Friday, April 25, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 19 - DAP, PKR, Pas - Taktik hapus kekuasaan Umno dan BN)

Para editor MSM hari ini bersembang mengenai strategi Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu dan selepas pilihan raya umum. Maklumat dan pendapat yang diberikan oleh seorang editor MSM agak berguna untuk direnung bersama dalam laman blog ini. Kita boleh berkongsi pendapat tanpa berasa malu.
Apa yang dikatakan oleh seorang rakan editor dalam MSM ialah berkaitan strategi DAP, PKR dan Pas untuk melemahkan kuasa yang ada pada Barisan Nasional dan Umno. Strategi mereka ialah:
1) Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana mereka tahu Pak Lah lemah dan ini memudahkan mereka untuk menjatuhkan beliau.
2) Mereka akan menyokong Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana tahu bahawa Najib juga mempunyai kelemahan tertentu berikutan beberapa skandal sebelum ini. Bekas Timnalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai maklumat dan bukti yang disimpan berkaitan kegiatan Dato Seri Najib.
3) DAP ditugaskan berperanan untuk menganggu gugat parti MCA dan Gerakan. Ini terbukti dengan langkah DAP melantik bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Lee Kah Chun sebagai Pengarah Penang Development Authority. Kah Chun terpengaruh dengan jawatan yang ditawarkan lantas meletakkan menarik diri daripada menganggotai Gerakan. Ada kemungkinan Kah Chun akan menyertai DAP atau PKR. Pembangkang juga menganggu gugat minda masyarakat China supaya menolak Barisan Nasional.
4) PKR dan Pas ditugaskan untuk melemahkan kuasa Umno. Dua parti pembangkang ini berusaha menganggu gugat keyakinan orang Melayu terhadap Umno. Mereka berusaha supaya penyokong dan pemimpin Umno tidak lagi menyokong parti bangsa Melayu terbesar di Malaysia. Dan mereka sudah berjaya dalam pilihan raya umum yang lalu.
Siapakah dibelakang mereka ini yang menyusun strategi yang begitu licik. Mereka adalah manusia-manusia yang mahu melihat negara kita hancur. - CIA dan konco-konco mereka yang berada di kalangan kita.
Editorialblog dan para editor MSM sudah menyatakan pendapat mereka. Apa kata anda?

4 comments:

► madi ◄ said...

Kabutzalwayz telah membuka laman blognya sendiri iaitu

www.kabutzalwayz.blogspot.com

diharap pihak yang lebih berpengalaman dapat memberi nasihat dan tunjuk ajar bagi memantapkan lagi blog ini..

Anonymous said...

Selamat datang ke dunia blog. IQRA

Anonymous said...

Selamat datang ke dunia blog. IQRA

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan peramatan strategi yang dibentangkan oleh Editorialblog.
Tetapi strategi ini telah dirangka oleh PR setelah menang besar dalam PRU12. Banyak lagi strategi lain yang akan digunakan oleh mereka untuk melemahkan Umno dan BN. Antara contoh adalah perang saraf yang sedang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan penghijrahan MP BN ke PR.
Saya merasakan Umno dan BN harus berhenti mempertahankan diri dari semua serangan ini dan mula mengorak langkah untuk memberi rakyat apa yang diingini. Jalankan kerja kerja untuk rakyat demi rakyat dan kepada rakyat.
Kita sekarang sudah tidak mendengar lagi parti komponen BN menegaskan perpaduan antara satu sama lain. Mana dia segala program yang dijalankan bersama? Jika ada kenapa tidak dihebohkan kepada rakyat.
Strategi Umno sekarang ini saya rasa hanyalah untuk menyelamatkan kedudukan pemimpin atasan sahaja dan masih menunjukan "misjudgement" dari segi keputusan yang dibuat. Mengapa harus memohon maaf kerana hanya menhuluskan keris diperhimpunan?
Setelah mengetahui sebab sebab kekalahan BN diPRU12, mereka sepatutnya memulakan kerja kerja memperbaiki kelemahan ini.
Jika serangan yang harus dilakukan kepada PR, susunlah strategi dan lakukanlah. Tapi harulah serangan yang jitu dan jangan nanti menunjukan kebodohan sendiri.
Peranan MSM juga mestilah digunakan dengan sebaik baiknya untuk tujuan ini.
Again I like to say "Perception is a political tool"
Salam.

akd