Wednesday, April 9, 2008

Apa kata editor MSM (Bhg 3)

"Mu ingak ganu ni hok pok mu" kata Ahmad Said kepada Idris Jusoh sebelum senarai calon Barisan Nasional Terengganu untuk pilihan raya umum ke 12 (PRU 12) yang lalu diserahkan oleh Idris kepada Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam bahasa surat apa yang dikatakan oleh Ahmad kepada Idris ialah "Engkau ingat Terengganu ni hak bapa engkau ke?" (Senang-senang nak buat macam-macam). Itulah maksud Ahmad yang kini menjadi Menteri Besar Terengganu menggantikan Idris.
Ahmad sudah mengetahui bahawa nama beliau tidak disenaraikan oleh Idris sebagai calon dalam pilihan raya umum yang lalu.

Maka dalam satu majlis bersama rakyat yang diadakan di kawasan dewan undangan negeri Kijal yang turut dihadiri oleh Idris dan ribuan penyokong Ahmad, Ahmad pun memberi ucapan yang pendek.
Ahmad naik di atas pentas dan memberitahu penyokong serta penduduk Kijal (saya terjemah ke bahasa surat): "Kalau tuan-tuan nak tahu, nama saya tidak ada dalam senarai calon pilihan raya akan datang (PRU 12)". Ahmad kemudian terus meninggalkan majlis dan tinggallah
Idris keseorangan.
Namun, Idris cepat bertindak dengan memberi ucapan (saya terjemahkan ke dalam bahasa surat): "Tuan-tuan jangan takut. Nama wakil rakyat tuan-tuan ada dalam senarai". Itulah jaminan Idris kepada rakyat Kijal.
Tetapi, sebenarnya pada hari penamaan calon pun nama Ahmad tidak ada dalam senarai.

Tetapi, sesuatu telah berlaku dan nama calon dipilih Idris dipadamkan daripada senarai dan digantikan dengan nama Ahmad pada hari itu.
Inilah yang menjadi punca segala permasalahan apabila Pak Lah tidak melihat dan memerhati dengan teliti senarai calon. Sebaliknya, menukar sesuka hati beliau.
Apa kata editor MSM: Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Adabi dan sedikit sebanyak cerita beliau ketika menuntut dulu memang diketahui. Tetapi dia dihormati kerana keberaniannya.

Ketepikan dulu yang lain-lainnya (termasuk hal peribadi beliau) kerana Terengganu memang memerlukan seseorang yang berani seperti Ahmad.
Itu adalah kisah Ahmad di Terengganu. Bagaimanapula di Pahang apabila Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman meletakkan jawatan hari ini. Tidak banyak perbualan di kalangan para editor MSM mengenai perkara itu.
Tetapi, kebanyakan para editor MSM menceritakan mengenai kekecewaan Ahmad Tajuddin selepas digugurkan sebagai calon dalam PRU 12 yang lalu. Sama semacam Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad yang meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan BN apabila tidak dilantik sebagai menteri olah Pak Lah.
Apa cerita editor MSM: Akan ada lagi orang yang akan meletakkan jawatan dalam Umno tidak kira di peringkat bahagian atau negeri. Umno sekarang dalam keadaan kucar kacir.

Ahmad Tajuddin memang 'berperang' dengan Menteri Besar Pahang Dato Adnan Yaakub sejak sebelum PRU 12 lagi disebabkan isu calon.
Selepas itu, baru-baru ini Ahmad Tajuddin menggesa semua Ahli Majlis Tertinggi Umno meletakkan jawatan masing-masing atas rasa tanggungjawab terhadap kekalahan BN dan Umno dalam PRU 12.
Ramai yang melihat kenyataan itu agak keras. Umno mengancam untuk memecat Ahmad Tajuddin, tetapi itu tidak berlaku. Itulah perangai Umno di bawah pimpinan Pak Lah sekarang ini. Pantang ada orang kanan yang mengeluarkan kenyataan menentang, maka mereka akan menerima ancaman untuk dipecat daripada Umno.

Samalah orang yang dikatakan mensabtoaj BN dan Umno dalam PRU 12, akan menghadapi tindakan. Umno sudah semakin teruk di bawah Pak Lah dan menantunya Khairy jamaluddin.
Eloklah Pak Lah meletakkan jawatan sebelum segala-galanya didedahkan atau dilondehkan.
Perletakan jawatan oleh Ahmad Tajuddin juga adalah satu tamparan kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga berasal dari Pahang. Kononnya, Najib tidak membela Ahmad Tajuddin ketika nama digugurkan daripada senarai calon PRU 12.
Editor 1: Ada cerita terbaru. Kononnya, usaha sedang dilakukan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang untuk memujuk Ahmad Tajuddin supaya menarik balik perletakan jawatan itu. Khabarnya, Najib sudah menghubungi Ahmad Tajuddin, tetapi tiada maklumat lanjut. Cuma pujukan itu untuk mengelakkan Pak Lah menerima tamparan. Mereka bimbang ada orang kuat Umno Terengganu juga akan meletakkan jawatan selepas peristiwa perebutan jawatan menteri besar Terengganu baru-baru ini.
Pemberita berkata: Ahmad Tajuddin sudah berpatah arang dan mungkin meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bahagian atau menggesa ahli jawatankuasa Umno bahagian Paya Besar menyertai beliau dengan mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) tidak lama lagi.
Editor 2: Gelombang untuk mengingatkan Pak Lah sudah bermula awal dulu supaya Pak Lah meletak jawatan. tetapi, Pak Lah tidak menghiraukan sungutan oleh akar umbi.
Editorialblog: Blackout.

2 comments:

Anonymous said...

Diberitakan baru baru ini sebuah MSM telah mengadakan staff meeting yang agak hangat.Pemberita disuruh mencari berita dan angle yang exclusive. Tapi ada antara pemberita yang bersuara mengatakan tak guna berita yang bagus dan exclusive kalau pembaca dah tak percaya kepada MSM. Ada juga suara yang mengatakan jangan diletakan byline nama mereka kerana malu sebab cerita yang keluar telah diputar belitkan dan jauh tersasar dari cerita sebenar. Benarkah cerita ini?

akd

Anonymous said...

Ia suatu maklumat menarik daripada akd dan saya percaya akd (bukan akj - a kadir jasin). Untuk makluman akd.. mungkin arahan mencari berita panas/eksklusif bukan mengenai politik kot, tetapi cerita lain. Kerana MSM kini menghadapi masalah untuk menarik pembaca. MSM kini dimonopoli oleh mereka yang ada kepentingan diri dan membelakangkan staff. Sebab itu kebanyakan staff marah dan kebanyakan mereka membuat protes kerana bosan dengan arahan yang mengarut. Saya tidak terkejut jika dikatakan ada staff MSM yang malu meletakkan byline mereka. Memang benar.