Wednesday, April 23, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 15 - Bigdogdotcom dan MSM 2)

Tertarik saya kepada pandangan dan pendapat diberikan oleh kabutzalwayz dalam komen bagi Apa Kata Editor (Bhg 13 - bigdogdotcom dan MSM).
Terima kasih daripada editorialblog. Sepertimana yang editorialblog nyatakan iaitu IQRA (Bacalah) sememangnya saudara seorang yang suka membaca. Walaupun usia belum mencecah 18 tahun, alhamdulillah saudara amat prihatin kepada perkembangan politik negara masa kini terutama yang melibatkan Umno dan bangsa Melayu. Golongan remaja seperti saudaralah yang amat diperlukan oleh bangsa Melayu sekarang.
Editorialblog mahu menyatakan bahawa keadaan bangsa Melayu sekarang amat menyedihkan. Terutama apabila bangsa Melayu kini berpecah kepada tiga parti besar iaitu Umno, Pas dan PKR. Dari sudut pandangan para editor MSM, perkembangan ini amat membimbangkan. Apa lagi saudara boleh melihatnya daripada keputusan pilihan raya umum yang baru lalu. Majoriti kawasan yang dimenangi oleh parti DAP yang diwakili oleh bukan Melayu, mempunyai ramai pengundi Melayu.
Mereka menang disebabkan Melayu berpecah. Kenapa Melayu berpecah? Dari kaca mata para editor MSM sekarang ini, banyak punca yang menyebabkan Melayu berpecah. Segala-galanya berpunca daripada tidak puas hati dan dendam membara.
Kerana dua perkara itu dan keangkuhan untuk BERKUASA maka pemimpin parti politik Melayu sekarang ini sanggup menggadai maruah bangsa kepada bangsa lain. Semata-mata untuk kepuasan mereka. Untuk pengetahuan saudara dan pembaca semua, Editorialblog mewakili suara di kalangan para editor MSM sekarang. MSM adalah singkatan kepada media arus perdana (mainstrem media) iaitu Kumpulan akhbar NSTP, Utusan Malaysia, agensi berita nasional negara (Bernama), kumpulan akhbar The Star dan rangkaian televisyen yang ada di negara kita.
Dan rata-rata para editor MSM sekarang berumur di bawah 50 tahun yang berkelulusan tinggi dan mempunyai pengalaman yang luas. Mereka pernah menjadi pemberita dan wartawan. Para editor MSM ini sudah melengkapkan hidup mereka sebagai wartawan dengan membuat bermaca-macam liputan berita. Daripada berita yang mudah sehinggalah berita yang boleh membahayakan diri mereka, termasuk menjadi wartawan ketika perang.
Editorialblog menceritakan ini bukan untuk berbangga, sebaliknya mahu menyatakan bahawa para editor MSM masa kini sudah melakukan perubahan paradigma dan melihat sesuatu berita itu sebagai maklumat yang mesti disampaikan kepada orang ramai.
Tontoni lah filem The Killing Field atau The Insider. Dua filem ini amat menarik kerana menceritakan bagaimana wartawan atau penerbit rancangan TV mendapatkan maklumat dan bagaimana mereka menjaga sumber maklumat itu. Ketahui lah bahawa sebagai pemberita, wartawan, atau editor anda sesungguhnya sudah meletakkan sebelah kaki anda ke dalam lokap. Berbalik kepada apa yang kabutzalwayz katakan dalam komennya iaitu:

    kabutzalwayz said...
    Saya merupakan salah seorang pembaca blog bigdogdotcom..saya melihat editorialblog dan bigdogdotcom mempunyai agenda yang sama iaitu memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu..saya melihat ini merupakan perkembangan yang bagus bagi menyampaikan maklumat tentang situasi sebenar Malaysia pada hari ini..Walaupun saya bukan ahli UMNO tetapi jiwa saya teguh bersama UMNO..Bukan niat untuk tidak menyertai UMNO tetapi umur kelayakan membataskan saya untuk menyertainya..InsyaAllah pada 7 September tahun ini saya akan menyertainya apabila genap umur saya 18tahun..Saya bukanlah hendak menceritakan tentang diri saya tetapi utuk memaklumkan tentang hati naluri seorang remaja yang menyayangi agama, bangsa dan negaranya..Walaupun masih mentah dalam politik tetapi saya juga inginkan kepimpinan baru dalam kerajaan serta UMNO apabila melihat kepincangan
    kepimpinan masa kini berbanding kepimpinan sebelum ini..namun begitu,bukanlah maksud saya untuk menambahkan parut pada orang Melayu..Saya ingin meluahkan pendapat dilubuk hati saya berkaitan laman blog seperti ini..
    Antaranya >>>
  • janganlah terlalu mengutamakan hal dalaman UMNO sehingga kita lupa agenda pembangkang terutamanya DAP dalam menghapuskan orang Melayu..
  • diharap dapat menyiarkan artikel tentang isu yang dihebahkan pembangkang terutama DAP kerana saya berasa sedih melihat perkembangan isu yang digunakan oleh DAP..Saya mengunakan DAP kerana mereka merupakn parti bukan tunjangan kaum Melayu dan sering memarakkan api perkauman di negara kita.. Kita lihat isu Hindraf, isu memboikot perlantikan MB Perak, ternakan babi di Selangor, jawatan exco di Penang, Perak dan Selangor yang rata-ratanya dari parti DAP.. Saya melihat kekuatan Melayu semakin berpecah disebabkan dakyah dan isu yang ditimbulkan mereka.. Saya berharap agar pendapat saya diambil kira bukan untuk UMNO sahaja malah untuk seseorang yang berbangsa Melayu yang beragama Islam..April 23, 2008 3:31 AM

Ya! Editorialblog berbangsa Melayu dan sayangkan Melayu - ' Tak kan Melayu hilang di dunia' - Semarakkan lah semangat Melayu. Kita adalah bangsa yang bertimbang rasa yang membenarkan bukan Melayu tinggal di bumi Malaysia (Tanah Melayu). Tetapi kepada bangsa lain boleh dan berkeinginan menjadi pemerintah. Kita pernah diperintah oleh bangsa asing selama 300 tahun. Thailand yang majoriti penduduknya berbangsa Siam tidak pernah
diperintah oleh bangsa asing, tetapi mereka pernah mempunyai Perdana Menteri yang berbangsa Cina, bukan Siam.
Adakah Tanah Melayu (Malaysia) dan kita berbangsa Melayu mahu diperintah oleh bangsa lain. Mengenai DAP, maka bacalah sejarah penubuhan parti itu. InsyaAllah editorialblog akan bersama anda untuk mendedahkan KEBENARAN. Mudah-mudahan KEBENARAN yang akan didedahkan akan membuka mata hati kita bangsa Melayu agar kembali bersatu. IQRA....

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih kepada pihak editorialblog kerana mengambil pandangan saya..
semoga saudara mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dalam perjuangan saudara mempertahankan bangsa Melayu yang beragama Islam di bumi sendiri..

Anonymous said...

Minta pandangan pada bangsa melayu.. Saya pernah dengar orang melayu dulu2 mahir dan dengan ilmu kebatinan. Bilangan yg mahir ini juga banyak. Saya juga pernah dengar mereka ini juga yg mempertahankan bangsa melayu dari bangsa lain. Tetapi sekarang saya seringkali dengar bahawa ilmu kebatinan ini dikelaskan sebagai kurafat. Saya rasa bilangan mahir batin ini juga menjadi amat berkurangan. Adakah orang melayu sanggup meninggalkan ilmu kebatinan akibat kerana ia dianggap kurafat? Atau boleh bersaing atau mempertahankan kedaulatan bangsa melayu dari bangsa lain dengan ilmiah moden? Kekuatan ekonomi? Atau induvidu melayu sanggup melahirkan lebih ramai mahir batin demi mempertahankan kedaulatan orang melayu? Perlukah orang melayu mengkaji semula kaitan ilmu kebatinan dengan kurafat agar ini menjadi aset senjata orang melayu? Diharapkan orang melayu semua dapat memberi ulasan atau undian ini. Sekian, terima kasih.