedari bahawa pertukaran nama Tanah Melayu kepada Malaysia adalah di atas kemuliaan hati orang Melayu. Maka, tidak salah jika kita menyokong pemimpin Cina dan India yang sebegini.
Tetapi, kenapa kita menyokong pemimpin Cina, India dan Sikh serta konco-konco pakatan mereka yang terang lagi nyata menolak hak keistimewaan orang Melayu, yang mahu mengenepikan Melayu sebagai pewaris di tanah air sendiri, yang mahu membuang perkataan BUMIPUTERA dan BUKAN BUMIPUTERA, (Antara polisi DAP ialah On nation-building Abolition of the division of "bumiputra" and "non-bumiputra" and the implementation of ethnic equality), yang dengan kata lain tiada kaum yang mempunyai keistimewaan di negara ini, sebaliknya semua adalah sama. Bagi kita mungkin ada yang menerimanya hanya untuk melepaskan diri sendiri, tetapi bagaimana dengan anak cucu kita pada masa depan. Adakah kita sanggup anak cucu bangsa Melayu pada masa depan menjadi masyarakat kelas dua atau tiga. Kita sudah lihat sekarang apabila kaum Cina dan India dalam DAP menang banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, maka kedua-dua kaum itu kini sudah merasa 'besar kepala'. Aduhai kasihannya Melayu Pulau Pinang - negeri bersejarah - negeri yang menyaksikan Abdullah Ahmad Badawi dilahir dan dibesarkan - negeri yang wujudnya pondok pengajian Islam tersohor suatu ketika dulu.
Negeri yang dulunya terkenal dengan Syeikh Abdullah Fahim iaitu seorang nasionalis Melayu dan ulama. Almarhum Sheikh Abdullah Fahim yang juda datuk kepada Perdana Menteri sekarang adalah mufti Pulau Pinang yang pertama selepas negara merdeka. Almarhum adalah antara nasionalis Melayu pertama yang menjadi kunci kepada penubuhan Hisbul Muslimin yang kemudian dikenali sebagai PAS. Tetapi kini, negeri ulama terkenal itu diperintah oleh DAP, sebuah parti sosialis yang menyertai gagasan sosialis sedunia apabila pada Oktober 1967 DAP menyertai 55 lagi parti di seluruh dunia termasuk parti demokratik, sosialis dan parti buruh sebagai ahli di dalam Socialist International (SI) ketika Persidangan Antarabangsa SI diadakan di Zurich, Switzerland.
Begitu juga di Perak dan Selangor. Kebanyakannya dikuasai oleh kaum Cina dan India yang tidak mahu menerima keistimewaan orang Melayu. Konco-konco mereka iaitu PKR dan PAS hanya menjadi boneka.
Wahai Melayu!
Jangan lah menggadai masa depan anak cucu kita semata-mata untuk mencari kepuasan diri kita sendiri sekarang. Kita akui ada segelintir pemimpin Melayu dalam Umno, kita akui ada segelintir pemimpin Cina dalam MCA dan Gerakan dan kita akui ada segelintir pemimpin India dalam MIC atau PPP, yang mahu menongkat langit atau sudah kaya. Tetapi mereka tetap berpegang kepada kontrak sosial yang sudah dipersetujui. Bersatulah semula dalam Umno dan BN. Editorialblog juga menyeru pemimpin Cina dan India yang mahu menerima kontrak sosial supaya kembali dalam BN supaya kita dapat hidup aman dan damai.

Apa Kata Editor MSM (Bhg 20 - Melayu dan DAP - Di mana silapnya I)

Amaran! Artikel ini tidak bertujuan membangkitkan semangat bangsa Melayu mahupun mengungkit atau menguris perasaan mana-mana kaum. Sebaliknya, artikel ini hanya mahu menyedarkan bangsa Melayu bahawa perpecahan akan menyebabkan Melayu hilang harga diri dan tidak mustahil akan dijajah semula oleh bangsa asing. Mungkin ada pembaca di kalangan ahli politik yang tidak setuju dengan apa yang Editorialblog katakan dan mungkin mereka akan membuat laporan polis dengan mendakwa laman blog ini cuba membangkitkan isu atau sentimen perkauman yang boleh mencetuskan semuka keadaan tidak selamat dalam negara. Terpulang kepada mereka. Dalam keadaan bangsa Melayu sekarang ini yang sudah hilang pedoman dan arah hingga sanggup menggadai nilai diri (Ini dapat dilihat dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu). Artikel ini ditulis atas rasa tanggungjawab Editorialblog terhadap sesama bangsa, seagama dan senegara. Kenapa Editorialblog memberi tajuk 'Melayu dan DAP - Di mana silapnya?'.
Wahai Melayu yang menyokong DAP!
Sudah lupakah kepada sejarah dan slogan yang dilaungkan oleh penyokong DAP dan Gerakan ketika berarak di Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Mei 1969. Antara slogan penyokong dua parti itu ialah "Semua Melayu Kasi Habis". Dalam pilihan raya umum 1969 dua parti pembangkang iaitu DAP (DAP adalah cawangan PAP Singapura dan dilihat sebagai parti berorientasikan masyarakat Cina sosialis) dan parti Gerakan (sebelum menyertai Barisan Nasional), telah menang besar apabila berjaya mengalahkan parti pemerintah - Perikatan - di tiga negeri. Kesan besar terhadap Perikatan ialah apabila MCA mengumukan tidak akan menyertai pakatan Perikatan dalam pembentukan kerajaan baru kerana tidak lagi mendapat kepercayaan daripada masyarakat Cina.
Lantaran itu dan kerana terlalu gembira dengan kemanangan berkenaan, DAP dan Gerakan menganjurkan perarakan jalanan di Kuala Lumpur sambil mengecam bangsa Melayu dengan memasang slogan "Semua Melayu Kasi Habis". Walaupun, dua parti itu kemudian memohon maaf di atas slogan berkenaan, percikan api yang sudah lama terpendam, meletus juga akhirnya. Bangsa Melayu yang terkejut dengan keputusan pilihan raya itu menyelahkan pengundi Cina kerana berpaling tadah terhadap formula Perikatan dengan menyokong pembangkang yang terang-terang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.
Api mula menyala - Pada petang 13 Mei bertempat di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor ketika itu Dato Harun Idris, ribuan penyokong Umno mula berkumpul dengan membawa senjata masing-masing. Mereka dengan penuh semangat selepas mendengar seruan beberapa pemimpin supaya 'memberi pengajaran kepada masyarakat Cina kerana mempertikaikan hak ketuanan dan keistimewaan Melayu' mula 'mengamuk'. bangsa Melayu yang sudah marah menyerang sesiapa saja masyarakat Cina yang mereka temui. 'Amok' bangsa Melayu merebak ke seluruh negara dan tumpuan ialah di sekitar Kuala Lumpur di mana Kampung Baru menjadi medan paling sengit. Kejadian itu kini dikenali sebagai 'Tragedi 13 Mei'. Tercatat dalam sejarah Malaysia sebagai titik hitam akibat kebencian antara kaum.
Kejadian ini adalah gara-gara hasutan yang dilakukan oleh DAP dan Gerakan. Pemimpin DAP sentiasa mempertikaikan hak keistimewaan bangsa Melayu. Malah, sehingga sekarang mereka tidak akan mengenepikan tuntutan supaya hak keistimewaan orang Melayu dilucutkan. Memang ketika kempen pilihan raya yang baru lalu mereka tidak mahu memainkan isu keistimewaan orang Melayu. Memang sebelum pilihan raya lalu mereka tidak membuat tuntutan supaya hak keistimewaan bangsa Melayu digugurkan kerana mereka bimbang tidak mendapat sokongan orang Melayu. Tetapi, selepas pilihan raya dan berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang, pemimpin DAP menunjukkan belang mereka.
Serta merta mereka menolak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di negeri itu. DEB yang menjadi tunjang untuk membangkitkan dan memperkukuhkan ekonomi bangsa Melayu telah di tolak oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Namanya sahaja Pulau Pinang diperintah oleh Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan Pas, tetapi pemimpin Melayu PKR dan Pas sudah dikaburi dengan janji bohong DAP. Pemimpin Melayu PKR dan Pas tidak lagi memikirkan nasib bangsa Melayu dan sanggup menjual maruah mereka. Mereka meletakkan maruah Melayu paling bawah dan kini Melayu di Pulau Pinang menjadi masyarakat kelas dua.
Wahai Melayu yang menyokong DAP! Democratic Action Party adalah sebuah parti politik yang mahu meletakkan Melayu setaraf dengan kaum lain di Malaysia. Sedangkan bangsa Melayu adalah 'tuan' atau 'master' di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Tanah Melayu.
Dalam buku teks sejarah untuk sekolah menengah pada 2004 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan maksud KETUANAN MELAYU sebagai:
"Semangat cinta akan apa saja yang berkaitan dengan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, kebudayaan, warisan, adat istiadat dan tanah air. Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai tanah pusaka orang Melayu."
Ketuanan Melayu (Malay for Malay supremacy or Malay dominance) membuktikan Melayu adalah "tuan" (masters) di Malaysia. Kaum Cina dan India adalah terhutang budi dengan bangsa Melayu kerana bangsa Melayu sanggup menerima mereka sebagai rakyat di negara ini, tanpa perlu menukar nama mereka dan boleh mengamalkan adat resam budaya mereka. (Sila rujuk tindakan pemerintah Indonesia yang menetakan kaum Cina tidak boleh menggunakan nama asal keturunan mereka iaitu nama Cina tetapi perlu menggunakan nama Indonesia - tetapi Malaysia yang diperintah oleh orang Melayu membenarkan kaum Cina menggunakan nama asal mereka dan mengamalkan adat resam mereka).
Kaum Cina di Tanah Melayu atau Malaya pada tahun 1930 hingga 1940-an masih bertaraf imigran atau dalam kata sekarang mereka adalah pendatang asing dan mendominasi ekonomi setempat terutama di bandar-bandar besar dengan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Dalam masa yang sama bangsa Melayu terus dihimpit kemiskinan. Jangan kita salahkan orang Melayu ketika itu kerana kemiskinan mereka. Bangsa Melayu bukannya MALAS, tetapi mereka ketiadaan pemimpin untuk menerajui dan membawa mereka kearah yang sepatutnya.
Wahai DAP!
Sedarlah! Bahawa bangsa Melayu yang mempunyai HAK KEISTIMEWAAN di TANAH MELAYU ini yang menyediakan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia iaitu yang memberi jaminan kewarganegaraan atau kerakyatan kepada bangsa lain di Tanag Melayu. Perjanjian quid pro quo ini adalah merujuk kepada kontrak sosial yang dipersetujui oleh nenek moyang kita. Dengan bangsa Melayu bermurah hati memberi kerakyatan kepada pendatang asing Cina dan India dan kaum lain termasuk Sikh di Tanah Melayu, bermakna bangsa Melayu memberi tanah untuk kehidupan mereka. Itulah kemurahan hati bangsa Melayu yang MESTI dikenang oleh kaum lain di negara ini sekarang......
(Sambungan dalam Apa Kata Editor MSM (Bhg 21).

IQRA

Friday, April 25, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 19 - DAP, PKR, Pas - Taktik hapus kekuasaan Umno dan BN)

Para editor MSM hari ini bersembang mengenai strategi Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu dan selepas pilihan raya umum. Maklumat dan pendapat yang diberikan oleh seorang editor MSM agak berguna untuk direnung bersama dalam laman blog ini. Kita boleh berkongsi pendapat tanpa berasa malu.
Apa yang dikatakan oleh seorang rakan editor dalam MSM ialah berkaitan strategi DAP, PKR dan Pas untuk melemahkan kuasa yang ada pada Barisan Nasional dan Umno. Strategi mereka ialah:
1) Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana mereka tahu Pak Lah lemah dan ini memudahkan mereka untuk menjatuhkan beliau.
2) Mereka akan menyokong Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana tahu bahawa Najib juga mempunyai kelemahan tertentu berikutan beberapa skandal sebelum ini. Bekas Timnalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai maklumat dan bukti yang disimpan berkaitan kegiatan Dato Seri Najib.
3) DAP ditugaskan berperanan untuk menganggu gugat parti MCA dan Gerakan. Ini terbukti dengan langkah DAP melantik bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Lee Kah Chun sebagai Pengarah Penang Development Authority. Kah Chun terpengaruh dengan jawatan yang ditawarkan lantas meletakkan menarik diri daripada menganggotai Gerakan. Ada kemungkinan Kah Chun akan menyertai DAP atau PKR. Pembangkang juga menganggu gugat minda masyarakat China supaya menolak Barisan Nasional.
4) PKR dan Pas ditugaskan untuk melemahkan kuasa Umno. Dua parti pembangkang ini berusaha menganggu gugat keyakinan orang Melayu terhadap Umno. Mereka berusaha supaya penyokong dan pemimpin Umno tidak lagi menyokong parti bangsa Melayu terbesar di Malaysia. Dan mereka sudah berjaya dalam pilihan raya umum yang lalu.
Siapakah dibelakang mereka ini yang menyusun strategi yang begitu licik. Mereka adalah manusia-manusia yang mahu melihat negara kita hancur. - CIA dan konco-konco mereka yang berada di kalangan kita.
Editorialblog dan para editor MSM sudah menyatakan pendapat mereka. Apa kata anda?

Thursday, April 24, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 17 - AKD, DAP dan Pak Lah)

    Terdahulu saya ingin memohon maaf kerana agak lama tidak memberikan sebarang komen diblog ini kerana berada diluar Malaysia yang infrastructure internet dan blackberrynya agak terhad dan sibuk dengan urusan lain. Saya sebenarnya ingin memberi sedikit komen dan pandangan yang tidak bersangkut paut dengan article editorialblog bhg 14. Saya terpanggil untuk mencetuskan pandangan yang tidak seberapa ini setelah melihat gelagat pemimpin pemimpin dan MSM kita selepas PRU12. Saya memilih ruangan ini kerana percaya Editorialblog agak rapat dengan para editor dan wartawan MSM (mungkin Editorialblog adalah salah seorang dari mereka?). Lagipun cetusan saya ini ditujukan kepada peranan MSM sendiri. Setelah lebih kurang sebulan setengah PRU12 dan kerajaan telah pun dibentuk, kebanyakan wakil rakyat masih lagi memperkatakan tentang PRU12.
    MSM masih lagi melaporkan dengan meluas tentang PRU12. Saya ingin mencadangkan supaya Wakil Rakyat ini memulakan kerja kerja yang sepatutnya dijalankan. MSM pula mempunyai peranan yang agak besar untuk melapurkan bahawa Wakil Rakyat ini telah dan sedang bekerja demi rakyat.MSM harus memperbanyakan berita berita sebegini dari hanya bercerita dan berkempen berkenaan pemimpin atasan sahaja. Kalau UMNO adalah parti kampung yang sekarang ini diperkatakan, cerita dan berita Wakil Rakyat yang menjenguk, bertanya khabar dan menolong orang kampung harus iperbanyakan.Tunjukan yang Wakil Rakyat ini prihatin terhadap masalah masyarakat dan rakyat. Jangan dibiarkan Wakil Rakyat ini berkerja tanpa diketahui oleh rakyat. Jangan nanti dikatakan mereka hanya pandai bercakap tapi tidak berkerja. Hebahkan segala kerja yang dibuat untuk rakyat oleh setiap Wakil Rakyat. Kerahkan semua stringer dan ketua biro disetiap negeri untuk mencari dan melapurkan segala kegiatan dan usaha yang dijalankan oleh setiap Wakil Rakyat baik yang kecil mahupun yang besar. Kalau semasa kempen PRU12 MSM berjaya menyiarkan segala kegiatan calon calon, mengapa tidak sekarang?Laporan ini juga boleh diguna pakai dikemudian hari oleh pihak atasan parti untuk membuat "judgement" samada Wakil Rakyat ini menjalankan tugas yang diamanahkan.Tapi diharap berita dan laporan ini mestilah betul dan tepat. Ia haruslah tidak mengaibkan orang lain. Laporan ini tidak harus digunakan untuk menjatuhkan mana mana Wakil Rakyat. Laporan dan berita ini haruslah juga meliputi calon calon yang kalah diPRU12.MSM juga boleh mendapat sedikit manafaat dari laporan dan berita sebegini. Bayangkan jika berita sebuah kampung dimana Wakil rakyat bertandang dilaporkan, tentunya sekampung ingin membaca laporan tersebut. Berkemungkinan jualan MSM ini akan bertambah atau sekurang kurangnya bertambah pembaca. Pandangan saya ini mungkin satu pandangan yang kurang cerdik bagi mereka yang pandai. Tapi fikir fikirkan dan ingatlah "Perception is a political tool'.
    akd
    p/s Saya sekali lagi memohon maaf kerana bahasa dan ejaan yang digunakan mungkin kurang tepat. Bagaimanapun saya harap Editorialblog faham maksud saya. Maklum sajalah saya bukan ahli bahasa - menulis cuma di"working paper" aje.
    April 24, 2008 12:22 AM

Pengulas tetap laman blog ini sudah kembali. Beliau ialah AKD . Maaf terlewat sedikit mengirim khabar. Baru tiba dari luar ibu kota.Editorialblog juga tertanya-tanya ke mana menghilangnya AKD sejak beberapa hari. Editorialblog mengucapkan selamat kembali ke tanah air.
Editorialblog juga berterima kasih kerana AKD memberi komen dan ulasan yang panjang lebar dalam Apa Kata Editor MSM (Bhg 14).
AKD dalam ulasannya mengatakan:"Saya memilih ruangan ini kerana percaya Editorialblog agak rapat dengan para editor dan wartawan MSM (mungkin Editorialblog adalah salah seorang dari mereka?)."Ayat yang menyebut: ....KERANA PERCAYA EDITORIALBLOG AGAK RAPAT DENGAN PARA EDITOR DAN WARTAWAN MSM (MUNGKIN EDITORIALBLOG ADALAH SALAH SEORANG DARI MEREKA?)
Untuk menjawab soalan ini editorialblog membuat pengakuan bahawa editorialblog adalah salah seorang daripada editor MSM. Tetapi untuk menyiarkan berita-berita seperti yang dicadangkan oleh AKD, ingin dimaklumkan bahawa kami terikat kepada kehendak pihak atasan. Hanya di editorialblog sahaja para editor MSM mampu melepaskan apa yang terbuku di hati.
Sesungguhnya cadangan yang dibuat oleh AKD memang benar.Untuk makluman AKD dan pembaca lain juga, semua MSM terutama akhbar arus perdana mempunyai ruangan atau edisi untuk setiap wilayah seperti utara, selatan, timur dan sabah serta sarawak. Bagi berita-berita wilayah itu, contohnya jika berita di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis tidak dapat membaca berita dari wilayah lain. Hanya berita berbentuk nasional yang boleh di baca oleh semua wilayah. Cuma MSM sekarang tidak memberi tumpuan kepada apa yang dilakukan oleh wakil rakyat atau pemimpin Umno yang tewas dalam pilihan raya umum yang lalu. Sebenarnya perkara ini pernah dicadangkan dalam mesyuarat sekumpulan para editor MSM dengan pihak atasa mereka, tetapi tidak dipedulikan. Menurujt pihak atasan mereka, 'belum ada arahan daripada pihak yang lagi atas untuk menyiarkan berita sedemikian'. Di kalangan para editor MSM juga kecewa kerana suara mereka tidak dipedulikan oleh pihak atasan yang lebih mengutamakann kata-kata atau berita dari pemimpin atasan parti Umno dan BN. Sedangkan berita dari akar umbi tidak dipedulikan atau hanya sekadar digunakan sebagai berita kecil sahaja. Sedperti yang editorialblog nyatakan dalam tulisan terdahulu, ada antara para editor MSM yang leboh mengutamakan media mereka daripada segala hal yang berlaku, tetapi mereka terikat dengan arahan dari pihak atasan. Ya... editorialblog adalah salah seorang daripada editor MSM dan editorialblog mengakui menerima arahan dari pihak atasan yang menerima pula arahan dari pegawai-pegawai di tingkat empat pejabat Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Editorialblog memberi contoh berita yang disiarkan MSM baru-baru ini mengenai krisis kehakiman dan kenyataan Pak Lah selain kenyataan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Adalah jelas para editor MSM mendapat arahan dari penasihat Pak Lah supaya memperbesarkan isu krisis kehakiman itu dan menyediakan teks ucapan Pak Lah dalam majlis makan malam Majlis Peguam Malaysia. Tindakan itu semata-mata untuk memalukan Tun Dr Mahathir. Namun, daripada maklumat yang diterima oleh para editor MSM, orang ramai yang membaca berita yang disiarkan oleh MSM mengenai hal itu langsung tidak percaya dan mereka dengan mudah membuat rumusan bahawa semua yang dilakukan itu semata-mata untuk memalukan Tun Dr Mahathir. Orang ramai kini hanya mentertawakan Pak Lah dan konco-konconya kerana mempergunakan MSM. Seperti yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir: "Abdullah mahu membuat kebaikan, tetapi menggunakan jalan yang buruk.."Adakah MSM mempersoalkan kenapa kerajaan yang membayar bil untuk jamuan makan malam Majlis Peguam? MSM tidak mempersoalkannya. Kenapa ada ahli Majlis Peguam tidak dijemput ke majlis itu? Sedangkan orang yang bukan ahli Majlis Peguam seperti Khairy Jamaluddin dan lain-lain termasuk beberapa orang penulis blog mendapat jemputan? Kenapa bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 1988 dijemput tetapi tidak hakim yang sedang bertugas sekarang. Ya... memang betul hakim yang sedang bertugas sekarang tidak boleh dijemput hadir dalam majlis anjuran Majlis Peguam kerana akan timbul konflik lain pula. Tetapi, majlis itu hanya dianjurkan oleh Majlis Peguam tetapi dibayar oleh KERAJAAN MALAYSIA. Kerajaan yang berada di bawah pimpinan Abdullah Badawi. Kenapa semua ini berlaku dan kenapa pula peguam yang kononnya dikatakan paling top di Malaysia iaitu KARPAL SINGH yang juga seorang YB mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP), berdiam diri? Inilah antara pendirian DAP dan benggali ini. Sebenarnya Editorialblog mendapat maklumat bahawa Majlis Peguam tidak mempunyai wang untuk menganjurkan makan malam itu.Di kalangan para editor MSM sudah maklum mengenai perkara itu, tetapi tidak boleh menyiarkan dalam media. Para editor akhbar kecil seperti Harakah dan akhbar lain yang menentang kerajaan juga tidak memainkan isu ini. Kenapa? Sedangkan biasanya merekalah yang paling lantang.
Renung... renungkan lah... Sudah jelas ada agenda di sebalik semua ini. Tetapi percayalah bahawa Abdullah Badawi sedang gembira sekarang kerana menyangka rakyat termakan dengan cerita yang dibuat dan disiarkan dalam MSM. Para editor MSM dan editorialblog hanya mahu mengatakan "Biarlah Kera Dengan Bunganya". IQRA


Apa Kata Editor MSM (Bhg 16 - Bekas Menteri cabul pekerja hotel - Terbaru)

Semalam, editorialblog mengirim berita untuk menyampaikan maklumat benar kepada pembaca laman blog ini mengenai bekas menteri yang didakwa mencabul seorang pekerja hotel dengan meraba punggung wanita itu.
Beritanya ada di sini
Tetapi hari ini, wanita berkenaan dikatakan sudah menarik balik laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan (Sebuah blog iaitu hard-t menyatakan bekas menteri yang dituduh itu ialah Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis). Berdasarkan siasatan editorialblog memang benar Dato Seri Jamaluddin berada di luar negara sekarang dan polis tidak dapat mengambil keterangan daripada beliau terhadap tuduhan di buat oleh wanita itu.
Tetapi, hari ini editorialblog mendapat tahu bahawa wanita itu yang bekerja di sebuah hotel berdekatan KL Sentral sudah menarik balik laporan polis yang dibuatnya. Menurut wanita berkenaan kejadian itu berlaku kerana salah faham dan dikatakan juga peguam yang mengendalikan kes itu ialah Dato Shafie Abdullah.
Apa cerita disebalik penarikan balik laporan polis itu akan editorialblog bongkar juga dan sampaikan maklumat itu kepada orang ramai. Setakat ini, para editor MSM cuma mendengar khabar-khabar yang negatif. Ada juga yang mengatakan bahawa wanita itu sudah dibayar supaya menarik balik laporannya.

Wednesday, April 23, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 15 - Bigdogdotcom dan MSM 2)

Tertarik saya kepada pandangan dan pendapat diberikan oleh kabutzalwayz dalam komen bagi Apa Kata Editor (Bhg 13 - bigdogdotcom dan MSM).
Terima kasih daripada editorialblog. Sepertimana yang editorialblog nyatakan iaitu IQRA (Bacalah) sememangnya saudara seorang yang suka membaca. Walaupun usia belum mencecah 18 tahun, alhamdulillah saudara amat prihatin kepada perkembangan politik negara masa kini terutama yang melibatkan Umno dan bangsa Melayu. Golongan remaja seperti saudaralah yang amat diperlukan oleh bangsa Melayu sekarang.
Editorialblog mahu menyatakan bahawa keadaan bangsa Melayu sekarang amat menyedihkan. Terutama apabila bangsa Melayu kini berpecah kepada tiga parti besar iaitu Umno, Pas dan PKR. Dari sudut pandangan para editor MSM, perkembangan ini amat membimbangkan. Apa lagi saudara boleh melihatnya daripada keputusan pilihan raya umum yang baru lalu. Majoriti kawasan yang dimenangi oleh parti DAP yang diwakili oleh bukan Melayu, mempunyai ramai pengundi Melayu.
Mereka menang disebabkan Melayu berpecah. Kenapa Melayu berpecah? Dari kaca mata para editor MSM sekarang ini, banyak punca yang menyebabkan Melayu berpecah. Segala-galanya berpunca daripada tidak puas hati dan dendam membara.
Kerana dua perkara itu dan keangkuhan untuk BERKUASA maka pemimpin parti politik Melayu sekarang ini sanggup menggadai maruah bangsa kepada bangsa lain. Semata-mata untuk kepuasan mereka. Untuk pengetahuan saudara dan pembaca semua, Editorialblog mewakili suara di kalangan para editor MSM sekarang. MSM adalah singkatan kepada media arus perdana (mainstrem media) iaitu Kumpulan akhbar NSTP, Utusan Malaysia, agensi berita nasional negara (Bernama), kumpulan akhbar The Star dan rangkaian televisyen yang ada di negara kita.
Dan rata-rata para editor MSM sekarang berumur di bawah 50 tahun yang berkelulusan tinggi dan mempunyai pengalaman yang luas. Mereka pernah menjadi pemberita dan wartawan. Para editor MSM ini sudah melengkapkan hidup mereka sebagai wartawan dengan membuat bermaca-macam liputan berita. Daripada berita yang mudah sehinggalah berita yang boleh membahayakan diri mereka, termasuk menjadi wartawan ketika perang.
Editorialblog menceritakan ini bukan untuk berbangga, sebaliknya mahu menyatakan bahawa para editor MSM masa kini sudah melakukan perubahan paradigma dan melihat sesuatu berita itu sebagai maklumat yang mesti disampaikan kepada orang ramai.
Tontoni lah filem The Killing Field atau The Insider. Dua filem ini amat menarik kerana menceritakan bagaimana wartawan atau penerbit rancangan TV mendapatkan maklumat dan bagaimana mereka menjaga sumber maklumat itu. Ketahui lah bahawa sebagai pemberita, wartawan, atau editor anda sesungguhnya sudah meletakkan sebelah kaki anda ke dalam lokap. Berbalik kepada apa yang kabutzalwayz katakan dalam komennya iaitu:

    kabutzalwayz said...
    Saya merupakan salah seorang pembaca blog bigdogdotcom..saya melihat editorialblog dan bigdogdotcom mempunyai agenda yang sama iaitu memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu..saya melihat ini merupakan perkembangan yang bagus bagi menyampaikan maklumat tentang situasi sebenar Malaysia pada hari ini..Walaupun saya bukan ahli UMNO tetapi jiwa saya teguh bersama UMNO..Bukan niat untuk tidak menyertai UMNO tetapi umur kelayakan membataskan saya untuk menyertainya..InsyaAllah pada 7 September tahun ini saya akan menyertainya apabila genap umur saya 18tahun..Saya bukanlah hendak menceritakan tentang diri saya tetapi utuk memaklumkan tentang hati naluri seorang remaja yang menyayangi agama, bangsa dan negaranya..Walaupun masih mentah dalam politik tetapi saya juga inginkan kepimpinan baru dalam kerajaan serta UMNO apabila melihat kepincangan
    kepimpinan masa kini berbanding kepimpinan sebelum ini..namun begitu,bukanlah maksud saya untuk menambahkan parut pada orang Melayu..Saya ingin meluahkan pendapat dilubuk hati saya berkaitan laman blog seperti ini..
    Antaranya >>>
  • janganlah terlalu mengutamakan hal dalaman UMNO sehingga kita lupa agenda pembangkang terutamanya DAP dalam menghapuskan orang Melayu..
  • diharap dapat menyiarkan artikel tentang isu yang dihebahkan pembangkang terutama DAP kerana saya berasa sedih melihat perkembangan isu yang digunakan oleh DAP..Saya mengunakan DAP kerana mereka merupakn parti bukan tunjangan kaum Melayu dan sering memarakkan api perkauman di negara kita.. Kita lihat isu Hindraf, isu memboikot perlantikan MB Perak, ternakan babi di Selangor, jawatan exco di Penang, Perak dan Selangor yang rata-ratanya dari parti DAP.. Saya melihat kekuatan Melayu semakin berpecah disebabkan dakyah dan isu yang ditimbulkan mereka.. Saya berharap agar pendapat saya diambil kira bukan untuk UMNO sahaja malah untuk seseorang yang berbangsa Melayu yang beragama Islam..April 23, 2008 3:31 AM

Ya! Editorialblog berbangsa Melayu dan sayangkan Melayu - ' Tak kan Melayu hilang di dunia' - Semarakkan lah semangat Melayu. Kita adalah bangsa yang bertimbang rasa yang membenarkan bukan Melayu tinggal di bumi Malaysia (Tanah Melayu). Tetapi kepada bangsa lain boleh dan berkeinginan menjadi pemerintah. Kita pernah diperintah oleh bangsa asing selama 300 tahun. Thailand yang majoriti penduduknya berbangsa Siam tidak pernah
diperintah oleh bangsa asing, tetapi mereka pernah mempunyai Perdana Menteri yang berbangsa Cina, bukan Siam.
Adakah Tanah Melayu (Malaysia) dan kita berbangsa Melayu mahu diperintah oleh bangsa lain. Mengenai DAP, maka bacalah sejarah penubuhan parti itu. InsyaAllah editorialblog akan bersama anda untuk mendedahkan KEBENARAN. Mudah-mudahan KEBENARAN yang akan didedahkan akan membuka mata hati kita bangsa Melayu agar kembali bersatu. IQRA....

Tuesday, April 22, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 14 - Bekas Menteri cabul pekerja hotel)

Arena politik tanah air terutama yang melibatkan pemimpin parti memerentah iaitu Barisan Nasional dan Umno digemparkan lagi hari ini dengan tuduhan bahawa seorang bekas menteri mencabul seorang pekerja hotel lima bintang di Kuala Lumpur 14 April lalu.
Sebelum pilihan raya umum yang lalu, sudah gempar isu klip video seks bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Soi Lek hingga memaksa pemimpin MCA itu meletakkan semua jawatan dalam Kabinet Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan parti.
Kini timbul pula isu mencabul yang kononnya dilakukan oleh seorang bekas menteri. Berdasarkan kenyataan polis hari ini, orang kenamaan yang bergelar datuk itu diperlukan untuk membantu siasatan kes berkenaan, tetapi orang kenamaan itu tidak ada dalam negara sekarang.
Dalam kenyataan akhbar hari ini, SAC 2 Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagaimanapun tidak mahu mendedahkan secara terperinci siasatan kes itu untuk tidak menganggu siasatan.
Beliau juga dikatakan enggan mendedahkan butir-butir mangsa dan bekas menteri terlibat untuk melindungi mereka.
Dalam laporan kepada polis, wanita yang berusia dalam lingkungan 30an itu mendakwa kehormatannya dicabul di tempat awam oleh datuk itu kira-kira jam 5 petang.
Kejadian berlaku di sebuah hotel lima bintang berdekatan Balai Polis Jalan Traves dan tidak jauh dari KL Sentral. Mangsa membuat laporan polis pada jam 10 malam 18 April di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields. Polis menunggu datuk berkenaan pulang dari luar negara untuk diambil keterangan.
Editorialblog juga tertanya-tanya siapa bekas menteri berkenaan. Mengikut maklumat, beliau adalah bekas menteri yang menang bertanding dalam kawasan Parlimennya dalam pilihan raya umum baru-baru ini tetapi tidak dilantik semula ke jawatan menteri.
Apabila berita ini tersebar maka orang ramai boleh membuat andaian siapakah bekas menteri itu yang 1. bertanding 2. menang dan 3. tidak dilantik semula.
Jawapan bagi soalan ini hanya ada empat orang iaitu:

  1. Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)
  2. Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Bekas Menteri Dalam Negeri)
  3. Datuk Seri Azmi Khalid (Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
  4. Datuk Tengku Adnan (Bekas Menteri Pelancongan)
Editorialblog memang mendapat maklumat mengenai siapakah bekas menteri yang terlibat itu, tetapi pembaca semua sudah pasti mengetahuinya.
Memang bekas menteri ini 'kaki gatal' kata seorang rakan editor.Apapun, kita tunggu sama ada ini akan menjadi satu lagi isu hangat dalam Umno yang boleh mempercepatkan Datuk Seri Abdullah mengundur diri daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Ini ada kaitan kerana bekas menteri yang didakwa terlibat dalam mencabul kehormatan ini adalah orang kuat Umno yang pernah mendapat sokongan Pak Lah.
Sebenarnya, ini bukan tajuk editorialblog hendak sampaikan malam ini tetapi tajuk sebenar ialah cerita makan malam editorialblog dan dua tiga rakan editor MSM bersama seorang timbalan menteri. - Banyak yang hebat-hebat juga.
Tetapi oleh kerana berita ini mula menjadi bualan di bahagian editorial MSM maka editorialblog terpanggil untuk mengulasnya juga.

Apa Kata Editor MSM (Bhg 13 - bigdogdotcom dan MSM)

Editorialblog 'meminjam' gambar ini dari sebuah blog iaitu bigdogdotcom.wordpress.com yang pada pandangan para editor MSM, penulisnya pasti seorang yang kritis, kritikal dan bersungguh-sungguh untuk menyampaikan maklumat.
Editorialblog berbangga kerana laman blog ini mampu menjadi media alternatif sebenar kepada rakyat dengan menceritakan semua maklumat yang diperolehi oleh beliau. Tahniah kepada penulis blog bigdogdotcom yang pastinya memperoleh maklumat dalaman dan menyebarkannya. Berlainan dengan media arus perdana yang dikongkong oleh budak-budah hingusan di tingkat empat Putrajaya.
Kenyataan disiarkan oleh bigdogdotcom mengenai MSM yang dikawal juga dalah benar.
  • Of course, the issue of media control, is the real propaganda agenda which has been taken to task by the Prime Minister’s Office Media Coordinator Dato’ Kamal Khalid. Nowadays, the mainstream media editors get calls from this office more frequently than ever. Not only what were allowed to be published were discussed, the angle of the news and the photos to be used were instructed and selected. Surprisingly, these spin effort were never really discussed with the Boss. For example, the weeks preceeding to his wedding with Jeanne Abdullah in June 2005, editors were instructed that the rumours cannot be raised during any media conferences with PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Conveniently, the sloppy Malaysian leader ‘let the cat out of the bag’, voluntarily.
Editorialblog menyiarkan gambar di atas untuk menunjukkan kepada pembaca di laman blog ini bahawa mereka yang berada di peringkat atasan juga manusia yang mahukan hiburan. Kita nampak mereka baik ketika di depan, tetapi di belakang kita mereka lah champion.
Begitu juga beberapa kenalan editorialblog dari akhbar arus perdana. Bagi sesetengah orang, apa yang mereka lakukan adalah hak peribadi mereka seperti apa dilakukan oleh Kalimullah Hassan yang disaksikan oleh CEO NSTP Syed Faisal.
Daripada maklumat rakay editor di kumpulan NSTP, editorialblog diberitahu bahawa mereka yang berada di atas juga kerap enjoy di kelab-kelab mewah tertentu di sekitar bandaraya. Sejauh mana kebekarannya tidak pula diketahui.

Monday, April 21, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 12 - Wawancara Tun Dr M dan BBC)

Editorialblog: Pastinya ramai di antara rakyat Malaysia yang menerima maklumat, akan duduk menonton rancangan HARDtalk terbitan BBC pukul 4.30 petang hingga pukul 5 petang tadi.
Masing-masing untuk menyaksikan temubual dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. Masing-masing ingin mendengar apa kata Tun Dr Mahathir mengenai politik negara ini selepas pilihan raya umum yang lalu.
Tidak ketinggalan para editor MSM. Masing-masing duduk di kerusi untuk mendengar baris demi baris ungkapan Tun Dr Mahathir. Ada yang terlopong dan tidak kurang memuji Tun setiap kali beliau memberi jawapan kepada soalan.
Hingga ada para editor yang berkata: "Begini lah sepatutnya seorang Perdana Menteri berdepan dengan soalan maut dari media Barat". "Pak Lah tak akan boleh menjawap macam tu".

Para editor MSM puas hati kerana Tun Dr Mahathir memberi penjelasan sebenar, walaupun Tun sepatutnya mendedahkan lebih banyak kepincangan dalam pentadbiran Malaysia ketika ini.
Tun Dr Mahathir dalam wawancara khas dengan stesen televisyen British - BBC - tetap mempertahankan semua dasar dan keputusan yang dilaksanakan ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga berjaya meletak Malaysia di landasan yang betul dan memberi manfaat kepada semua kaum. Baca antara sedutan wawancara Tun Dr Mahathir dan Stephen:
Dalam wawancara selama setengah jam dengan Stephen Sackur, pengendali rancangan HARDtalk, yang disiarkan hari ini, Tun Dr Mahthir memberitahu bahawa kejayaan itu boleh dilihat melalui keputusan lima pilihan raya umum sebelum ini ketika meliau menjadi pemimpin Barisan Nasional dan Umno, yang mendapat majoriti penuh rakyat yang menyokong kepimpinannya.
Beliau berkata kejayaan itu juga adalah melalui hasil sistem pentadbiran dan ideologi parti yang diwarisi daripada pemimpin BN dan Umno terdahulu.
“Keputusan pilihan raya baru-baru ini bukan menunjukkan pengakhiran parti Barisan Nasional (BN) sekiranya langkah yang betul dan tersusun diambil Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri).
“BN akan menjadi parti pemerintah yang kuat pada masa depan sekiranya berlaku peralihan kuasa,” katanya.
Dalam rancangan itu penonton dapat melihat dengan jelas bagaimana Tun Mahathir dengan yakin menjawab dan 'mematikan atau mematahkan' setipa soalan yang diajukan kepada beliau.
(P/s: Editorialblog tidak yakin Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mampu cepat atau yakin dan selamba menjawab soalan maut yang diajukan oleh Stephen - Inilah kelebihan Tun Mahathir).

Daripada satu soalan oleh Stephen samada beliau antara punca kekalahan BN dalam pilihan raya lalu berikutan sikapnya yang suka mengkritik kerajaan, Tun dr Mahathir menjawab beliau tidak berfikir begitu.
"Rakyat tidak puas hati terhadap pemerintahan sedia ada yang tidak mengotakan janji mereka semasa memenangi pilihan raya umum 2004 dan meluahkan perasaan itu dengan menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum 2008.
“Ramai yang meminta Abdullah meletak jawatan atas kekalahan BN, saya juga begitu, keputusan jelas menunjukkan kelemahan pimpinannya (Abdullah).
“Saya tidak fikir apa yang saya kritik ini sebagai usaha menjatuhkan beliau (Abdullah), namun untuk menyatakan salah laku, dia tidak mengotakan janji untuk membanteras rasuah, dia korup.
“Saya doktor perubatan, kalau saya rasa satu kaki rosak, saya kena buangnya untuk elak keadaan lebih serius. Dia (Abdullah) kena pergi sekarang untuk bagi kemenangan pada parti di masa depan,” kata Tun Dr Mahathir.
Ditanya kekalahan BN itu juga berkaitan dengan ideologi yang dibawanya semasa pemerintahannya dahulu, Tun Dr Mahathir memberitahu bahawa rakyat sentiasa menyokong kepimpinan beliau dan terbukti menerusi kemenangan besar dalam pilihan raya sebelum ini menerusi sistem yang diamalkan sejak 50 tahun lalu.
Beliau turut menafikan kritikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bahawa pemerintahan sebelum ini tidak memberi peluang sama adil kepada semua kaum menerusi pelbagai polisi dan kuota.
Kerajaan pembangkang itu yang mengetuai negeri termaju itu, berikrar untuk membawa perubahan menerusi corak pentadbiran yang bebas rasuah dan memberi peluang sama adil kepada rakyat pelbagai kaum.
“Saya juga buat begitu (masa pemerintahan), lihat Malaysia, rakyatnya hidup mewah, negara membangun pesat dan rakyat semua kaum hidup dengan mendapat peluang yang baik.
Memang mudah bagi pembangkang untuk membuat kenyataan seperti itu,” kata beliau lagi. Mengenai polisi dan hak keistimewaan kaum pula, Tun Dr Mahathir berkata, dasar itu sudah ditetapkan, dan beliau turut membuat pelbagai pengubahsuaian untuk menyeimbangkan keadaan namun rasa tidak puas hati pelbagai kaum tetap wujud.
Mengulas dakwaan tindakan beliau menyumbat ratusan rakyat yang membuat demonstrasi ke pusat tahanan menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Tun Dr Mahathir membidas media Barat yang suka mereka cerita tanpa bukti yang kukuh.
“Wartawan Barat buat cerita dan buat benda itu macam betul, ia tidak betul, buktikan berapa ratus rakyat yang masuk penjara kerana demonstrasi,” katanya.
Dalam satu soalan, Tun sempat membidas tindakan Amerika Syarikat yang menahan sesiapa saja yang dianggap pengganas dan dipenjarakan tanpa dituduh di mahkamah, tetapi media Barat hanya memejamkan mata.

Tun Dr Mahathir juga menegaskan beliau tidak menyalah guna kuasa sehingga menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara atas pelbagai tuduhan. “Dia (Anwar) dipenjara atas tuduhan liwat, salah guna kuasa, bukan saya yang tuduh dan jatuh hukuman, tetapi mahkamah.
"Kita buat mengikut undang-undang negara dan kenapa saya perlu rasa kesal (memecat Anwar), dia bersalah dan mahkamah sudah menjatuhkan hukuman, saya patut terima,” katanya.
Ditanya sekiranya Anwar mengambil tindakan terhadapnya apabila menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata Anwar boleh berbuat demikian namun pemimpin sedia perlu dipersalahkan sekiranya perkara itu berlaku (Anwar memerintah).
Tun Dr Mahathir juga melahirkan keyakinan dengan ketelusan sistem kehakiman pada zaman pemerintahannya dan mempersoalkan usaha Abdullah Badawi membuat pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim yang dipecat dalam krisis kehakiman pada 1988.
“Bukan saya yang lantik hakim, mereka dilantik oleh ketua hakim, tugas saya hantar nama kepada Yang DiPertuan Agong, siapa yang jadi hakim,” katanya.
Ditanya mengapa beliau memilih Abdullah sebagai penggantinya, Tun Dr Mahathir berkata Abdullah seorang yang bersih dari segala tuduhan dan beliau tidak fikir penggantinya akan berbuat sesuatu yang tidak baik pada negara.
“Walaupun dia bukan mendapat undi tertinggi dalam parti saya, tapi saya lantik dia, tapi orang ini membuat sesuatu untuk kepentingan keluarga, melebihi kepentingan negara,” katanya yang mengakui semua orang ada membuat kesilapan.
Tun Dr Mahathir berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan kritikannya kerana beliau berbuat demikian demi tanggungjawab terhadap negara.

Friday, April 18, 2008

Apa kata Editor MSM (Bhg 11 - Hakim bukan pemerintah)

Editorialblog: Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya meminta maaf 'secara diam' bagi pihak kerajaan, kepada bekas ketua hakim negara yang dipecat Tun Salleh Abbas dan lima hakim lain apabila menyatakan kerajaan akan memberikan imbuhan kepada mereka.
Enam hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman pada 1988 ialah Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed serta Datuk George Seah.
Kelmarin, Abdullah ketika memberikan ucapan dalam majlis makan malam Majlis Peguam mengumumkan kerajaan akan memberi ex-gratia kepada semua enam hakim berkenaan selepas mengambil kira pengorbanan mereka dalam bidang kehakiman negara.
Dalam ucapannya juga, Abdullah membayangkan bahawa kerajaan mengiktiraf sumbangan enam hakim yang dipecat itu.
Editorialblog percaya Abdullah begitu yakin akan mendapat sokongan para peguam selepas hadir dalam majlis itu dan membuat pengumuman 'membidas' bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sudah pasti lah peguam-peguam yang hadir bertepuk sorak kerana yakin Abdullah akan benar-benar memulihkan keyakinan orang ramai terhadap fungsi kehakiman negara. Kita lihat nanti sejauh mana keyakinan terhadap usaha itu.
Apa yang pasti sebenarnya, ramai di kalangan peguam di negara ini tidak memihak kepada kerajaan Barisan Nasional. Ini jelas dapat dilihat dalam segala tindak tanduk mereka sebelum pilihan raya umum yang lalu. Majlis Peguam sendiri menganjurkan beberapa demonstrasi jalanan sebelum pilihan raya lalu untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan diperintah BN tidak betul. Mereka berani melakukan provokasi terhadap polis yang diamanahkan oleh kerajaan untuk menegakkan undang-undang negara. Apabila polis bertindak menggunakan peraturan yang disediakan maka tindakan itu akan digembar gemburkan sehingga rakyat melihat Majlis Peguam betul dan polis (kerajaan) salah. Padahnya, BN mengalami kekalahan teruk tetapi hal ini tidak disedari oleh Abdullah yang mentadbir kerajaan.
Editorialblog: Sebenarnya apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir walaupun pada pandangan banyak pihak adalah satu kesalahan dan kesilapan ketika krisis kehakiman 1988, tetapi ianya perlu dilakukan demi untuk masa depan negara. Saya terbaca dalam satu laman blog yang menyatakan tindakan Dr Mahathir adalah demi survival orang Melayu, Agama Islam dan negara. Tetapi, saya tidak pasti di sebalik kebenaran itu.
Saya siarkan sedutan ringkas apa sebenarnya yang dikatakan 'krisis kehakiman 1988':
  • Krisis Kehakiman 1988 bermula selepas Umno selesai mengadakan pemilihannya pada 1987. Dalam pemilihan itu, Tengku Razaleigh Hamzah menentang Dr Mahathir bagi merebut jawatan Presiden Umno. Tetapi, Dr Mahathir berjaya mempertahankan jawatannya dengan kelebihan 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh. Sebaik selesai pemilihan itu, 11 ahli Umno memfailkan pestisyen di mahkamah meminta membatalkan keputusan pemilihan berkenaan. Mereka mendakwa keputusan pemilihan itu patut dibatalkan kerana ada antara perwakilan yang mengundi datang dari cawangan yang belum didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan. Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Harun Hashim, yang mengadili kes berkenaan kemudian, membuat keputusan yang berpihak kepada plaintif dan mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan tidak sah dari segi undang-undang kerana mendapati ada cawangannya tidak berdaftar mengikut Akta Pertubuhan. Ekoran daripada itu, Dr Mahathir membentangkan satu Rang Undang-Undang di Parlimen bagi meminda Artikel 121 dan 145 Perlembagaan Persekutuan yang secara tidak langsung mengehadkan kuasa badan kehakiman kepada apa yang diperuntukkan Parlimen sahaja, manakala Peguam Negara diberi kuasa menentukan di mahkamah mana kes tertentu boleh dibicarakan. Berikutan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abas, membuat kenyataan mempertahankan kebebasan dan kuasa mutlak badan kehakiman negara daripada campur tangan cabang eksekutif, yakni kerajaan. Berikutan itu, beliau dipanggil ke pejabat Dr Mahathir dan badan kehakiman didakwa bersikap berat sebelah dalam kes ‘Umno 11’ sehingga mengakibatkan Umno diisytiharkan pertubuhan haram. Menyusuli kejadian itu, Salleh menyelaras satu perjumpaan dengan 20 Hakim Mahkamah Agung di ibu negara, yang memutuskan beliau menulis surat peribadi kepada Yang di-Pertuan Agong dan ketua-ketua negeri, menyuarakan kekecewaan terhadap pelbagai komen dan tuduhan yang dibuat Dr Mahathir terhadap badan kehakiman. Dua bulan selepas itu, Salleh digantung daripada jawatannya dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Tan Sri Abdul Hamid Omar, dilantik memangku jawatannya. Salleh kemudian dihadapkan ke tribunal atas kesalahan pencabulan kuasa dan beliau memfailkan saman di Mahkamah Tinggi mencabar kesahihan tribunal itu. Lima Hakim Mahkamah Agung memberikan Salleh perintah penangguhan sementara terhadap pelaksanaan keputusan tribunal, tetapi perintah itu diketepikan pada Ogos 1988 dan Salleh dipecat secara rasmi daripada jawatan beliau. Lima Hakim Mahkamah Agung terlibat ialah Tan Sri George Seah, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh kemudian digantung kerja. Wan Sulaiman dan Seah kemudian dipecat manakala tiga lagi dikekalkan.
Editorialblog: Apa yang pasti ialah sekarang ini, dilihat dari semua sudut, para editor MSM yakin Tun Mahathir melakukan tindakan pada 1988 bukan untuk menyelamatkan jawatan beliau atau untuk kepentingan dirinya, tetapi untuk rakyat dan untuk negara Malaysia. Adakah kerajaan yang memerintah tidak boleh langsung menyentuh atau menegur institusi kehakiman jika keputusan hakim walaupun ada kebenaran, tetapi boleh menjejaskan negara, bangsa dan agama? Pelantikan hakim tidak melalui pilihan raya dan bukan dipilih rakyat. Tetapi pelantikan kerajaan yang memerintah Malaysia adalah dibuat melalui proses pilihan raya. Hakim walaupun daripada badan kehakiman tetapi mereka masih dipanggil kakitangan kerajaan yang memerintah.
Editorialblog: Para editor MSM sekarang adalah wartawan dan wartawan kanan yang pernah berada di bawah pentadbiran Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir. Mereka mampu menilai apa yang ada pada Abdullah sebab itu kebanyakannya tidak bersetuju cara Abdullah mentadbir negara. Bagi pada editor MSM sekarang hanya ada dua sistem pemerintah di Malaysia iaitu kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan sistem beraja. TIDAK ADA SISTEM PEMERINTAHAN HAKIM!

Thursday, April 17, 2008

Apa Kata editor MSM (Bhg 10 - Abdullah mahu musnah Umno)

Maklumat terbaru diterima dan di kalangan para editor MSM menyatakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan konco-konconya termasuk menantunya, KJ, akan memusnahkan Umno yang menjadi kesayangan orang ramai.
Maklumat terbaru juga menyatakan bahawa Pak Lah bersama konco-konconya akan berusaha menutup mulut bekas Presiden Umno yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan apa cara sekali pun.
Ini termasuk mengadakan perjumpaan makan malam dengan Majlis Peguam Malaysia yang akan dihadiri oleh bekas hakim yang pernah dipecat oleh Tun Dr Mahathir kerana melanggar tata susila kehakiman. Selain itu, dalam majlis berkenaan juga Pak Lah dijangka memberi ucapan khas untuk 'membalas dendam' terhadap Tun Mahathir - orang yang melantik beliau ke jawatan Perdana Menteri.

Wednesday, April 16, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 9)

Persoalannya - mungkinkah peristiwa Umno diharamkan dan ahli Umno berpecah berulang. Mungkinkah ini adalah perancangan dari mula lagi pihak tertentu dalam Umno sendiri untuk menghancurkan Umno. - Demikian antara ulasan diberikan oleh AKD ketika memberi komen terhadap kiriman Apa Kata Editor MSM (Bhg 8) dan saya mengucapkan terima kasih atas ulasan itu. Anda boleh membaca sepenuhnya ulasan AKD dalam ruangan komen.
Editorialblog berpendapat AKD mempunyai pandangan yang jauh, melangkaui semua pemikiran yang jauh. Jarak pemikiran AKD bagaikan beliau seorang pemikir (think tank) dan layak saya katakan AKD adalah 'pemikir strategi'. Yang pasti semua pihak terutama ahli Umno bimbang tragedi 1988 akan berulang.
Editorialblog: Tanda-tanda bahawa Umno sudah berpecah kini kelihatan dengan terang dan jelas apabila Tengku Razaleigh Hamzah, Datok Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Mohamad Khir Toyo dan beberapa pemimpin kanan Umno yang lain membuka langkah silat masing-masing.
Sudah tentu media arus perdana tidak mendedahkan dan menyiarkan berita perpecahan itu. Kita akui MSM ada tanggungjawabnya dalam mengelak 'retak menjadi belah' dan sebab itu berita-berita mengenai rasa tidak puas hati akar umbi Umno tidak disiarkan. Jika disiarkan hanya menjadi berita kaki saja. MSM sebenarnya tidak menyampaikan hal sebenar kepada pemimpin atasan. Kebanyakan pemimpin atasan Umno dan BN terutamanya Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih mengharapkan maklumat disampaikan menerusi media arus perdana. Ini menyebabkan beliau sendiri disogok dengan berita yang baik-baik, sedangkan di akar umbi segalanya berbeza.
Editorialblog: Melalui pengalaman berpuluh tahun dalam dunia penulisan, kewartawanan dan editor(ial) saya membuat agakan, rencana pengarang di muka depan akhbar Berita Harian dan New Straits Times hari ini ditulis oleh orang yang sama. Dari gaya bahasanya juga kalangan para editor MSM sudah mengetahui siapa yang menulis. Siapa pula yang memberi arahan juga amat mudah diketahui, tetapi apakan daya kerana mereka terikat dengan 'pekerjaan'. Boleh kita katakan bahawa mereka belum bersedia untuk meninggalkan kerusi sekerang sama juga dengan Pak Lah. Mereka kononnya dikatakan belum memiliki apa-apa sebagai sumber pendapatan jika melepas atau terlepas kerusi itu. Tetapi, pada peringkat editor MSM juga mengetahui bahawa orang-orang ini (melalui orang terapat) sudah mempunyai projek tertentu sebagai persediaan.
Editor 1: Sama seperti jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri atau Presiden Umno dan Timbalan Presiden Umno, antara Pak Lah dan Najib begitu juga lah di peringkat editorial MSM. Ada editor kanan yang terang-terang menentang Pak Lah dan ada juga yang berdiam diri. Ada yang mengabdikan diri semata-mata untuk media yang diwakili. Editor ini hanya mahukan yang terbaik untuk media mereka dan tidak pedulikan sangat siapa yang akan berada di atas.
Lantaran itu editorialblog menerima maklumat bahawa ada di kalangan editor kanan Berita Harian dan New Straits Times semakin kecewa dengan tindakan boss mereka yang meletakkan rencana pengarang di muka depan. Dua syarikat akhbar itu dikatakan menerima panggilan dari orang ramai yang mempertikai mengenai tulisan dalam rancana itu. Kebanyakannya kesal kerana akhbar berkenaan membangkitkan semula isu perobohan kuil oleh kerajaan Selangor ketika BN memerintah.
Dua akhbar itu walaupun sekadar memberi contoh punca kekalahan BN, telah memainkan dan membangkitkan semula isu sentimen agama. Orang ramai berpendapat editor kanan dua akhbar itu patut diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin pemimpin kanan Umno Johor, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Editor 2: Berbalik kepada isu perpecahan dalam Umno, para editor MSM juga berpendapat Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh serta anggota pembangkang yang lain patut menutup mulut dan berdiam diri. Mereka tidak perlu masuk campur dalam urusan Umno dan BN kerana selama ini merekalah yang banyak merosakkan perpaduan dalam negara. Memang banyak maklumat yang diterima oleh para editor kanan MSM mengenai tindak tanduk pembangkang yang kini terlalu 'gembira' selepas menang banyak kerusi dalam pilihan raya lalu.
Editorialblog: Kegagalan Pak Lah mentadbir dan mengurus bukan saja BN dan Umno malah negara menyebabkan rakyat negara ini malu kepada dunia luar. Media antarabangsa turut menyiarkan berita mengenai kelemahan Pak Lah dan menyiarkan gambar Pak Lah sedang tidur, sama seperti bekas Presiden Indonesia Gus Dur dahulu. Kebimbangan nyata yang disuarakan oleh AKD ketika memberi komennya iaitu:
"Mungkinkah ini adalah perancangan dari mula lagi pihak tertentu dalam Umno sendiri untuk menghancurkan Umno". Satu persoalan yang mengundang 1,001 pertanyaan, kebimbangan dan kewaspadaan. Tidakkan pemimpin kanan dan orang lama dalam Umno 'tercium' perkara ini sedangkan para editor kanan MSM sudah lama 'tercium' baunya? Jika mereka terus tidak menyiasat dan membiarkan saja perkara ini, mereka adalah orang yang PEKAK, kerana membiarkan Umno dimusnahkan. Orang yang akan memusnahkan Umno boleh lari ke luar negara kerana sudah memiliki aset berjuta-juta dolar di luar negara.
Editorialblog: Teringat seorang rakan yang katanya pernah berdiri di depan pintu helikopter untuk melakukan terjunan paracut. Katanya, sebelum terjun mereka akan bernyanyi yang bunyinya seperti ini:
"Bila lampu merah menyala
Tegak berdiri di depan pintu"
Maaflah... yang lain saya tidak ingat. Tetapi lampu Umno sudah merah dan siapa yang akan berdiri di depan pintu?

Tuesday, April 15, 2008

Rencana Pengarang salahkan Hisham, Khir (update)

Saya menerima kiriman email daripada seorang rakan dari MSM yang menyatakan bahawa akhbar Berita Harian and New Straits Times edisi esok 16 April 2008 akan menyiarkan rencana pengarangnya di muka depan. Jarang-jarang ini berlaku. Kecuali jika ada agenda tersembunyi yang mahu disampaikan. Dalam article itu yang pastinya membela Presiden Umno Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menyalahkan semua pihak selepas Barisan Nasional dan Umno kalah teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac yang lalu.
Artikel itu juga memberi tiga contoh punca kekalahan Umno dan BN:
1) Artikel itu menyatakan tindakan Ketua Pemuda Umno (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) menghunus keris menyebabkan orang Cina marah dan tidak mengundi BN.
2) Tindakan kerajaan Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, meroboh kuil di penempatan Rimba Jaya menyebabkan orang India di Malaysia marah.
3) Tindakan Mohd Khir Toyo memberi penyapu kepada pihak berkuasa tempatan menyebabkan kakitangan kerajaan marah.
Artikel itu seberti berikut:

Selepas lima minggu Pilihan Raya Umum ke-12 yang menyaksikan Barisan
Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima negeri
dikuasai pembangkang, pemimpin BN terutama dari Umno masih lagi saling menuding jari. Dengan mandat yang diberi untuk kembali berkhidmat kepada rakyat – walaupun kurang lapan kerusi daripada majoriti dihajati – BN seharusnya sudah mengorak langkah untuk memenuhi segala janji pilihan raya dengan matlamat menarik semula sokongan mereka lima tahun lagi.
Malangnya, apa yang berlaku sejak 8 Mac lalu ialah pemimpin BN, khususnya
di kalangan Umno, bercakaran sesama sendiri. Saban hari kedengaran tuduh menuduh di kalangan pemimpin Umno dan masing-masing cuba menyalahkan orang lain sebagai punca kemerosotan teruk BN pada pilihan raya umum lalu.
Ada yang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang saja
bertanggungjawab atas kekalahan itu sedangkan mereka terlepas daripada
tanggungjawab itu. Mereka seolah-olah cuba menafikan hakikat bahawa kebencian
sebahagian pengundi kepada BN dan Umno yang berputik sejak sekian lama,
disuburkan oleh tindak-tanduk mereka sendiri sehingga menghasilkan buah busuk
pada pilihan raya umum lalu.
Sebab-musababnya, seperti diketahui ramai, adalah pelbagai. Antaranya,
tindakan menghunus keris oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno mengguris hati
masyarakat bukan Melayu sehingga pengundi Cina tidak mengundi BN. Masyarakat India, khususnya di Selangor, marah kepada kerajaan berikutan tindakan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, meroboh kuil di penempatan Rimba Jaya sebelum pilihan raya umum lalu. Tindakan Dr Khir menghadiahkan penyapu kepada kakitangan awam, yang turut dijadikan isu dalam pilihan raya baru-baru ini, menyebabkan ramai kakitangan awam dan pengundi Melayu mengundi pembangkang sehingga negeri itu kini bertukar kerajaan. Sabotaj di kalangan pemimpin Umno sendiri turut mengubah keputusan pilihan raya umum lalu. Berapa ramai ketua bahagian dan bekas wakil rakyat yang tidak terpilih semula sebagai calon, dilaporkan berkempen untuk mengalahkan calon parti sendiri.
Malah ada ketua bahagian yang tidak mengagihkan peruntukan kempen pilihan
raya kepada jentera parti kerana mahu menyimpannya untuk kempen pemilihan Umno, menyebabkan penyokong akar umbi marah sehingga berlaku sabotaj. Memang Abdullah sebagai ketua, harus bertanggungjawab atas kemerosotan BN.
Bagaimanapun, adalah tidak adil untuk menyalahkan beliau semata-mata.
Perdana Menteri memang mempunyai kelemahan dan kita juga akui beberapa janji BN pada pilihan raya umum 2004, tidak beliau penuhi. Sehingga kini pun, beliau
tidak pernah menafikan bertanggungjawab. Lebih daripada itu, hampir selang
sehari beliau terpaksa menidakkan khabar angin meletak jawatan sambil berikrar
untuk melakukan perubahan sehingga tiba waktunya untuk berundur menerusi proses peralihan kuasa yang tersusun dan terancang.
Tetapi apakah barisan kepemimpinan Umno seluruhnya harus bebas daripada
turut sama dipertanggungjawabkan? Bukankah mereka juga sebelumnya tidak
melakukan apa-apa terhadap keterlanjuran beberapa pemimpin dalam Majlis
Tertinggi Umno? Jawapannya ialah mereka bersama-sama bertanggungjawab tetapi
memilih untuk Abdullah seorang dipersalahkan.
Apapun rentetannya nanti, pengunduran Abdullah tidak mungkin dapat
menyelesaikan semua masalah. Segala-galanya tidak akan menjadi serba harum
dengan hanya seorang dijadikan korban. Sama ada disukai atau tidak, ahli Umno di
segenap peringkat harus sama-sama memikul tanggung jawab di atas apa saja
daripada kekurangan, kelemahan, keangkuhan mahupun keterlanjuran yang membuat pengundi menolak mereka.
Rakyat sebenarnya mengharapkan perubahan dan tindakan, bukannya keasyikan
Umno untuk terus berbalah sesama sendiri. Segenap usaha kini harus ditumpukan
untuk menghadapi cabaran lebih besar daripada kegagalan BN meraih majoriti dua
pertiga. Krisis pemakanan global dan kenaikan harga minyak memerlukan perhatian
serius kerajaan kerana kesannya sudah mula dirasai rakyat.
Rakyat, selepas mereka ‘mengajar’ BN pada 8 Mac lalu, dengan penuh minat
memerhatikan sama ada gabungan 14 parti dokongan Umno itu belajar daripada
kesilapan lalu. Lantaran itu, Abdullah harus diberi sokongan untuk
memperbetulkan keadaan dengan mengotakan segala janji memimpin dengan berwibawa.

Apa Kata Editor MSM (Bhg 8)

Kenyataan Presiden Umno Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus memimpin parti terbesar orang Melayu dan bertanding mengekalkan jawatan dalam pemilihan Disember ini mengundang kekecewaan ahli Umno akar umbi.
Ternyata, Pak Lah sekali lagi melakukan 'pembohongan' kepada rakyat terutama ahli Umno dan Barisan Nasional apabila menyatakan beliau akan bertanding jawatan Presiden Disember ini.
Editorialblog: Selepas Pak Lah membuat kenyataan itu, akar umbi semakin gelisah. Bukannya mereka meminta sangat supaya Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Pak Lah, tetapi yang penting kata mereka ialah Pak Lah undur diri segera, untuk pulihkan Umno.
Editor 1: Pokok pangkalnya adalah kepada Pak Lah. Malah, rakyat dan penyokong Umno mula geram apabila pemimpin pembangkang terutama Karpal Singh menyokong Pak Lah. Sokongan itu kata mereka akan membawa rebah dan akan memusnahkan Umno serta BN. Pembangkang bagi mereka memang mahu Malaysia dipimpin seorang yang lemah seperti Pak Lah supaya mudah mereka menyusun strategi untuk mengalahkan Umno dan BN dalam
pilihan raya umum ke 13 nanti.
Itu adalah taktik mereka, tetapi Pak Lah yang lemah itu dikatakan termakan dengan sokongan diberikan pembangkang. Pak Lah gembira pembangkang sudah menyokong beliau, tetapi beliau tidak menyedari bahawa rakan beliau sendiri kini 'menjauhkan diri' kerana perbuatannya.
Editor 2: Pak Lah tidak mahu tinggalkan Umno yang sedang kucar kacir kepada penggantinya. Itulah yang Pak Lah kata dan Pak Lah akhirnya mengaku bahawa Umno sekarang dalam keadaan terumbang ambing dan kucar kacir. Ini semua gara-gara beliau dan menantunya Khairy Jamaluddin. Tetapi keadaan akan lebih teruk kalau Pak Lah terus berada sebagai pemimpin Umno dan BN.
Wartawan: Pembangkang hanya menunggu masa untuk menjatuhkan kerajaan. Walaupun, editorialblog tidak percaya Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang untuk membentuk kerajaan, perkara itu tidak boleh dipandang remeh. Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah bertindak menyebelahi Semangat 46 dan menikam BN dari belakang. Perkara itu boleh berulang kerana PBS umpama lalang.
"(Penting peralihan) dalam keadaan baik supaya parti yang ditinggalkan berada dalam keadaan baik. Saya tak mahu tinggalkan parti dalam keadaan kelam kabut. Saya kata pada (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) selamat maju jaya, itu masalah anda bukan masalah saya, tentu itu bukan caranya. Takkan kita nak... tiba-tiba... mana Pak Lah? dia dah berhenti dah. Itu bukanlah caranya.
Editor 1: Pak Lah tidak perlu menggunakan alasan itu untuk berundur. Akar umbi sudah tahu taktik itu. Pak Lah hendak kekal sebagai Presiden, Pak Lah akan bertanding untuk jawatan Presiden dan dalam masa yang sama menantunya juga akan bertanding jawatan nombor satu dalam Pemuda Umno. Jika memerintah maka mudahlah bagi Pak Lah dan KJ untuk mengenepikan orang yang tidak disukai mereka termasuk Najib dan Muhyiddin. Mereka boleh letak pemimpin-pemimpin yang lemah untuk mentadbir negara.
Editorialblog: Percaya jika Pak Lah tidak berundur segera BN dan Umno akan terus berpecah belah. Ahli Umno kini mula menyedari kenapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Pak Lah. Ada kebenarannya kerana tindak tanduk Pak Lah sekarang tidak mencerminkan beliau sebagai pemimpin yang berwibawa.
Wartawan: Desakan supaya Pak Lah meletak jawatan sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan UMNO. Kerana disebabkan Pak Lah anak beranak, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor jatuh ke tangan PKR, PAS dan DAP. Adakah sejarah akan tertulis dalam buku BN dan Umno:

"Ketika pilihan raya umum ke-12, BN dan Umno masih mampu membentuk Kerajaan Persekutuan walaupun tidak mendapat majoriti dua pertiga."
Atau sejarah akan ditulis begini:

"Dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 ketika di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, BN dan Umno berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan tanpa majoriti dua pertiga. Dalam pilihan raya itu juga BN dan Umno menerima tamparan paling hebat apabila empat negeri yang sebelum ini di bawah kekuasaan BN selama berpuluh tahun jatuh ke tangan pembangkang, sementara Kelantan pula gagal dirampas."
Editorialblog: Jika Pak Lah hendak memulihkan Umno, adalah lebih sesuai meletak jawatan dan tidak perlu bertanding lagi dalam pemilihan Umno. Berfikirlah dengan baik demi survival orang Melayu dan Umno. Majoriti para editor MSM bukan penyokong Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama mereka juga mahu Pak Lah berundur.

Monday, April 14, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 7)

Editorialblog: Ketua-ketua editor MSM 'diarah' berada di PWTC hari ini iaitu ketika Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu dengan wakil rakyat BN. Ketua-ketua editor ke sana untuk merangka berita yang sesuai untuk akhbar masing-masing.
Apa Kata Editor MSM: Senario politik Umno menjadi kelam kabut sekarang apabila Pak Lah berkata beliau akan membuat peralihan kuasa kepada timbalannya, Dato Seri Najib Razak apabila Umno kembali kukuh.Dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Pak Lah ketika ditanya mengenai kemungkinan ada undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen berkata: "Saya yakin bahawa semua ahli dewan rakyat patuh dan setia kepada BN.
Apa Kata Editor MSM: Mereka semua patuh kepada BN tetapi Pak Lah kena ingat bahawa beberapa peristiwa sudah berlaku sebelum ini dan mereka tidak akan patuh kepada Pak Lah. Baru-baru ini, Pak Lah berkata akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya. Tiba-tiba hari ini, Pak Lah berkata peralihan kuasa itu akan berlaku selepas Umno kukuh.
Editorialblog: Umno dilahirkan di Johor dan Umno Johor kini bertegas supaya Pak Lah berundur segera. Ketika pertemuan Pak Lah dengan Umno Johor baru-baru ini, Pak Lah hampir menangis apabila ada antara Ketua Umno Bahagian di Johor yang terlalu emosional dan memarahi Pak Lah. Mereka memberitahu Pak Lah bahawa pemimpin silih berganti, tetapi Umno tiada pengganti.

Mereka berkata Umno akan kembali kukuh jika Pak Lah meletak jawatan.
Apa Kata Editor MSM: Maklumat daripada bahagian mengatakan Pak Lah meminta Umno Johor memberi tempoh kepada beliau selama tiga tahun lagi. Dikhabarkan bahawa Umno Johor tidak bersetuju sebaliknya meminta Pak lah segera berundur supaya Umno dapat diselamatkan.
Kebanyakan Umno bahagian atau negeri yang membuat kenyataan menyokong Pak Lah ialah daripada negeri yang tewas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

Umno Kedah dan Pulau Pinang yang kalah terus memberi sokongan kepada Pak Lah. Ini menjadikan Pak Lah disokong oleh mereka yang kalah saja. Sedangkan Umno bahagian di negeri yang menang ada yang berdiam diri.
Tetapi, kelantangan Umno Johor wajar dipuji. Mereka bersuara dengan hati dan berdasarkan suara akar umbi bukannya mendengar nasihat orang yang boleh membawa rebah.
Apa Kata editor MSM: Umno Johor bersuara. Ada Umno bahagian di Pahang juga mula bersuara. Tidak mustahil 83 ketua Umno bahagian yang tidak dicalonkan dalam pilihan raya lalu tidak ada suara. Umno Terengganu hanya menunggu masa untuk mengenakan Pak Lah semula atas kemelut yang berlaku terhadap mereka.
Apa Kata Editor MSM: Tidak perlu kita beri perhatian kepada kenyataan Karpal Singh atau Lim Kit Siang atau Gobin Singh kerana mereka memang suka kepada Pak Lah. Mereka suka Pak Lah terus memerintah kerana mereka tahu Pak lah lemah. Sebab itu akhbar NST menyiarkan kenyataan mereka 'menghina' bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Mereka dilihat menyokong Abdullah sebagai Perdana Menteri kerana mudah bagi mereka untuk menjatuhkan kerajaan.
Pak Lah, Karpal, Anwar, dan pemimpin pembangkang lain memang takut kepada kenyataan dan tindakan Tun Mahathir. Mereka tahu hanya Tun boleh menyatukan semula BN dan Umno dan jika ini berlaku pastinya mereka tidak ada tempat lagi dalam Parlimen. Mereka juga adalah bangsa yang tidak mengenang budi Tun Mahathir.
Tetapi kenapa akhbar MSM menyiarkan kenyataan mereka dan menghina Tun Mahathir?
Apa Kata Editor MSM: Bos-bos kita masih belum kaya. Terpaksa lah ikut cakap tingkat empat.

Apa Kata Editor MSM (Bhg 6)

Antara transkrip ucapan Pak Lah ketika bertemu wakil rakyat Umno di PWTC hari ini.

Satu perkara penting bagi kita pertama sekali kitamengambil bahagian dalam pilihan raya baru-baru inikepada saudara semua yang dapat sokongan yang cukup bagi wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya dulu diucapkan setinggi-tinggi tahniah.
Kita perlu memahami bahawa kemennagan diperolehi jadi wakil rakyat, kita ada tanggungjawab yang besar, kerana ahli parlimen yang telah dipilih mencukupi bilangannya untuk tubuhkan kerajaan persekutuan. (Tepukan wakil rakyat)
Kita juga bersyukur dengan bilangan wakil rakyat di beberapa negeri yang menang dengan bilangan yang cukup membolehkan kita mewujudkan kerajaan kerajaan negeri BN.
Walaupun begitu memahami bahawa pada tahun-tahun kita yang memenangi pilihan raya pada peringkat parlimen tetapi mereka berada di negeri-negeri yang hari ini dibawah kerajaan bukan BN dan bagi kawan-kawan dalam pilihan raya dewan undangan negeri tetapi bilangan tidak cukup, sebagai parti pembangkang ingin saya ingatkan pada saudara sekalian terutama pada ahli dewan rakyat yang telah mencapai kemenangan bila masuk dalam dewan masuklah dengan keyakinan bahawa kita ada parti yang menang yang menguasai dewan rakyat (lagi tepukan).
Jangan masuk dengan perasaan tiada confident, jangan masuk dengan perasassn keraguan,
jangan masuk dengan perasaan bahawa saudara tidak mampu nak menghadapi parti pembangkang yang bilangannya jauh lebih banyak daripada dulu.
Jangan ada sebarang fikiran saudara akan rasa kalah, jangan ada dalam fikiran saudara akan merasai pelbagai masalah, jangan ada dalam fikiran saudara rasa begitu rendah.
Jangan sekali-sekali saudara ada pandangan negatif keyakinan diri perlu dibina, kekuatan parti bukan tak ada, kekuatan parti tetap ada, dan atas kekuatan inilah yang kita nak bina lagi sebagai parti kerajaan, inilah yang perlu difahami.
Maka adalah itu menjadi perkara sangat penting bahawa saudara saudari kena bekerja dengan secukupnya, memahami apakah peranan saudara dalam dewan rakyat, apakah yang perlu dilakukan, apakah perlu dokumen yang perlu saudara baca dan yang lebih lagi ialah saudara perlu memahami dasar-dasar kerajaan.
Saudara perlu memahami dasar-dasar secara detail, ini perlu saudara baca, tajuk yang perlu saudara fahami saya berharap apabila kita menghadapi pembangkang dalam dewan rakyat nanti, kita akan dapat membuktikan bahawasanya kita boleh meyakini rakyat, boleh meyakinkan rakyat bahawa kita ahli parlimen, ahli dewan rakyat daripada parti BN berwibawa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Inilah perkara yang amat penting sekali yang perlu kita fahami sekarang parti pembangkang sudah menganggap bahawa mereka adalah government in waiting bukan menganggap
diri mereka sebagai pembangkang.
Mereka tidak menganggap diri mereka sebagai parti pembangkang, parti yang kalah dalam pilihan raya, itu tidak terlintas dalam fikiran mereka, mereka mahu meyakinkan diri mereka bahawa mereka adalah the government in waiting.
Adakah kita berfikir sebaliknya dan ia adalah opposition geng in waiting, tunggu masa untuk jadi parti pembangkang, jangan ada langsung ada pemikiran seperti itu (lagi tepukan).
Walaupun apa masalah yang kita ada dan hadapi sekarang dalam parti kita kita perlu baiki, ini adalah tugas dan tanggungjawab kita, tetapi ingat satu perkara parti yang kuat sekalipun masih boleh ditolak oleh rakyat jika perjuangan kita tidak diterima oleh mereka.
Please remember banyak parti yang kuat tetapi tidak menang pilihan raya, parti-parti ini sudah ada dalam sejarah negara kita.
Parti komunis tidak dapat diterima walaupun apa jua kekuatan yang ada pada mereka, yang kita menunjukkan mereka itu dengan kekuatan kita, dengan kerjasama daripada apa apa-apa tindakan daripada kerajaan komanwel memerangani mereka.
Mereka ada kekuatan but satu perkara mereka tidak diterima oleh rakyat kerana mereka membawa ideologi yang rakyat tidak terima. Ada juga parti lain bersama dengan kita sekalian lama, mengambil bahagian dalam pilihan raya, sama ada parti nyamuk, parti kepala lembu, parti sosial, macam-macam parti yang juga tidak menang.
Parti Pas sampai hari ini bercita-cita memerintah kerajaan malaysia belum diterima secukupnya, parti kita diterima kerana apa perjuangan kita, kita diterima kerana dasar kita, kerana gabungan kita dalam BN yang mewakili semua kaum, rakyat dapat... ini perkara yang perlu kita ingat.
Dasar-dasar yang dilaksanakan, perkara yang dilaksanakan, projek yang dilaksanakan membawa perubahan kepada negara ini, membawa prubahan pada rakyat, dan rakyat masih mahu perubahan-perubahan yang perlu dilaksanakan.
Ini menjadi kewajiban kita kewajipan yang perlu dilaksanakan, perlu dijayakan, banyak perkara yang telah kita janjikan, ada antaranya kita belum selesai tunai janji, ada antaranya yang kita belum selesai lagi sebab yang memerlukan masa yang panjang, banyak yang telah dilaksanakan dan kita mulakan tetapi kita perlu menjayakan apa yang kita janjikan ini adalah perkara amat penting bagi kita.
Kedua-dua mesti diperkukuhkan, kerajaan mesti diperkukuhkan, parti mesti diperkukuhkan, ini menjadi tugas dan tanggungjawab kita, perkara yang amat penting sekali dalam dewan rakyat nanti kita mesti menunjukkan perpaduan, mesti menunjukkan, kita mesti menunjukkan kesatuan, mesti menunjukkan bahawa kita adalah satu pemikiran dan satu hati, satu niat dan satu tujuan.
Kita mahu menjayakan BN sebagai kerajaan yang boleh memberi khidmat pada rakyat, itu yang perlu dilakukan, jika ini tidak dapat dilakukan, kalau dalam dewan bertengkar sesama sendiri, berbalah sesama sendiri, ini akan menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada diri kita.
Parti pembangkang beberapa kali berusaha bermuafakat untuk melawan BN, mereka tidak berjaya, inilah kali pertamanya ada tanda-tanda mereka sudah muafakat walaupun muafakat itu longgar kerana sukar bagi DAP, PAS menerima ideoloogi masing-masing, ini berlaku. Mereka sedaya upaya untuk menunjukkan kepada rakyat mereka boleh bersatu padu, mereka boleh jadi satu ikatan rakyat yang kekal yang akan dapat diterima oleh rakuyat.
Itulah usaha yang dilakukan hari ini walau apa masalah timbul berkaitan fahaman masing-masing antara DAP dan Pas, kita yang sudah wujud nama, yang sudah diterima dan difahami parti pembangkang.
Kita mesti tunjukkan ada kesatuan.
Awak ada masalah dengan parti bawa kepada medan yang lain untuk bersoal jawab, bertukar fikiran waktu itu, bukan dalam dewan rakyat untuk kita bertengkar, kebebasan demokrasi kita amalkan, tetapi kalau amalan demokrasi dimana-mana pun, di DUN, dipastikan ahli dewan rakyat parti kerajaan mesti patuh pada peraturan yang ditetapkan parti. Nak bersatu padu atau berpecah belah?
Bergeraklah sebagai parti yang menang, saudara mesti tahu kalau ada masalah bawa ke tempat tertentu, bukan bergaduh jadi jagoan, bukan, bukan nak tunjuk pandai, bukan itu caranya, kalau nak kritik, kritiklah yang membina dan boleh diterima.
Perbalahan jangan sekali, jangan sekali bangun nak menyokong usul pembangkang, tidak boleh, tidak kena, membawa kritism yang membawa kepada perkauman, jangan melanggar akta hasutan, akta hasutan masih berkuatkuasa dalam Dewan Rakyat, jangan kata tidak berfungsi
dalam parlimenini perlu difahami, isu perkauman yang boleh timbulkan rasa sensitif, yang menimbulkan rasa tidak senang hati, yang boleh membuatkan kita berbalah dan berpecah.
Jangan sesekali timbul, kalau nak timbul, timbulkan isu yang membawa persengketaan dan perbalahan antara parti pembangkang, apabila undang-undang, bil nak dibawa, kita pastikan satu peraturan, sebelum bil nak dibawa kita adakan perjumpaan terlebih dahului dengan wakil kita, ahli berhormat dan wakil rakyat kita berbincang dan bawa bersama Ahli DUN, akan dibawa dalam dewan rakyat dan dibincang di dewan negara, sama-sama bincang dan sama-sama beri pandangan, kalau ada masalah kemukakanlah kepada menteri yang berkaitan mereka akan beri
jawapan kita akan adakan pertemuan dalam masa tertentu sebab itu yang nanti, menteri akan beri penjelasan sejelas-jelasnya, tidak berlaku kekeliruan yang akan menimbulkan masalah berbanding bawa kebaikan.

Sunday, April 13, 2008

Apa kata editor MSM (bhg 5)

Benarkah Tun Dr Mahathir Mohamad sudah hilang sokongan beliau kepada Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Abdul Razak?
Editorialblog dalam kiriman sebelum ini ada janji kepada pembaca. Para Editor MSM juga ada yang bercakap mengenai perkara itu. Benarkah Tun? Atau ia sekadar untuk membuat kejutan?
Ironinya, Tun yang meminta Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi melantik Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang bermakna Tun memilih dan menyokong Najib.
Apa kata editor MSM: Kami bersembang mengenai macam-macam hal sejak dua menjak ini termasuk kenyataan Tun Mahathir 'menarik diri' daripada menyokong Najib. Kenyataan yang Tun Mahathir zahirkan cukup pendek dan Tun M tidak membuat ulasan lanjut mengapa beliau tidak menyokong Najib.
Sebenarnya, Tun Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri masih 'ada kuasa'. Maksudnya setiap apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir masuk dek akal. Tun tidak mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir.
Editorialblog pernah mengikuti sidang akhbar Tun suatu ketika dulu ketika Tun masih menjadi Perdana Menteri. Seorang wartawan luar negara pernah bertanya apa perasaan Tun apabila Taiwan kini mempunyai sebuah menara tertinggi di dunia.
Sebelum itu, KLCC adalah menara pencakar langit tertinggi di dunia. Apa yang tun jawab, walaupun secara sepontan menyebabkan wartawan luar negara itu terpegun dan lidahnya terus kelu.
Apa yang Tun Mahathir jawab: "We have two". Cukup mudah Tun Mahathir menjawab. Maksudnya "Kami ada dua". Dalam kata lain Malaysia mempunyai dua pencakar berkembar tertinggi. Dalam hal ini, editorialblog ingin memberitahu bahawa jika anda ada soalan untuk ditanyakan kepada Tun Mahathir, eloklah berhati-hati dan mengkaji dulu sualan itu. Kalau tidak anda sendiri yang malu.
Jadi, pastinya Tun Mahathir berfikir dulu sebelum membuat kenyataan tidak lagi meletakkan harapan kepada Najib sebagai bakal Perdana Menteri.

Melihat kepada senario politik ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, editorialblog tidak terkejut jika Tun Mahathir berubah fikiran. Tun Mahathir pernah mempunyai timbalan sebanyak empat kali. Yang bermaksud empat kali sokongan terhadap timbalan dan orang tertentu.
Mereka ialah Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi. Pastinya kita tidak terkejut jika Tun Mahathir berubah fikiran terhadap Najib. Ada sebab-sebab tertentu kenapa Tun Mahathir berubah fikiran terhadap Musa, Ghafar, Anwar dan Abdullah. Begitu juga ada sebab tertentu Tun Mahathir berubah kata terhadap Najib.
Najib lemah dalam menangani beberapa isu, terutama terhadap Pak Lah selepas pilihan raya umum yang baru lalu. Najib tidak ada kekuatan untuk menegur Pak Lah. Tun Mahathir berharapkan Najib membuat teguran kepada Pak Lah dan mula mencari tapak untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi tidak dilakukan oleh Najib.

Suasana politik Barisan Nasional, khususnya parti terbesar orang Melayu iaitu Umno nampaknya semakin panas dengan kenyataan dibuat oleh salah seorang Naib Presiden Umno ketika ditemubual oleh kumpulan akhbar Utusan Malaysia.
Ia disiarkan hari ini. Editorialblog turut menyiarkan sepenuhnya temubual khas itu untuk dibaca oleh mereka yang lebih gemar mengikuti perkembangan politik semasa menerusi laman web atau blog daripada membeli akhbar.
Editorialblog: Daripada apa yang diperkatakan oleh Muhyiddin itu menggambarkan seolah-olah Najib kini menjadi orang nombor tiga dalam parti.
Apa kata editor MSM: Nampaknya, Muhyiddin sudah memulakan langkahnya dan tidak mungkin beliau akan menarik diri lagi. Bagi penyokong akar umbi kini mereka disuapkan dengan keberanian Muhyiddin dan mereka kini nampak bahawa sudah ada seorang Naib Presiden yang berani bersuara dan membela mereka.
Najib belum bertindak atau sedang menyusun strategi. Tetapi selepas Muhyiddin bersuara melalui Mingguan Malaysia dan disebarkan melalui agensi berita rasmi negara, Bernama, serta diguna oleh laman blog untuk menyambung maklumat, maka suara Muhyiddin kini nampaknya lebih lantang.
Atau, selepas ini mungkin Muhyiddin akan menafikan beliau menyebut perkara itu selepas menerima tekanan daripada pihak tertentu. Atau menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, akan masuk campur dan memberi ugutan kepada Muhyiddin.
Apa kata editor MSM: Mungkin juga KJ akan masuk campur. Tetapi lihatlah sekarang Kita semua menerima maklumat terus daripada sumber yang layak dipercayai dan tidak melalui pihak ketiga. Kita tahu bahawa siapa yang kita sokong. Cuma kita tidak mampu melakukan apa-apa. Yang penting kita tahu bahawa Pak Lah mesti letak jawatan untuk mengelakkan BN dan Umno menjadi sejarah. (bersambung)