Sunday, July 27, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 50 - Jauhi kaum Nabi Lut)

Kita sedang heboh mengenai 'mesyuarat' Umno dan Pas. Rupa-rupanya dalam tempoh tahun ini sudah ada tiga kali pertemuan orang besar Umno dan Pas telah diadakan tanpa pengetahuan kita. Maknanya, ia diadakan secara SULIT/RAHSIA. Kenapa? Hanya Tuhan dan mereka yang terlibat saja yang tahu.

Tetapi berdasarkan maklumat yang diterima ianya adalah untuk masa depan orang Melayu juga. Ini adalah kerana keputusan dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu menunjukkan 'ketuanan bangsa Melayu' terhakis.

Kaum Cina dan India tidak lagi menyokong politik orang Melayu, Mereka sudah menunjukkan sikap 'kurang ajar' terhadap bangsa Melayu. Manakala di kalangan orang Melayu sendiri berpecah belah hanya disebabkan seorang lelaki Melayu iaitu Anwar Ibrahim, yang ketika bersekolah menengah dan di universiti pun sudah diketahui bahawa dia siapa. Kita hendak membela kebenaran seorang lelaki dan meninggalkan kebenaran bahawa anak-anak kita perlukan masa depan yang lebih baik. Bukan Anwar Ibrahim... bukan Anwar Ibrahim!

Editorialblog berani mengatakan bahawa kami mempunyai maklumat dan bukti bahawa Anwar Ibrahim bukan pemimpin Melayu-Islam yang dikehendaki oleh orang Melayu di Malaysia. Dia mungkin mendapat sanjungan orang dari negara Barat, tetapi bukan orang Melayu.

Diharap penyokong Pas tidak mudah percaya kepada taktik yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim.

Daripada Pas dan penyokong Pas membantu PKR yang dinaungi oleh Anwar Ibrahim, adalah lebih baik bermusyawarah dengan Umno demi masa depan bangsa Melayu-Islam. Maka, sokonglah perbincangan antara pemimpin Umno dan Pas yang diadakan sekarang.

Editorialblog tertarik dengan ajakan Tuan Guru Nik Aziz iaitu membubarkan Pas dan Umno dan membentuk sebuah parti baru demi orang Melayu-Islam. PKR bukan dianggotai oleh Melayu. Kita ujudkan sebuah parti Melayu-Islam demi masa depan anak-anak kita.

Seperkara lagi ialah Pas sekarang ini memerintah Kelantan dan Kedah, maksud saya ialah menteri besarnya adalah orang Pas. Orang Melayu. Di Perak misalnya Barisan Nasional memenangi 28 kerusi, Pas enam kerusi, DAP sebanyak 18 kerusi dan PKR hanya tujuh.

Jika diambil kira majoriti Melayu dalam pentadbiran sekarang, Menteri Besar Perak adalah daripada PKR yang lebih satu kerusi daripada PAS. Dan dalam gagasan Pakatan Rakyat di Perak sekarang yang berkuasa adalah DAP iaitu sebanyak 18 kerusi. Apa suara orang Melayu di Perak?

Tidak ada, walaupun orang Melayu paling ramai. Tetapi suara mereka tiada. Malu! malu! Ingat antara orang PKR terdapat Cina dan India, bukan Melayu. Biarlah Perak ditadbir oleh orang Melayu tidak kira Umno atau Pas, tetapi tolonglah bukan PKR dan DAP. Apa nasib orang Melayu Pulau Pinang apabila DAP memerintah. Apa suara PKR dan Pas di negeri itu? Kosong!

Marilah kita gabungkan Umno dan Pas untuk mentadbir Perak. Tidak mengapa jika Menteri Besar Perak adalah orang Pas, tidak salah.

Tetapi kita akan bersalah jika membiarkan Menteri Besar Perak dari orang PKR yang mengagung-agungkan Anwar Ibrahim. Anwar akan memusnahkan bangsa Melayu dan Malaysia.

Yang penting ialah:

KITA TIDAK MAHU MENJADI KAUM LUT KEDUA!

No comments: