Sunday, April 27, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 20 - Melayu dan DAP - Di mana silapnya I)

Amaran! Artikel ini tidak bertujuan membangkitkan semangat bangsa Melayu mahupun mengungkit atau menguris perasaan mana-mana kaum. Sebaliknya, artikel ini hanya mahu menyedarkan bangsa Melayu bahawa perpecahan akan menyebabkan Melayu hilang harga diri dan tidak mustahil akan dijajah semula oleh bangsa asing. Mungkin ada pembaca di kalangan ahli politik yang tidak setuju dengan apa yang Editorialblog katakan dan mungkin mereka akan membuat laporan polis dengan mendakwa laman blog ini cuba membangkitkan isu atau sentimen perkauman yang boleh mencetuskan semuka keadaan tidak selamat dalam negara. Terpulang kepada mereka. Dalam keadaan bangsa Melayu sekarang ini yang sudah hilang pedoman dan arah hingga sanggup menggadai nilai diri (Ini dapat dilihat dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu). Artikel ini ditulis atas rasa tanggungjawab Editorialblog terhadap sesama bangsa, seagama dan senegara. Kenapa Editorialblog memberi tajuk 'Melayu dan DAP - Di mana silapnya?'.
Wahai Melayu yang menyokong DAP!
Sudah lupakah kepada sejarah dan slogan yang dilaungkan oleh penyokong DAP dan Gerakan ketika berarak di Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Mei 1969. Antara slogan penyokong dua parti itu ialah "Semua Melayu Kasi Habis". Dalam pilihan raya umum 1969 dua parti pembangkang iaitu DAP (DAP adalah cawangan PAP Singapura dan dilihat sebagai parti berorientasikan masyarakat Cina sosialis) dan parti Gerakan (sebelum menyertai Barisan Nasional), telah menang besar apabila berjaya mengalahkan parti pemerintah - Perikatan - di tiga negeri. Kesan besar terhadap Perikatan ialah apabila MCA mengumukan tidak akan menyertai pakatan Perikatan dalam pembentukan kerajaan baru kerana tidak lagi mendapat kepercayaan daripada masyarakat Cina.
Lantaran itu dan kerana terlalu gembira dengan kemanangan berkenaan, DAP dan Gerakan menganjurkan perarakan jalanan di Kuala Lumpur sambil mengecam bangsa Melayu dengan memasang slogan "Semua Melayu Kasi Habis". Walaupun, dua parti itu kemudian memohon maaf di atas slogan berkenaan, percikan api yang sudah lama terpendam, meletus juga akhirnya. Bangsa Melayu yang terkejut dengan keputusan pilihan raya itu menyelahkan pengundi Cina kerana berpaling tadah terhadap formula Perikatan dengan menyokong pembangkang yang terang-terang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.
Api mula menyala - Pada petang 13 Mei bertempat di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor ketika itu Dato Harun Idris, ribuan penyokong Umno mula berkumpul dengan membawa senjata masing-masing. Mereka dengan penuh semangat selepas mendengar seruan beberapa pemimpin supaya 'memberi pengajaran kepada masyarakat Cina kerana mempertikaikan hak ketuanan dan keistimewaan Melayu' mula 'mengamuk'. bangsa Melayu yang sudah marah menyerang sesiapa saja masyarakat Cina yang mereka temui. 'Amok' bangsa Melayu merebak ke seluruh negara dan tumpuan ialah di sekitar Kuala Lumpur di mana Kampung Baru menjadi medan paling sengit. Kejadian itu kini dikenali sebagai 'Tragedi 13 Mei'. Tercatat dalam sejarah Malaysia sebagai titik hitam akibat kebencian antara kaum.
Kejadian ini adalah gara-gara hasutan yang dilakukan oleh DAP dan Gerakan. Pemimpin DAP sentiasa mempertikaikan hak keistimewaan bangsa Melayu. Malah, sehingga sekarang mereka tidak akan mengenepikan tuntutan supaya hak keistimewaan orang Melayu dilucutkan. Memang ketika kempen pilihan raya yang baru lalu mereka tidak mahu memainkan isu keistimewaan orang Melayu. Memang sebelum pilihan raya lalu mereka tidak membuat tuntutan supaya hak keistimewaan bangsa Melayu digugurkan kerana mereka bimbang tidak mendapat sokongan orang Melayu. Tetapi, selepas pilihan raya dan berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang, pemimpin DAP menunjukkan belang mereka.
Serta merta mereka menolak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di negeri itu. DEB yang menjadi tunjang untuk membangkitkan dan memperkukuhkan ekonomi bangsa Melayu telah di tolak oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Namanya sahaja Pulau Pinang diperintah oleh Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan Pas, tetapi pemimpin Melayu PKR dan Pas sudah dikaburi dengan janji bohong DAP. Pemimpin Melayu PKR dan Pas tidak lagi memikirkan nasib bangsa Melayu dan sanggup menjual maruah mereka. Mereka meletakkan maruah Melayu paling bawah dan kini Melayu di Pulau Pinang menjadi masyarakat kelas dua.
Wahai Melayu yang menyokong DAP! Democratic Action Party adalah sebuah parti politik yang mahu meletakkan Melayu setaraf dengan kaum lain di Malaysia. Sedangkan bangsa Melayu adalah 'tuan' atau 'master' di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Tanah Melayu.
Dalam buku teks sejarah untuk sekolah menengah pada 2004 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan maksud KETUANAN MELAYU sebagai:
"Semangat cinta akan apa saja yang berkaitan dengan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, kebudayaan, warisan, adat istiadat dan tanah air. Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai tanah pusaka orang Melayu."
Ketuanan Melayu (Malay for Malay supremacy or Malay dominance) membuktikan Melayu adalah "tuan" (masters) di Malaysia. Kaum Cina dan India adalah terhutang budi dengan bangsa Melayu kerana bangsa Melayu sanggup menerima mereka sebagai rakyat di negara ini, tanpa perlu menukar nama mereka dan boleh mengamalkan adat resam budaya mereka. (Sila rujuk tindakan pemerintah Indonesia yang menetakan kaum Cina tidak boleh menggunakan nama asal keturunan mereka iaitu nama Cina tetapi perlu menggunakan nama Indonesia - tetapi Malaysia yang diperintah oleh orang Melayu membenarkan kaum Cina menggunakan nama asal mereka dan mengamalkan adat resam mereka).
Kaum Cina di Tanah Melayu atau Malaya pada tahun 1930 hingga 1940-an masih bertaraf imigran atau dalam kata sekarang mereka adalah pendatang asing dan mendominasi ekonomi setempat terutama di bandar-bandar besar dengan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Dalam masa yang sama bangsa Melayu terus dihimpit kemiskinan. Jangan kita salahkan orang Melayu ketika itu kerana kemiskinan mereka. Bangsa Melayu bukannya MALAS, tetapi mereka ketiadaan pemimpin untuk menerajui dan membawa mereka kearah yang sepatutnya.
Wahai DAP!
Sedarlah! Bahawa bangsa Melayu yang mempunyai HAK KEISTIMEWAAN di TANAH MELAYU ini yang menyediakan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia iaitu yang memberi jaminan kewarganegaraan atau kerakyatan kepada bangsa lain di Tanag Melayu. Perjanjian quid pro quo ini adalah merujuk kepada kontrak sosial yang dipersetujui oleh nenek moyang kita. Dengan bangsa Melayu bermurah hati memberi kerakyatan kepada pendatang asing Cina dan India dan kaum lain termasuk Sikh di Tanah Melayu, bermakna bangsa Melayu memberi tanah untuk kehidupan mereka. Itulah kemurahan hati bangsa Melayu yang MESTI dikenang oleh kaum lain di negara ini sekarang......
(Sambungan dalam Apa Kata Editor MSM (Bhg 21).

IQRA

4 comments:

KABUTZALWAYZ said...

Untuk pengetahuan saudara Editorialboard, pada 1 Mac 2008 (sewaktu kempen pilihanraya), bertempat di pusat komuniti DAP di Damansara Uptown, telah diadakan ceramah.Dalam ceramah tersebut, DAP ada menyatakan bahawa mereka sanggup dan bersedia jikalau peristiwa 13Mei berulang jika tuntutan mereka tidak dilayan.
Sehubungan itu,Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara (Damansara Uptown di bawah PJU)telah membuat laporan polis berkaitan isu ini.
(tidak silap pernah dilaporkan bigdogdotcom)

Anonymous said...

assalamualaikum to my frenz.kabutzalwayz.u r my fren.even aku x rapat ngn ko tapi aku knal la jgak ko nih.
anyway.aku xtau nk suarakan pndangan aku pada blog ko kt ner.so aku main letak jer la komen aku nih.janji ko dapat bace n tau per yg aku nak smpaikan.anyway.aku x bace sme ape yg ko siarkan dlm blog ko nih.aku tau ko di pihak yg maner.aku x kisah.juz aku nk tanyer ko.ko wat ni ko betul2 ikhlas atau ader agenda kau sendiri?
aku x kater aku menyokong mane2 pihak.dlm usia kiter nih.aku blom btol2 nk pkir secare mendalam.tapi alhamdulillah aku nmpak pada dua2 blah pihak.dan boleh menilai yg mane terbaik.aku x kate sume bnda perfect.termasuk la parti2 yg wujud dlm m'sia nih.tapi sedikit sbnyak ader bhg yg lebih baik dn ke arah keislaman.anyway.nk tanyer ko?
ko pandang pada sebelah pihak.i mean kerajaan yg ader skrang.ader x ko lihat lak di pihak yg satu lagi?
i mean pihak pembangkang?mungkin ari2 yg ko hadap ialah utusan melayu dan bhn2 media yg dtg dr kerajaan.ader ko cbe2 tgk dan tinjau pada akhbar harakah?tv pas.com?dan plbagai bhn alternatif media pmbangkang?cbe ko renungkan.dan nilai sendiri.ape yg ko wt pada diri ko adelah satu ketidakadilan.bnarkan diri dn pikiran ko menerima mklumat drpd kedua2 blah pihak.insyaallah.klu tuhan nk bukak ati ko.ko akn nmpak mane yg terbaik.
aku harap ko dpt bertindak segera.aku bkan nk memaksa.tp mcm yg aku ckp.bertindak adil pd diri sendiri.smge ko sentiasa di jln yg benar.igtlah.melayu i2 xkn kekal smpi ke akhirat.tp yg kekal i2 adalah islam.islam lah yg patut ko juangkan.islam lah yg menyatukan suluruh umat x kira apa bangsa.smoge ko mendapat rahmat allah.amin

Editorialblog said...

Editorialblog berterima kasih kepada pengirim komen anonymous terhadap tulisan kabutzalwayz. Editorialblog menyiarkan komen itu. Tetapi Editorialblog cuma mahu mengingatkan pembaca yang mahu mengirim komen supaya tidak menulis menggunakan bahasa 'rojak' seperti itu. Bahasa Melayu kaya dengan khazanahnya. Maka gunakan bahasa dan ejaan yang betul supaya ia tidak merosakkan bahasa kita. Terima kasih. IQRA

Anonymous said...

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Editorialblog kerana menyiarkan article ini.
Pada saya langkah pertama serangan telah dimulai. "Divide and rule". Itu strategi yang bagus diguna pakai.

akd