Sebelum pilihan raya umum yang lalu, sudah gempar isu klip video seks bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Soi Lek hingga memaksa pemimpin MCA itu meletakkan semua jawatan dalam Kabinet Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan parti.
Kini timbul pula isu mencabul yang kononnya dilakukan oleh seorang bekas menteri. Berdasarkan kenyataan polis hari ini, orang kenamaan yang bergelar datuk itu diperlukan untuk membantu siasatan kes berkenaan, tetapi orang kenamaan itu tidak ada dalam negara sekarang.
Dalam kenyataan akhbar hari ini, SAC 2 Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagaimanapun tidak mahu mendedahkan secara terperinci siasatan kes itu untuk tidak menganggu siasatan.
Beliau juga dikatakan enggan mendedahkan butir-butir mangsa dan bekas menteri terlibat untuk melindungi mereka.
Dalam laporan kepada polis, wanita yang berusia dalam lingkungan 30an itu mendakwa kehormatannya dicabul di tempat awam oleh datuk itu kira-kira jam 5 petang.
Kejadian berlaku di sebuah hotel lima bintang berdekatan Balai Polis Jalan Traves dan tidak jauh dari KL Sentral. Mangsa membuat laporan polis pada jam 10 malam 18 April di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields. Polis menunggu datuk berkenaan pulang dari luar negara untuk diambil keterangan.
Editorialblog juga tertanya-tanya siapa bekas menteri berkenaan. Mengikut maklumat, beliau adalah bekas menteri yang menang bertanding dalam kawasan Parlimennya dalam pilihan raya umum baru-baru ini tetapi tidak dilantik semula ke jawatan menteri.
Apabila berita ini tersebar maka orang ramai boleh membuat andaian siapakah bekas menteri itu yang 1. bertanding 2. menang dan 3. tidak dilantik semula.
Jawapan bagi soalan ini hanya ada empat orang iaitu:
- Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)
- Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Bekas Menteri Dalam Negeri)
- Datuk Seri Azmi Khalid (Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
- Datuk Tengku Adnan (Bekas Menteri Pelancongan)
Memang bekas menteri ini 'kaki gatal' kata seorang rakan editor.Apapun, kita tunggu sama ada ini akan menjadi satu lagi isu hangat dalam Umno yang boleh mempercepatkan Datuk Seri Abdullah mengundur diri daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Ini ada kaitan kerana bekas menteri yang didakwa terlibat dalam mencabul kehormatan ini adalah orang kuat Umno yang pernah mendapat sokongan Pak Lah.
Sebenarnya, ini bukan tajuk editorialblog hendak sampaikan malam ini tetapi tajuk sebenar ialah cerita makan malam editorialblog dan dua tiga rakan editor MSM bersama seorang timbalan menteri. - Banyak yang hebat-hebat juga.
Tetapi oleh kerana berita ini mula menjadi bualan di bahagian editorial MSM maka editorialblog terpanggil untuk mengulasnya juga.
2 comments:
he2..rasanya tau dah..menteri dari pantai timur kn..
Terdahulu saya ingin memohon maaf kerana agak lama tidak memberikan sebarang komen diblog ini kerana berada diluar Malaysia yang infrastructure internet dan blackberrynya agak terhad dan sibuk dengan urusan lain. Saya sebenarnya ingin memberi sedikit komen dan pandangan yang tidak bersangkut paut dengan article editorialblog bhg 14.
Saya terpanggil untuk mencetuskan pandangan yang tidak seberapa ini setelah melihat gelagat pemimpin pemimpin dan MSM kita selepas PRU12
Saya memilih ruangan ini kerana percaya Editorialblog agak rapat dengan para editor dan wartawan MSM (mungkin Editorialblog adalah salah seorang dari mereka?). Lagipun cetusan saya ini ditujukan kepada peranan MSM sendiri.
Setelah lebih kurang sebulan setengah PRU12 dan kerajaan telah pun dibentuk, kebanyakan wakil rakyat masih lagi memperkatakan tentang PRU12. MSM masih lagi melaporkan dengan meluas tentang PRU12.
Saya ingin mencadangkan supaya Wakil Rakyat ini memulakan kerja kerja yang sepatutnya dijalankan. MSM pula mempunyai peranan yang agak besar untuk melapurkan bahawa Wakil Rakyat ini telah dan sedang bekerja demi rakyat.
MSM harus memperbanyakan berita berita sebegini dari hanya bercerita dan berkempen berkenaan pemimpin atasan sahaja.
Kalau UMNO adalah parti kampung yang sekarang ini diperkatakan, cerita dan berita Wakil Rakyat yang menjenguk, bertanya khabar dan menolong orang kampung harus diperbanyakan.
Tunjukan yang Wakil Rakyat ini prihatin terhadap masalah masyarakat dan rakyat. Jangan dibiarkan Wakil Rakyat ini berkerja tanpa diketahui oleh rakyat. Jangan nanti dikatakan mereka hanya pandai bercakap tapi tidak berkerja.
Hebahkan segala kerja yang dibuat untuk rakyat oleh setiap Wakil Rakyat. Kerahkan semua stringer dan ketua biro disetiap negeri untuk mencari dan melapurkan segala kegiatan dan usaha yang dijalankan oleh setiap Wakil Rakyat baik yang kecil mahupun yang besar.
Kalau semasa kempen PRU12 MSM berjaya menyiarkan segala kegiatan calon calon, mengapa tidak sekarang?
Laporan ini juga boleh diguna pakai dikemudian hari oleh pihak atasan parti untuk membuat "judgement" samada Wakil Rakyat ini menjalankan tugas yang diamanahkan.
Tapi diharap berita dan laporan ini mestilah betul dan tepat. Ia haruslah tidak mengaibkan orang lain. Laporan ini tidak harus digunakan untuk menjatuhkan mana mana Wakil Rakyat. Laporan dan berita ini haruslah juga meliputi calon calon yang kalah diPRU12.
MSM juga boleh mendapat sedikit manafaat dari laporan dan berita sebegini. Bayangkan jika berita sebuah kampung dimana Wakil rakyat bertandang dilaporkan, tentunya sekampung ingin membaca laporan tersebut. Berkemungkinan jualan MSM ini akan bertambah atau sekurang kurangnya bertambah pembaca.
Pandangan saya ini mungkin satu pandangan yang kurang cerdik bagi mereka yang pandai. Tapi fikir fikirkan dan ingatlah "Perception is a political tool".
akd
p/s Saya sekali lagi memohon maaf kerana bahasa dan ejaan yang digunakan mungkin kurang tepat. Bagaimanapun saya harap Editorialblog faham maksud saya. Maklum sajalah saya bukan ahli bahasa - menulis cuma di"working paper" aje.
Post a Comment