Tuesday, April 8, 2008

Apa kata editor MSM (Bhg 2)

Terima kasih kepada mereka yang sudi menghantar komen untuk Apa Kata Editor MSM bahagian 1.
Editorialblog hari ini berkata: Hari ini ada di kalangan para editor MSM mula tertanya-tanya siapa yang mencetuskan blog ini. Mereka menerima maklumat mengatakan wujudnya editorialblog dan sesetengahnya kini berhati-hati untuk bercakap, mahu pun mengemukakan idea mengenai politik masa kini di negara kita.
Namun, editorialblog berpendapat itu adalah hak masing-masing. Walaupun, mereka para editor MSM bertugas dengan 'perintah dan arahan' daripada pihak di sebalik cermin gelap, mereka tetap menentang sesuatu yang tidak benar.
Apa cerita para editor:
Editor 1: Pak Lah perlu letak jawatan dan menantunya Khairy Jamaluddin perlu berdiam diri. Barulah, Barisan Nasional dan Umno akan mendapat semangat baru dan pulih daripada 'kesakitan' sekarang.
Editor 2: Memang betul Pak Lah kena letak jawatan sekarang. Serangan daripada laman web dan blog yang banyak mendedahkan kepincangan dalam BN dan Umno membuktikan bahawa Pak Lah tidak memiliki kepimpinan yang dikehendaki. Malah, kesalahan Pak Lah kerana menghentikan atau membatalkan projek yang dirangka oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan ramai hilang kepercayaan kepada beliau. Sedangkan rakyat percaya apa yang hendak dilakukan oleh Tun Dr Mahathir itu adalah untuk kebaikan masa depan negara.
Editor 3: Betul! Baik pembangkang sekali pun mereka percaya projek Tun biar pun bernilai berbilion ringgit tetapi untuk kebaikan rakyat. Pembangkan juga boleh menggunakan kemudahan itu. Tidak perlu memberi contoh lebih. Lihat saja kereta Proton. Pasti ada penyokong atau anak ahli pembangkang yang menggunakan kereta Proton. Pasti ada anak atau penyokong pembangkang yang menggunakan lebuh raya untuk pulang ke kampung dan membayar tol kerana menggunakan laluan itu.
Editor 4: Keadaan kucar kacir di dalam BN dan Umno sekarang semuanya berpunca daripada sikap Pak Lah dan Khairy. Dulu ketika menang besar ketika pilihan raya umum 2004, Pak Lah dan konco-konconya gembira besar. Potong kek atau pulut kuning di serata tempat. Bangga kerana dapat merampas kembali Terengganu daripada tangan Pas. Pada pilihan raya umum 1999 ketika pemerintahan Dr Mahathir, Terengganu jatuh ke tangan Pas dan Mahathir disalahkan. Zaman Pak Lah, Terengganu dapat dirampas semula dan mereka terlalu bangga hingga riak. Apa jadi pada pilihan raya yang lalu. Bukan saja tidak boleh merampas Kelantan daripada Pas, tetapi tewas di empat negeri lain. Ada negeri yang dianggap bersih dan boleh dimenangi BN, tetapi apa sudah jadi. Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang kini diperintah Barisan Rakyat. Memang Pak Lah kena berhenti secara terhormat.
Editorialblog - OK:
Adakah, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan naik ke jawatan Perdana Menteri jika Pak Lah berhenti? Sesetengah para editor menganggap Najib layak, tetapi ada juga yang berpendapat beliau tidak layak.
Para editor MSM yang mengatakan Najib layak memberi macam-macam alasan. Antaranya ialah:
  • Tidak ada orang lain yang layak dan mempunyai kredibiliti macam Najib.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di belakang Najib, walaupun baru-baru ini menyatakan sokongan beliau terhadap Najib sudah berubah. Tetapi, yang pasti... (akan dinyatakan pada kiriman akan datang).
  • Najib bukan setakat Timbalan Perdana Menteri, tetapi Timbalan Presiden Umno. Najib juga berpengalaman dalam beberapa kementerian termasuk Kementerian Pelajaran yang dikatakan sebuah kementerian yang menjadi batu loncatan kepada seseorang menteri untuk mencapai tahap tertinggi dalam Kabinet.
Para editor MSM yang mengatakan Najib tidak layak juga menyatakan beberapa alasan berdasarkan pengalaman dan maklumat mereka. Antaranya ialah:
  • Najib banyak skandal dan ini akan menjejaskan kewibawaan beliau. Skandal-skandal itu disebut ketika para editor MSM bersembang sesama mereka. Semua skandal itu boleh menjejaskan kewibawaan Najib.
  • Muhyiddin dikatakan lebih layak walaupun beliau hanya Naib Presiden Umno. Ini berdasarkan pengalaman serta senioriti dalam Umno. Malah, Muhyiddin lebih disenangi di kalangan parti komponen BN iaitu MCA, MIC serta parti utama di Sarawak.
  • Najib terlalu lemah untuk bertindak segera menyelesaikan masalah yang dihadapi. Najib juga seperti Pak Lah yang hanya membiarkan banyak keputusan penting dibuat oleh pegawai kanan atau mereka yang di dalam cermin gelap.
  • Najib menpunyai kumpulan pemikir yang kurang berpengalaman dalam dunia politik. Mereka ini hanya memikirkan wang dan projek dan menyampaikan pandangan kepada Najib tanpa berdasarkan perkembangan semasa politik. Dan jumpa lagi kemudian....

4 comments:

Anonymous said...

Apa yang pasti Pak Lah harus meletak jawatan dengan segera kerana itulah penawar untuk mengubati kemelut yang melanda Umno sekarang. Kita sayangkan pemimpin tapi kita lebih sayangkan Umno dan bangsa Melayu.

akd

hard-T said...

Pahang Umno secretary announced his resignation today. Any news di sebalik tabir ke? Like AKD said, kita sayang pemimpin tapi kita sayang Umno lebih lagi. Keep post bro.

ai'dil said...

Terima kasih kepada akd dan Hard-T. Saya masih di pejabat dan cuba dapatkan cerita di sebalik tabir. Kadang-kadang susah juga. Tetapi, untuk Hard-T mungkin saya BRO atau SIS. Pakai tali pinggang keledar ketika memandu atau pakai topi keledar ketika menunggang. Terima kaseh sekali lagi.

hard-T said...

itu bergantung kepada your name bro or sis.