Apa kata editorialblog:
Ramai juga anak buah yang diarah berkumpul di sekitar rumah Anwar Ibrahim di Bukit Segambut. Malah ada para wartawan yang sudah tiba di kawasan rumah Anwar seawal pukul 5.30 pagi tadi.
Ini semua gaga-gara khabar angin yang mengatakan Anwar mungkin akan ditahan dan didakwa atas tuduhan liwat. Bagaimanapun tiada apa yang berlaku dan Anwar yang dijadualkan memberi kenyataan berhubung aduannya mengenai tuduhan liwat terhadapnya oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pagi tadi akhirnya tiba di pejabat Jawi lebih kurang jam 10.30 pagi. Beliau diiringi isterinya, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Begitulah hidup para junior editor, senior editor, wartawan, pemberita dan jurugambar media. Tidak kira ia khabar angin atau tidak, mereka tetap kena bergegas ke sesuatu tempat untuk membuat liputan, mendapatkan maklumat dan menyampaikan maklumat itu kepada orang ramai.
---------------------
Hari ini, berita mengenai Anwar dan Mohd Saiful terus mendapat perhatian.
Mohd Saiful yang mendakwa telah diliwat oleh Anwar dikatakan bersedia membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran dalam masa terdekat. Ini dimaklumkan oleh peguamnya, Zamri Idrus. Tetapi Jawi dilaporkan masih belum menghubungi Mohd Saiful.
Kata Zamri, Saiful akan bersumpah dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya.
“Beliau tetap dengan pendiriannya untuk membuat akuan bersumpah dan beliau melakukannya dengan sukarela, bukan atas paksaan. Namun, buat masa ini biar polis menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.,” kata Zamri dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Zamri berkata anak guamnya mempunyai “kes yang kuat” untuk membuktikan dirinya diliwat oleh Anwar.
Sementara itu, Anwar dalam sidang akhbar selepas memberi kenyataan kepada Jawi berkata beliau tidak bimbang laporan pemeriksaan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengenai kes liwat terhadapnya jika ia dapat dilakukan secara profesional.
Tetapi beliau berkata laporan perubatan itu boleh dipinda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selepas mendakwa laporan perubatan Hospital Pusrawi mengesahkan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.
“Apa-apa saja boleh berlaku dalam masa beberapa jam sebelum laporan perubatan kedua dilakukan di HKL. Tapi ingat ini bukan 1998, kini kita mempunyai sedikit ruang, kerana itu kita dapat laporan doktor (Pusrawi). Soalnya apakah ada kemungkinan (laporan di HKL) dikoyak atau dipinda," katanya.
Mengenai perjumpaan dengan Jawi selama lebih dua jam, Anwar Ibrahim berkata, beliau turut mengemukakan hujah daripada ulama usul fekah dari Universiti Al Azhar, Mesir, Dr Taha Jabir al-Ulwani, yang menyebutkan qazaf bagi tuduhan liwat adalah sama dengan tuduhan zina, yang memerlukan empat saksi.
Mengikut qazaf, seseorang yang menuuduh orang lain melakukan zina, perlu menyediakan empat saksi. Bagaimanapun, ada juga pakar dan ulama yang bertelingkah dan menyatakan bahawa qazaf tidak meliputi perbuatan liwat.
Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang meminta beliau tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi kerjasama dengan polis, Anwar mempersoalkan:
“Adakah beliau (Syed Hamid) sanggup dibogelkan dan diukur kemaluan dan bulunya? Adakah beliau mahu duburnya dikorek atas satu laporan yang tidak berasas. Saya ditahan selama lima setengah jam dan tidur di lokap, kerjasama yang bagaimana lagi yang beliau mahukan,” katanya.
Anwar turut mendakwa bahawa polis meneruskan siasatan terhadapnya kerana mengikuti kehendak pihak tertentu yang mahu menghalang beliau daripada bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang.
Sementara itu, pihak Hospital Pusrawi menyatakan bahawa laporan perubatan Mohd Saiful yang dikatakan bocor, sebenarnya hanya membabitkan pemeriksaan biasa dan bukan berkaitan kes liwat.
Malah, Dr Muhammad Osman Abdul Hamid, 56, yang membuat pemeriksaan itu, juga bukan pakar yang boleh mengesahkan sesuatu kes liwat sebaliknya hanya pegawai perubatan biasa di klinik kemalangan dan kecemasan hospital itu.
Pengurus Besar Hospital Pusrawi Wan Mahmud Wan Yaakob berkata Mohd Saiful mendapat rawatan di hospital itu pada 28 Jun lalu kerana sakit perut dan sukar buang air besar.
“Tidak ada pemeriksaan selanjutnya dilakukan berkaitan aduan liwat dan Dr Mohamad Osman menasihatkan Mohd Saiful supaya mendapat pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan,” katanya pada sidang media bagi menjelaskan laporan perubatan Mohd Saiful yang tersebar di laman web sejak Isnin lalu.
Laporan dua muka surat yang disiarkan itu, didakwa mengesahkan tiada kesan Mohd saiful diliwat.
Berikutan pendedahan laporan itu, Anwar Ibrahim, meminta polis menghentikan segera siasatan dakwaan liwat terhadapnya.
Ditanya di mana Dr Muhammad Osman sekarang, Wan Muhammad berkata, pihaknya tidak dapat menghubungi beliau yang sedang bercuti sejak dua minggu lalu.
Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Kamaruddin Ahmad, yang turut hadir ketika sidang media itu juga menafikan Dr Muhammad Osman ditahan polis sebaliknya beliau hanya disoal siasat beberapa jam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
You must be deaf or pretend not to have known what was said at the Pusrawi press conference. Tak masuk akal bila dikatakan bukan diperiksa sebab liwat tapi kenapa pulak doktor boleh mencatat tentang liwat. Ini seperti anda pergi ke klinik untuk batuk dan doktor catatkan tak ada sakit perut. Nampak terang sangat ada cover up.
Post a Comment