Sunday, July 20, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 49 - Kita bukan lembu)

Peringatan!
1 - Editorialblog bukan ANTI ANWAR IBRAHIM (Editorialblog menulis berdasarkan fakta).
2 - Editorialblog bukan menyokong kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

3 - Editorialblog bukan menyokong kerajaan negeri Kedah di bawah Pas atau kerajaan negeri Perak di bawah DAP (walaupun Menteri Besarnya adalah PKR); bukan juga menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP, atau Kelantan di bawah PARTI Pas (Editorialblog suka pentadbiran Nik Aziz, iaitu individu - bukan PARTI). OK! Ingat tu.....
Editorialblog memberi peringatan itu kerana ramai yang menghantar email mengatakan bahawa laman blog ini adalah penyokong kerajaan dan anti pembangkang. Jika anda berfikiran begitu maka anda adalah seorang yang tidak membuka akal anda untuk berfikir. Mudah-mudahan Allah Taala akan membuka hari tuan-tuan dan puan-puan untuk menilai hal yang sebenar. Jika hati tuan-tuan dan puan-puan masih tetap tidak terbuka, maka ingatlah bahawa hati tuan-tuan dan puan-puan sudah tertutup. Kita harus berbicara dengan hati terbuka. Kita mahu orang Malaysia berfikir. Ada orang yang menghantar ulasan dalam tulisan saya menggunakan bahasa kasar, tetapi saya lepaskan ulasan atau comment itu. Sebab saya open minded. Bolehkah orang yang menghantar ulasan mengutuk saya itu juga bersikap open minded? Jika tidak boleh open minded, maka saya mencadangkan supaya DUDUK DIAM-DIAM. Sebab itu dalam pembukaan kata-kata blog saya ini, saya katakan IQRA (Baca), supaya apabila kita membaca kita akan mendapat maklumat, ilmu dan manfaat. Tidak kita apa bahan yang kita baca, maka kita akan mendapat maklumat dan kita tidak ketinggalan. Di samping kita membaca itu, maka bukalah minda kita untuk membuat penilaian. JANGAN TUTUP minda kita.

Ada mata - PANDANG (iaitu bukti nyata); Ada telinga - DENGAR (Nilai lah yang mana betul); Ada mulut - BACA (beri pendapat selepas memandang dan mendengar). Jangan amalkan - Ada mata - PEJAM; Ada telinga - PEKAK; Ada mulut - DIAM. Jika begini, maka kita akan menjadi Pak Turut... Macam setengah pemimpin Umno yang menjadi Pak Angguk.
Ok sekali lagi ingin dikatakan kepada sesiapa saja tidak kita tuan-tuan dan puan-puan ada ilmu melangit atau tinggi daripada saya iaitu "BUKAKAN FIKIRAN KITA".


Apa yang hendak kita kata sekarang ialah:
Adakah orang kita masih bercerita pasal Anwar Ibrahim (AI)? Kita memang sukar untuk meyakinkan orang ramai, terutama penyokong fanatik AI. Kita sukar untuk mengubah persepsi penyokong AI. Sebab:
1) AI menggunakan agama sebagai dinding. Maka orang Melayu yang rata-rata adalah Islam mudah terpengaruh.

2) AI mempunyai penyokong lama sejak beliau menubuhkan dan memimpin Abin bersama arwah Ustaz Fadzil Nor. Sebab itu kebanyakan penyokong dan pemimpin pembangkang sekarang berlatarbelakangkan ahli Abim.
3) Penyokong lama dan baru Anwar tidak membuka minded (akal fikiran) mereka. Apa yang Anwar kata adalah benar belaka. Mereka menutup terus fikiran mereka daripada 'mendengar' dan 'berfikir'.
4) Kerajaan di bawah Pak Lah sekarang adalah kerajaan yang lemah dan bingai.

Kalau hendak diulas cerita mengenai liwat, editorialblog boleh katakan ianya memang berlaku (Ingat apa yang Editorialblog beri peringatan di atas tadi - Fikirkan). AI memang kaki liwat. Tetapi siapa nak percaya bila editorialblog katakan "memang ada kes" sebab Anwar memang liwat orang yang membuat tuduhan itu. Sama ada tuduhan dulu atau sekarang.
Orang akan bertanya, "mana atau apa bukti Anwar sodomi orang?... Tunjuk kepada kami". (Bagi Editorialblog orang yang bertanya soalan itu mahukan bukti yang nampak seperti rakaman video Anwar sedang sodomi mangsanya atau Anwar disodomi...).

Tuan-tuan dan puan-puan.... cukuplah jika dikatakan bahawa BUKTI nyata itu memang ada.... A.D.A.
Masihkah tuan-tuan dan puan-puan ingat cerita tilam dibawa ke mahkamah pada tahun 1998 ketika perbicaraan kes Anwar. Mahkamah diberitahu bahawa ada kesan air mani Anwar dan kesan air mani Samsidar (isteri Mohd Azmin Ali). Itu adalah bukti nyata. (Anda yang tidak mahu membuka fikiran akan berkata "itu semua konspirasi dan kesan itu boleh diletakkan di atas tilam". Yang berfikir begini adalah lembu - sebab lembu diberi otak tetapi tidak boleh berfikir). Di sini, saya tidak mengatakan air mani Anwar dan Samsidar yang dikesan itu adalah hasil persetubuhan mereka berdua.
Ok anda mahukan BUKTI nyata!
Siapa yang mengatur pertemuan Anwar dan Samsidar atau Anwar dan pemandunya atau adik
angkatnya ketika itu? Ialah rakan tenis Anwar iaitu Nallakarupan. Datuk Nalla. Cuba kita fikir dan kaji siapa Nalla tu. Adakah Nalla tidak memasang CCTV kecil di Tivolli Villa dan di dalam bilik itu?
Bodohlah Nalla yang pada masa itu tahu bahawa Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri Malaysia, untuk tidak menyediakan 'SESUATU' untuk masa depannya. Dalam hal ini, Anwar alpa dan Nalla memiliki 'SESUATU' yang amat berharga untuk dijadikan modal mendapatkan projek, jika Anwar menjadi Perdana Menteri. MAKA, dalam hal ini, marilah kita berfikir sejenak..... jangan terburu-buru.
YA... memang ada yang akan bertanya "Kenapa tidak ditunjukkan bukti nyata itu?"
Memang benar... Editorialblog pun akan bertanya begitu untuk menghapuskan segala keraguan ini. Biar kita lihat, baru kita percaya apa yang berlaku. Tetapi jika kita tidak dapat melihat dan ia menimbulkan keraguan kepada kita MAKA kita kembalilah ke jalan-NYA. Kita kembali kepada kehendak Islam seperti yang disebut oleh Mufti Perlis... SUMPAH. Bukan hanya berkata "Saya BERSUMPAH tidak melakukan bla bla bla..." seperti yang Anwar kata di Masjid Negara ketika demonstrasi tahun 1997/1998 dulu. Itu sumpah cara orang Barat iaitu "I sware". Cuba BERSUMPAH mengikut syarat yang ditetapkan Islam. LAKNATULLAH akan turun jika bersalah... kalau tidak kepada diri orang yang bersumpah itu ianya akan turun kepada keturunannya. Tetapi dalam keadaan sekarang jika Anwar dan Saiful berani BERSUMPAH mengikut Islam, kita harap biarlah LAKNATULLAH itu turun kepada diri mereka sendiri. Inilah cara yang akan menghapuskan kesangsian dan rasa was-was umat Islam sekarang yang sedang dipermainkan.
Berbalik kepada "kenapa tidak ditunjukkan bukti nyata itu?"
Jawapannya:
1) STRATEGI... - Dalam politik ada strategi. Bukti nyata itu boleh diguna pakai untuk strategi politik masa depan.
2) MALU... - Editorialblog berpendapat bahawa bukti nyata itu tidak boleh dikeluarkan kerana ia mencemarkan maruah orang. Walaupun, umat Islam dan rakyat Malaysia sekarang berhadapan dengan perasaan was-was akan tuduhan terhadap Anwar sama ada betul atau tidak, tetapi ada jalan lain untuk menyelesaikannya dan tidak perlu mengemukakan bukti nyata itu. Alasannya untuk tidak memalukan keluarga Anwar terutama isteri dan anak-anaknya. Bayangkan jika bukti nyata itu tersebar dalam YouTube. Bukan saja keluarga Anwar mendapat malu, malah umat Islam.
Namun, apa yang penting sekarang ialah jika orang yang dituduh itu (ANWAR) merasa dia BENAR, maka dia tidak perlu takut. Allah berada di pihak yang benar. Allah memberi limpah kurnia nikmat kepada orang yang teraniaya.
MAKA... wahai saudara Anwar Ibrahim... Aku berseru kepadamu jika kamu BENAR maka kamu tidak perlu takut untuk memberi DNA dan seperkara yang penting bagi umat Islam ialah BERSUMPAH lah mengikut syarat Islam. Biar Allah Taala melaknat siapa yang berbohong. KENAPA harus takut sedangkan Allah Taala sudah menyatakan bahawa DIA akan melindungi kebenaran. Adakah saudara Anwar sudah tidak percaya kepada Allah?
Anda fikir dan kajilah 4 sebab di atas yang Editorialblog nyatakan itu.

No comments: