Friday, July 18, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 48 - Anwar gari polis)

The Star on line hari ini melaporkan:
Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is under police probe for alleged sodomy, has set a condition for
Deoxyribonucleic acid (DNA) tests — that medical examinations and sample-taking relating to his accuser, former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, are done professionally.
The Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor said he wanted all medical examinations on and samples taken from Mohd Saiful to be indepedently verified before he would consider engaging in any DNA analysis, his lawyer, Sivarasa Rasiah told a news conference here today.
“It will have to be independently verified first that all medical examinations and sample taking
relating to the complainant (Mohd Saiful) are done professionally and without any interference from the police.
“Only then will Datuk Seri (Anwar Ibrahim) consider participating in any DNA analysis,” he said.


mStar hari ini melaporkan:
KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap was-was untuk memberikan sampel darah meskipun pihak polis memberikan pilihan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu agar memilih sendiri pakar forensik mengendalikan pemeriksaan dan ujian DNA terhadapnya.
Dalam temu bual dengan mStar Online sebentar tadi, isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, berdasarkan pengalaman sedekad yang lalu keluarga pihaknya masih tidak percaya dengan pihak berkuasa polis.
"(Kami) masih was-was, sebab kita dah kena (pengalaman dulu)... kalau tuan-tuan, kalau saudara atau sesiapa terkena baru terasa," kata beliau dalam pertemuan yang diadakan di rumahnya di Bukti Segambut dekat sini, sehari selepas Anwar dibebaskan atas jaminan polis semalam.
Semak dalam mstar
di sini

Editorialblog berpendapat inilah cerita paling lawak melibatkan polis Malaysia. Hanya disebabkan Anwar Ibrahim adalah bekas timbalan perdana menteri, sekarang penasihat PKR, mempunyai ramai pengikut, maka polis Malaysia menjadi bahan lawak jenaka dan ditertawakan oleh dunia luar.
Polis, rakyat dan ahli politik luar negara ketawa apabila membaca berita-berita mengenai polis,
undang-undang, liwat dan Anwar Ibrahim. Orang luar negara memperkatakan kebodohan polis Malaysia dan kerajaan Malaysia sendiri dalam menangani jenayah.
Bukan saja Anwar Ibrahim sudah berjaya memalukan kerajaan Malaysia dengan menuduh undang-undang boleh dimanipulasi, malah polis diperbodohkan oleh Anwar. Taraf polis diletakkan di bawah penjenayah sekarang ini. Ini agak memalukan.
Sekarang ini, pencuri yang memasuki rumah orang boleh mengenakan syarat jika polis hendak menangkapnya. Itupun jika pencuri itu bertaraf seperti Anwar Ibrahim.
Kewibawaan polis sebagai badan yang menegakkan undang-undang kini sudah hilang. Semuanya gara-gara 'permainan' politik Anwar Ibrahim.

Tidak perlu polis memberi bermacam-macam alasan untuk menyiasat kes ini kerana politik Anwar Ibrahim sudah mematahkan setiap langkah yang akan mereka ambil. Macam-macam tuduhan yang dibuat oleh Anwar, isterinya dan pembangkang sudah menjerat polis.
Politik Anwar Ibrahim kini menggari tangan polis.

No comments: