Tuesday, April 22, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 13 - bigdogdotcom dan MSM)

Editorialblog 'meminjam' gambar ini dari sebuah blog iaitu bigdogdotcom.wordpress.com yang pada pandangan para editor MSM, penulisnya pasti seorang yang kritis, kritikal dan bersungguh-sungguh untuk menyampaikan maklumat.
Editorialblog berbangga kerana laman blog ini mampu menjadi media alternatif sebenar kepada rakyat dengan menceritakan semua maklumat yang diperolehi oleh beliau. Tahniah kepada penulis blog bigdogdotcom yang pastinya memperoleh maklumat dalaman dan menyebarkannya. Berlainan dengan media arus perdana yang dikongkong oleh budak-budah hingusan di tingkat empat Putrajaya.
Kenyataan disiarkan oleh bigdogdotcom mengenai MSM yang dikawal juga dalah benar.
  • Of course, the issue of media control, is the real propaganda agenda which has been taken to task by the Prime Minister’s Office Media Coordinator Dato’ Kamal Khalid. Nowadays, the mainstream media editors get calls from this office more frequently than ever. Not only what were allowed to be published were discussed, the angle of the news and the photos to be used were instructed and selected. Surprisingly, these spin effort were never really discussed with the Boss. For example, the weeks preceeding to his wedding with Jeanne Abdullah in June 2005, editors were instructed that the rumours cannot be raised during any media conferences with PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Conveniently, the sloppy Malaysian leader ‘let the cat out of the bag’, voluntarily.
Editorialblog menyiarkan gambar di atas untuk menunjukkan kepada pembaca di laman blog ini bahawa mereka yang berada di peringkat atasan juga manusia yang mahukan hiburan. Kita nampak mereka baik ketika di depan, tetapi di belakang kita mereka lah champion.
Begitu juga beberapa kenalan editorialblog dari akhbar arus perdana. Bagi sesetengah orang, apa yang mereka lakukan adalah hak peribadi mereka seperti apa dilakukan oleh Kalimullah Hassan yang disaksikan oleh CEO NSTP Syed Faisal.
Daripada maklumat rakay editor di kumpulan NSTP, editorialblog diberitahu bahawa mereka yang berada di atas juga kerap enjoy di kelab-kelab mewah tertentu di sekitar bandaraya. Sejauh mana kebekarannya tidak pula diketahui.

1 comment:

Anonymous said...

Saya merupakan salah seorang pembaca blog bigdogdotcom..
saya melihat editorialblog dan bigdogdotcom mempunyai agenda yang sama iaitu memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu..
saya melihat ini merupakan perkembangan yang bagus bagi menyampaikan maklumat tentang situasi sebenar Malaysia pada hari ini..

Walaupun saya bukan ahli UMNO tetapi jiwa saya teguh bersama UMNO..Bukan niat untuk tidak menyertai UMNO tetapi umur kelayakan membataskan saya untuk menyertainya..
InsyaAllah pada 7 September tahun ini saya akan menyertainya apabila genap umur saya 18tahun..
Saya bukanlah hendak menceritakan tentang diri saya tetapi utuk memaklumkan tentang hati naluri seorang remaja yang menyayangi agama, bangsa dan negaranya..
Walaupun masih mentah dalam politik tetapi saya juga inginkan kepimpinan baru dalam kerajaan serta UMNO apabila melihat kepincangan kepimpinan masa kini berbanding kepimpinan sebelum ini..

namun begitu,bukanlah maksud saya untuk menambahkan parut pada orang Melayu..
Saya ingin meluahkan pendapat dilubuk hati saya berkaitan laman blog seperti ini..

Antaranya >>>
*janganlah terlalu mengutamakan hal dalaman UMNO sehingga kita lupa agenda pembangkang terutamanya DAP dalam menghapuskan orang Melayu..
* diaharap dapat menyiarkan artikel tentang isu yang dihebahkan pembangkang terutama DAP kerana saya berasa sedih melihat perkembangan isu yang digunakan oleh DAP..

Saya mengunakan DAP kerana mereka merupakn parti bukan tunjangan kaum Melayu dan sering memarakkan api perkauman di negara kita..
Kita lihat isu Hindraf, isu memboikot perlantikan MB Perak, ternakan babi di Selangor, jawatan exco di Penang, Perak dan Selangor yang rata-ratanya dari parti DAP..
Saya melihat kekuatan Melayu semakin berpecah disebabkan dakyah dan isu yang ditimbulkan mereka..

Saya berharap agar pendapat saya diambil kira bukan untuk UMNO sahaja malah untuk seseorang yang berbangsa Melayu yang beragama Islam..