Monday, April 7, 2008

Apa kata editor MSM

Saya telah menyaksikan banyak kali pilihan raya umum atau pilihan raya kecil diadakan di negara ini. Setelah lebih 23 tahun berkecimpung dalam dunia persuratkhabaran yang berada di bahagian hadapan, dan masih lagi di dalam perkhidmatan, maka saya membuat andian sendiri bahawa Umno kini berada di ambang kehancuran.
Ketamakkan kuasa dan tidak ada sikap untuk menyedari kehendak akar umbi membuatkan pemimpin utama LUPA.
Saya namakan blog ini sebagai Editorialblog adalah untuk menyalurkan maklumat yang berlaku di dalam bahagian editorial sesebuah akhbar arus perdana (MSM) sekarang ini. Apa saja yang dibincangkan di kalangan para editor penting dalam organisasi akhbar.
Dan, kebanyakan mereka di kalangan para editor MSM, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 8 Mac lalu, menuding jari kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tambahan pula hari ini akhbar MSM melaporkan kenyataan dan jawapan Pak Lah sehingga lebih lima muka surat, tidak termasuk komen daripada menteri dan ahli Majlis Tertinggi Umno.
Apa kata para editor: Para editor di MSM sebenarnya sudah jemu dengan kenyataan berselindung daripada Pak Lah, tetapi apakan daya mereka semua tidak dapat melakukan apa-apa kerana MSM dikuasai oleh konco-konco Pak Lah.
Mereka yang bertugas di bahagian editorial sentiasa menerima maklumat dan kerap berbincang di antara mereka sendiri.
Seperti kenyataan Pak Lah hari ini bahawa ahli Umno sabotaj Umno.
Apa kata para editor: Sebenarnya, hal mengenai sabotaj bukan berlaku sekarang ini saja. Sebelum, negara hendak mencapai kemerdekaan lagi sudah ada usaha untuk mensabotajnya. Pak Lah tidak boleh menuduh ahli Umno mensabotaj parti, tetapi sebenarnya mereka melakukan protes.
Protes adalah perkataan yang tepat. Kenapa mereka protes?
Apa kata para editor: Pak Lah perlu ingat bagaimana bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli bin Ghazali, menangis di depan Pak lah supaya tidak menukar senarai calon Barisan Nasional Perak yang diberikan kepadanya. Tajol Rosli berkata kepada Pak Lah jika Pak Lah tukar senarai itu, BN akan kalah.
Tetapi apa yang berlaku: Pak Lah menukar senarai itu dan tewaslah BN/Umno Perak kepada parti pembangkang disebabkan kemarahan akar umbi dalam Umno Perak. Pak Lah tidak mahu mendengar kehendak akar umbi sebenarnya.
Apa kata para editor: Sama juga isu pelantikan Menteri Besar Terengganu. Pak Lah tentu masih ingat dan kini 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu berasa mereka ditipu olah Pak Lah. Di depan mereka Pak Lah cakap lain, tetapi di belakang mereka Pak Lah buat lain. Mereka kini berasa ditipu oleh pemimpin/Presiden mereka sendiri.
Editorialblog boleh menceritakan secara terperinci apa yang berlaku dalam pertemuan Pak Lah dan 23 Adun itu.
Mereka hilang kepercayaan kepada Pak Lah. Pak Lah memberi arahan kepada 22 Adun berkenaan supaya menyokong Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar dan merekapun melakukannya.
Pak Lah memberi harapan kepada Idris supaya jangan risau. Mereka yakin kepada kata-kata Pak Lah sehingga mereka hampir-hampir menentang sultan mereka sendiri. Dan kini apa yang berlaku. 22 Adun yang menyokong Idris itu terasa cukup malu, apa lagi gelaran datuk untuk tiga orang yang kuat bersuara di kalangan mereka kini ditarik balik.
Di mana mereka hendak meletak muka? Dan kini mereka menunggu masa sesuai untuk menikam Pak Lah pula.
Apa lagi yang diceritakan oleh para editor MSM.
Apa kata para editor: Kesalahan juga perlu diletakkan ke atas menantu Pak Lah - Khairy Jamaluddin - yang sememangnya mempunyai reputasi buruk dalam dunia politik dan percintaan dengan anak Pak Lah.
Bagaimana Khairy ingin memikat Nori. Editorialblog diberi maklumat bahawa ia pada mulanya melalui sebuah kedai menjual kereta terpakai di Kelana Jaya sebelum bermula detik percintaan mereka.
Siasatlah Pak Lah jika ini tidak benar. Segala-galanya kini mula dibongkar oleh para editor tanpa berselindung biarpun di kalangan wartawan dan pemberita.
Lagi: Khairy atau KJ sememangnya melakukan kesalahan besar. Hingga ada editor di MSM yang kini menganggap KJ mempunyai agenda untuk memusnahkan Umno secara diam-diam. Ki enapa para editor berani bercakap begitu. Pak Lah kena siasat. Sebenarnya, BN boleh mengalahkan Pas di Kelantan, maksudnya menguasai Kelantan.
Tetapi dengan kenyataan daripada KJ ketika di Kelantan, maka BN khususnya Umno tumpas. Campur tangan KJ di Kelantan menyebabkan Umno tumbang kerana orang sudah mengenali siapa KJ. Pak Lah kena ingat....
Saya agak letih untuk meneruskan pendedahan ini. TUNGGU. Akan datang lagi sambungannya. Sementara itu, BACALAH.... IQRA.

4 comments:

hard-T said...

Hahahah...
Only NST used pen as their standard logo...

hantutelur said...

Dalam kes Perak, memang tak nafi ada unsur-unsur protes di kalangan ahli-ahli UMNO namun sebenarnya kesannya walaupun agak ketara tetapi bukanlah penyebab kekalahan BN. UMNO meletakkan 34 calon DUN dan menang 27 iaitu hanya 7 yang kalah. Penyebab sebenar kekalahan BN di Perak ialah faktor tidak setia pengundi Cina (MCA/Gerakan) dan India (MIC/PPP). MIC, PPP dan Gerakan kalah semua kerusi (25) yang ditandingi kecuali MCA hanya menang satu. Jadi saya tak fikir masalahnya senarai calon yang diluluskan oleh Presiden parti.

Saya masih merasakan punca pengundi-pengundi di Perak protes terhadap pucuk pimpinan kerana kegagalan menangani isu-isu perkauman (pertikaian tentang DEB) dan keagamaan (MIC tidak membela masyarakat beragama Hindu), selain integriti PM sendiri yang dipersoalkan.

Berbalik kepada isu sabotaj saya mengakui memang ada berlaku, setengahnya kerana penyandang kerusi tidak dicalonkan semula, kehilangan kerusi kepada parti komponen lain, dan ada juga kes dendam lama.

Walaupun Perak jatuh ke tangan DAP sekarang (dengan 7 daripada 10 kerusi DUN) saya fikir paling lama mereka boleh bertahan ialah satu penggal. Gerak hati saya pula menyatakan tak sampai dua tahun.

Anonymous said...

Percaya saudara adalah dari MSM atau bekas ahli MSM. Ini boleh dilihat dari cara penulisan saudara. SELAMAT MENULIS DAN CERIAKAN DUNIA BLOG DENGAN MAKLUMAT TERKINI DARI DALAM.

ai'dil said...

Terima kasih kerana memasuki blog saya. Insya-Allah akan diberi maklumat selanjutnya.