Babi atau khinzir! Kenapa takut menggunakan perkataan BABI. Khinzir adalah bahasa Arab dan babi adalah bahasa Melayu. Pertikaian mengenai khinzir dan babi mula menjadi perbualan. Ada yang mengatakan kita tidak wajar menggunakan perkataan babi kerana perkataan itu agak keras dan babi bagi orang Melayu adalah kotor dan haram. Lebih baik menggunakan perkataan khinzir.
Kata editorialblog: Guna perkataan BABI lebih sesuai daripada khinzir. Kita selalu menggunakan perkataan itu setiap hari. Contohnya, jika kita marah atau terlalu marah sangat kepada seseorang akan terkeluar daripada mulut kita perkataan: "Babi betul lah...." Kita selalu menyebut perkataan BABI. Jadi, jangan lah marah jika ada yang menggunakan perkataan BABI. Cuma apa yang menyebabkan saya tidak faham ialah orang Melayu (Islam) dilarang memakan babi. HARAMMM...
Menyentuhnya juga haram? Menyentuh anjing juga haram? Sudah termaktub bahawa menyentuh anjing dan babi adalah haram. Apa lagi jika memakannya. Bertambah-tambahlah haramnya.
Tetapi kenapa orang Melayu (Islam) dibolehkan pula untuk menyamak. Bila kita menyentuh babi atau anjing maka kita kena samak. Tujuh kali tanah dalam tanah kena dikorek untuk menyamak. Kita katakan saja untuk 'mencuci' dosa kerana menyentuh anjing dan babi.
Apa Kata Editor MSM: Orang Melayu tidak dibenarkan memakan babi sebab sudah dilarang dan ia adalah HARAM. Baiklah... saya tidak memakan babi. Babi dijadikan Tuhan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. BETUL.
Bolehkan umat Islam mengimport babi untuk makanan orang bukan Islam? Itu adalah satu perniagaan. Bolehkah?
Apa Kata Editor MSM: Tidak boleh sebab hasilnya adalah daripada benda yang haram. Bukan begitu? Kalau begitu Menteri Besar Selangor, Dato Khalid Ibrahim kena fikirkan sesuatu supaya orang tidak menyalahkan beliau kerana membenarkan pembukaan ladang babi di Sepang.
Memang jika betulpun kelulusan pembukaan ladang babi itu diberikan oleh kerajaan terdahulu, tetapi orang akan mempersoalkan keputusan kerajaan sekarang. Adakah ia akan diteruskan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment