Saturday, May 24, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 27 - Satu kapal dua nakhoda)

Itulah yang terjadi terhadap Umno Terengganu selepas kemelut pelantikan Menteri Besar berakhir dengan Datuk Ahmad Said mengangkat sumpah di Istana memegang jawatan barunya, bukan Datuk Seri Idris Jusuh yang menerajui kepimpinan Umno yang merampas kembali Terengganu dari Pas dalam pilihan raya umum 2004.
Kini pentadbiran kerajaan negeri Terengganu adalah dibawah kuasa Ahmad Said, tetapi Ahmad tidak menerajui parti yang memerintah negeri itu.
Parti Umno memerintah Terengganu dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu ialah Idris, tetapi Idris bukan ketua pentadbiran kerajaan negeri.
Dalam hal ini ada sedikit pertindihan kuasa dari segi kepimpinan parti dan negeri. Sepatutnya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang menjadi parti pemerintah di Terengganu menjadi ketua pentadbir kerajaan negeri iaitu menteri besar.
Atau boleh juga orang yang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sepatutnya menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.
Ahmad ada penyokong beliau. Begitu juga Idris ada penyokong beliau. Jadi Umno Terengganu memang berpecah dua. Hanya dengan perletakan jawatan oleh Idris sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri saja segala kemelut dalam politik Umnodapat diselesaikan.
Tetapi hari ini, Idris menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan situ walaupun tindakan tersebut boleh menyebabkan kebuntuan politik di Terengganu.
Idris dilaporkan berkata bawaha beliau menerima hakikat bahawa Datuk Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu mempunyai para penyokongnya sendiri, tetapi beliau juga mendapat sokongan besar para ahli kerana berjaya memimpin Umno Terengganu memenangi pilihan raya umum pada 2004 dan 2008.
"Saya bukannya orang kalah. Saya menerajui parti dan memenangi pilihan raya dengan majoriti lebih dua pertiga. Pada asasnya anggota Umno masih bersatu, cuma sekarang ini ada kebuntuan dari segi perasaan di kalangan anggota,” katanya selepas menyampaikan ceramah Misi Puteri 2013 di Bangunan Umno Perak di Ipoh, hari ini.
Menurut Idris, penyokong Umno di Terengganu kini masih di peringkat penyesuaian berikutan perubahan pucuk pimpinan pentadbiran negeri sedangkan 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu masih lagi menyokong beliau.
Katanya, beliau akan terus aktif dalam politik termasuk mempertahan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Besut jika mendapat sokongan di peringkat cawangan.
Nampaknya, masalah dalaman Umno Terengganu akan semakin parah jika tidak diubati segera. Ini akan menjejaskan setiap pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri sebelum ini kerana setiap projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri akan juga dibincangkan dalam Umno. Ini sudah menjadi lumrah mana-mana parti yang berkuasa di setiap negeri.
Tidak boleh dikatakan hanya Umno yang akan membincangkan projek pembangunan. Negeri yang kini diperintah oleh PAS, DAP dan PKR juga akan membincangkan projek pembangunan negeri masing-masing. Termasuk agihan projek untuk kontraktor.
Berbalik kepada kemelut melanda Terengganu - Gelombang Biru ketika Barisan nasional berjaya merampas kembali negeri itu daripada Pas dalam pilihan raya 2004 dijangka melanda Umno Terengganu apabila cawangan dan bahagian bersidang tidak lama lagi.
Tidak lama lagi rakyat Terengganu dan negeri lain dapat melihat siapa yang sepatutnya lebih berperanan dalam parti, negeri dan negara.

Friday, May 23, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 26 - Pulau Batu Puteh)

Hari ini, Jumaat 23 Mei 2008.
Kita kehilangan satu lagi wilayah. dulu kita hilang Singapura dan kini kita hilang pula Pulau Batu Puteh yang jaraknya hanya 7.7 batu nautika dari Johor, sedangkan jaraknya dari Singapura lebih 50 batu nautika.
Namun, itulah hakikat yang harus kita rakyat Malaysia, terutama rakyat Johor harus terima.Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bukannya seperti keputusan mahkamah-mahkamah di Malaysia yang boleh menerima rayuan.
Keputusan ICJ adalah muktamat. Tidak ada rayuan lagi. Pulau Batu Puteh adalah HAK Singapura dan Moddle Rocks serta South Ledge diberikah HAK kepada Malaysia.Mungkin kita masih ingat pada 17 Disember 2002, mahkamah yang sama membuat keputusan bahawa Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di Laut Celebes di kepulauan Borneo adalah HAK Malaysia bukan hak Indonesia. ICJ membuat keputusan 16-1 dalam perbicaraan itu.

Keputusan yang dibuat oleh ICJ terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan itu adalah berdasarkan bermacam-macam bukti yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak Malaysia dan Indonesia. Keputusan itu tentunya menyedihkan rakyat Indonesia, tetapi mereka menerimanya dengan tenang dan sabar.
Kini giliran kita.
Sama juga dengan keputusan ICJ terhadap Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura sejak hampir 30 tahun lalu. Kedua-dua negara yang diwakili oleh barisan menteri dan peguam masing-masing telah mengemukakan bermacam-macam bukti untuk menunjukkan hak kedulatan masing-masing ke atas tiga ketul batu itu.
Akhirnya ICJ membuat pertimbangan dan keputusannya.Inilah resam dunia dan kehidupan. Ada kala kita menang dan ada kala kita kalah. Ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah. Namun, semua itu harus menjadi pengajaran kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu.
Melayu mesti bersatu padu, Cina mesti bersatu padu, India perlu bersatu padu. Begitu juga kaum-kaum lain yang mesti bersatu padu sebagai satu bangsa Malaysia untuk negara dan tanah air kita.
Memang kita rasa satu kehilangan besar apabila Pulau Batu Puteh terlepas kepada Singapura. Kita tidak berasa marah kepada Singapura kerana bukti yang mereka kemukakan kepada ICJ lebih bagus daripada apa yang dibentangkan oleh wakil kita di ICJ. Kita mendapat HAK ke atas dua pulau kecil yang rasa-rasanya cukup bagi kita untuk dimanfaatkan sepenuhnya di segi ekologi, saintifik dan yang penting keselamatan.
Blog ini sebenarnya turut dibaca oleh bukan Melayu. Oleh itu kepada mereka yang bukan Melayu dan beragama Islam ingin diterangkan di sini bahawa:
Bagi Islam - setiap kesakitan yang kita alami memadamkan satu dosa yang pernah kita lakukan.
Dalam hal ini, mungkin negara atau kita sendiri pernah melakukan dosa, maka keputusan ICJ hari ini adalah satu kesakitan bagi kita untuk memadamkan dosa yang dilakukan. IQRA

Tuesday, May 20, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 25 - Andaian salah terhadap Tun M)

Saya menonton berita perdana TV3 malam tadi berhubung kenyataan Datuk Mohd Nazri Aziz dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz yang memberi ulasan mengenai tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno.
Nazri berkata tindakan Tun itu seperti 'peras ugut'.
Rafidah pula berkata tindakan itu seperti 'marahkan nyamuk kelambu dibakar'.
Kedua-dua pemimpin tertinggi Umno itu masih tidak faham kenapa Tun Dr Mahathir meletak jawatan. Bukannya peras ugut dan bukan juga mahu membakar kelambu.
Dalam zaman web dan blog, orang sudah tidak pakai lagi peribahasa seperti itu.
Bolehkah Nazri dan Rafidah memberitahu maksud peribahasa 'sambil menyelam minum air'.
Saya tertarik dengan komen AKD mengenai tindakan Tun Dr Mahathir yang katanya:

Saya rasa saya adalah antara segelintir rakyat Malaysia yang tidak terkejut dengan keputusan Tun Dr Mahathir untuk berundur dari menjadi ahli Umno. Saya mengatakan demikian kerana saya merasakan TDM telah tersangat kecewa dengan apa yang sedang berlaku didalam Umno. Namun setelah menegur seawal 2006 lagi tapi semuanya tidak diendahkan oleh kepimpinan Umno. Saya rasakan kepimpinan Pak Lah setelah mengambil ahli mempunyai satu misi yang amat sekali mudah untuk memajukan negara. Segala blueprint telah tersedia dan apa yang perlu hanyalah perlaksanaan dengan betul dan berhemah. Ikut saja blueprint dan negara akan mencapai status negara maju menjelang 2020. Tapi amat malang sekali setelah berkuasa pertadbiran Pak Lah telah menukar arah dan system ekonomi negara. Mereka telah merencana system ekonomi baru yang perlu dimulakan dari tahap sifar "0". Bila ini terjadi nikmat kejayaan akan cuma dapat dinikmati setelah ia matang dan mencapai mungkin 70-80% perlaksanaannya. Maka rakyat terpaksalah merana dan bertungkus lumus berkerja untuk mencapai tahap kejayaan yang diharapkan. Itu pun jika ia berjaya.
Kekecewaan TDM (selain dari tersebut diatas) saya rasakan antara lainnya adalah:
1. Maruah dan nama negara semakin terhakis diluar negara. Semasa zaman TDM, kita amat berbangga untuk mengatakan yang kita dari Malaysia tapi sekarang ni nak cakap pun malas
2. Negara negara OIC menaruh harapan yang amat besar keatas Malaysia bila ia diberikan jawatan Pengerusi (semasa pertadbiran TDM) tapi semuanya tidak kesampaian bila Pak Lah yang menjadi Pengerusi. Langsung tidak kedengaran suara OIC.
3. Setiap satu legasi TDM cuba dirubah dan dihapuskan. Putrajaya, Cyberjaya dan MSC seperti dilupakan.Tiada langsung usaha untuk menambah nilai semua ini.
4. Hampir kesemua perancangan TDM dihentikan umpamanya double track, jambatan mengantikan tambak Johor.
5. TDM melihat segala penat lelah dan perancangan untuk negara yang dibina selama 22 tahun terhapus hanya dalam masa 3 tahun
6. Kepentingan dan kesejerhartaan rakyat tidak langsung menjadi agenda utama pertadbiraan Pak Lah.
7. Setelah lebih 2 bulan PRU12 masih tidak ada perubahaan yang dilihat atau pun dirasai oleh rakyat.
Coretaan diatas hanyalah sebahagian dari peramatan saya yang dirasakan telah mendorong TDM untuk keluar dari UMNO. Saya cuma terkejut yang TDM tidak mengambil langkah ini lebih awal lagi.
akd
May 19, 2008 10:01 PM


Inilah antara punca sebenar Tun terpaksa keluar Umno. Kecewa dengan Pak Lah.Sudah berkali-kali para editor kanan MSM (Yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda tetapi arif dalam suasana politik negara) telah
menyatakan bahawa Pak Lah lembik dan takut. Bagaimana seorang yang takut boleh memerintah negara.Editorialblog juga mempunyai ramai kenalan di kalangan kaum Cina dan India. Rata-rata mereka tidak menyebelahi Pak Lah. Mereka juga tidak
menyebelahi Anwar Ibrahim. Jika kita duduk semeja dengan wakil rakyat DAP atau PKR daripada kalangan orang bukan Melayu, mereka mengakui
Pak Lah lemah. Mereka mengakui Anwar tidak boleh dipercayai. Mereka berkata Anwar ada 'dua muka'. Tetapi orang Melayu terus mempertahankan
kedua-duanya. Inilah yang pemimpin keturunan lain mahu. Mereka mahu Pak Lah dan Anwar sebagai pemimpin supaya Melayu dan Malaysia
musnah.Sememangnya, tindakan Tun Mahathir sesuatu yang wajar. Hanya Maniam yang kenal Manicam....

Apa Kata Editor MSM (Bhg 34 - Kenapa Tun M keluar Umno)

Pengumuman Keluar Dari UMNO
Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.
Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.
Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.
Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.
Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.
Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.
Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.
Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.
Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.
Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.
Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.
Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.
Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

Monday, May 19, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 33 - Orang buta... Orang pekak?)

Bermacam-macam reaksi dapat kita dengar selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada Umno hari ini. Baik pemimpin parti komponen Barisan Nasional atau pembangkang, rata-rata terkejut. Ada yang sedih dan ada yang gembira.
Di kedai-kedai kopi atau restoran bermacam-macam yang diperkatakan orang ramai. Malah, program Awani oleh Astro malam ini turut membincangkan tindakan Tun Mahathir itu. Begitulah, 'tsunami Mahathir'.
Begitulah berpengaruhnya Tun Mahathir. Begitulah juga kesannya sesuatu tindakan Tun Mahathir terhadap negara.
Dalam kita mendengar bermacam-macam pendapat mengenai tindakan Tun Mahathir itu, ** tertarik kepada kenyataan dan ulasan yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Editorialblog mengenali Nik Aziz agak lama dan dalam perbincangan dengan para editor kanan MSM juga kami mendapati bahawa Nik Aziz adalah seorang pemimpin yang baik, ulama yang berwibawa. Nik Aziz tidak mengata orang, tidak seperti Mat Sabu atau Hadi Awang yang lebih banyak memberi gelaran buruk kepada pemimpin lain terutama pembangkang.
Sebab itu, saya terpikat dengan ulasan Nik Aziz yang mengatakan beliau adalah orang paling gembira dengan pengumuman Tun Dr Mahathir keluar daripada Umno.
Ulasan paling menarik beliau ialah:
"Kalau beliau nak masuk Pas, saya setuju benar. Orang sepertinya (Dr Mahathir) berwibawa dan mempunyai fikiran tajam. Kalau dia (Mahathir) duduk dengan Pas, kita (Pas) menumpang tuahlah."

Demikian antara kata Nik Aziz.
Yang penting, Nik Aziz sendiri sudah mengakui bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan mempunyai fikiran tajam dan Pas akan dapat menumpang tuah Tun Mahathir jika beliau menyertai Pas.

Orang Umno harus pandang dan lihat. Bahawa pemimpin pembangkang seperti Nik Aziz itu boleh mengkagumi dan mengakui kewibawaan Tun Mahathir, kepada orang Umno sendiri tidak dapat menyelami fikiran Tun mahathir. Butakah orang Umno? Pekakkah orang Umno?
Editorialblog tidaklah pandai sangat mengenai kibat-kitab ilmu Islam, tetapi pernah terbaca dan mendengar ulama berkata bahawa setiap bangsa akan mempunyai seorang pemimpin ulung bagi setiap 50 tahun atau 70 tahun.
Malaysia mempunyai Tun Mahathir yang cukup berani dan berwibawa memimpin negara ke arah kecemerlangan.
Lihat saja segala pembangunan yang telah dilakukan selama 22 tahun beliau memerintah.
Saya pernah menulis mengatakan Tun Dr Mahathir adalah seorang doktor perubatan yang menjalankan pentadbiran negara berdasarkan keadaan tubuh badan kita. Otak, urat saraf dan semua yang ada di badan kita dijadikan pedoman oleh Tun Dr Mahathir dalam mentadbir negara. Jika ada bahagian yang sakit, beliau akan ubatinya.

Jika ada bahagian yang busuk, beliau akan memotong dan membuangnya. (Anda semua tahu siapa yang busuk dan dibuang ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri).
Tun Mahathir juga mempunyai 'red book' atau buku merah. Buku merah beliau itu apabila diangkat saja di hadapan seseorang menteri atau timbalan menteri atau pemimpin parti, maka mereka akan menggeletar ketakutan. Apa isi 'red book' hingga mereka itu ketakutan? Segala rahsia yang disimpan beliau mengenai kegiatan pemimpin berkenaan.

Cuma Tun Mahathir saja yang masih enggan mendedahkan segala-galanya yang tercatit dalam buku merah itu.
Wahai ahli Umno, saya menyeru untuk anda dan untuk diri saya sendiri supaya kita renung sejenak siapakah Tun Mahathir dari awal hingga kini beliau merajuk dan meninggalkan anda semua. Apa salah beliau? Ada ulasan yang mengatakan Tun tidak boleh bertindak keluar parti kerana ada saluran lain untuk beliau meluahkan pandangan beliau.
Editorialblog ingin bertanya... apakah salurannya? Mesyuarat Umno? Ahli Umno sendiri dilarang berjumpa Tun. Media? hanya berita yang memburuk-burukkan beliu saja menjadi berita utama. Contohnya, hasil siasatan Suruhanjara Diraja yang menyiasat isu klip video Lingam. Media tidak henti-henti menyiarkannya sehingga ada pandangan bahawa Tun Mahathir bersalah.
Para editor kanan MSM sendiri tidak percaya kepada ketelusan Suruhanjaya Diraja itu.
Editorialblog
memetik satu lagi kenyataan Nik Aziz:
"Yang dijolok buah lain, yang luruhnya buah lain. Orang duduk jolok Pak Lah, tetapi ini yang terjadi."
Para editor kanan MSM berpendapat ramai lagi pemimpin Umno akan keluar parti. Namun anak Tun Mahathir tidak akan keluar Umno kerana beliau akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno untuk berhadapan dengan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin.
Editorialblog pun istihar keluar Umno hari ini.

Apa Kata Editor MSM (Bhg 32 - Tun Mahathir keluar Umno)

Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno paling lama dalam sejarah parti politik Melayu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada Umno berkuat kuasa serta-merta.
Beliau yang juga ahli Umno seumur hidup bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.
"Saya umum saya keluar parti hari ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk “Nasib Kedudukan Bangsa Melayu” di sebuah hotel di sini hari ini.
Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.
"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno),” katanya.


Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.
Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.
“Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.
“Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lepas. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno,” katanya.
Dalam sejarah Dr Mahathir dalam Umno, beliau pernah dipecat daripada Umno pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972.
Dr Mahathir turut mengajak anggota Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain.
“Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya,” tambahnya.
Bekas Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa kerana anggota-anggota Umno masih disekat oleh kepimpinan parti daripada berjumpanya.
“Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli Umno dan ketua bahagian tidak dibenar berjumpa saya. Ini apa,” katanya.
Beliau berkata tindakan kepimpinan Umno itu hanya menyebabkan timbul lebih banyak rasa tidak puas hati dan akhirnya melambangkan Umno sebagai tidak demokratik.
Ketika diajukan soalan oleh pemberita mengenai tindakannya itu akan membuat orang lain mengikuti jejaknya, Dr Mahathir berkata: “Saya tidak peduli kerana saya pun disekat daripada berjumpa dengan ahli-ahli Umno.”
Beliau juga yakin bahawa tindakannya meninggalkan Umno tidak akan memberi kesan kepada politik orang Melayu.
“Saya pernah dibuang dari Umno, (dan) politik Melayu tidak hilang. Kalau orang Melayu hendak betulkan, bukan kerana (tindakan) saya keluar. Kalau mereka berani hendak pelihara parti dan perjuangan parti mereka harus berani bertindak,” katanya.
Dr Mahathir juga sekali lagi menegaskan bahawa Abdullah perlu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi memastikan survival Umno dan jika perlu anggota Umno boleh membuat undi tidak percaya dalam usaha memaksa Abdullah meletak jawatan.
Ditanya adakah tindakan terbarunya itu (keluar Umno) bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abdullah, Dr Mahathir berkata: “Saya tidak tahu mengenai tekanan kerana orang ini tidak faham apa-apa”.
Ditanya adakah tindakannya keluar daripada Umno mempunyai kaitan dengan arahan terbaru Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V.K Lingam, Dr Mahathir menafikannya.
"Ini soal mahkamah... dia boleh tuduh dan kalau saya salah masuk jail. Kalau tak salah janganlah tangkap saya juga,” katanya sambil ketawa.
Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan; dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin serta Dr Mahathir.Pada akhir majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin Umno sekarang kerana bukan sahaja tidak mempertahankannya sebaliknya turut mengkritiknya.
"Kalau dulu orang kata kononnya saya berkhidmat kepada negara, cium tangan naik asap tapi bila saya kritik Datuk Seri Abdullah pasai tak buat jambatan orang maki saya. Tiada siapa dalam Umno mempertahankan saya,” katanya kesal.
Pada majlis itu, Dr Mahathir dalam ucapannya selama sejam turut menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh hadirin antaranya berhubung pengganti Abdullah dan langkah memulihkan kuasa politik Umno.
Dr Mahathir juga mengulangi gesaannya supaya sistem kuota kelayakan untuk bertanding jawatan penting pada perhimpunan agung Umno Disember ini dimansuhkan melalui persidangan mesyuarat khas parti.


Itulah Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang negarawan yang sayangkan Melayu, Cina, India dan semua rakyat Malaysia. Seorang pemimpin untuk semua bangsa. Pemimpin yang tidak mahu melihat rakyat Malaysia tersungkur di bumi sendiri. Pemimpin yang budinya ditabur kepada bangsa Melayu, Cina, India dan kaum lain di negara ini, tetapi ada sesetengah daripada bangsa-bangsa ini tidak tahu mengenang budi beliau.
Budi dan jasa beliau mengangkat seseorang pada kedudukan dihormati, tetapi orang yang diangkat itu boleh diibaratkan 'anjing' kerana selepas itu mereka 'menggigit' beliau.
Tun Mahathir penuh rahsia. Hinggakan tindakan beliau hari ini yang amat mengejutkan itu pun tidak diketahui oleh orang yang rapat dengan beliau. Anak-anak beliau malah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga tidak mengetahui keputusan Tun untuk keluar dari Umno. Berbeza dengan Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang segala tindakannya akan diketahui oleh orang yang rapat dengannya terutama menantu beliau, Khairy Jamaluddin.
Siapakah Abdullah jika tidak kerana Tun Mahathir mengambilnya semula menyertai Kabinet selepas menjadi 'lalang' ketika perpecahan Umno/Semangat 46 dahulu?
Siapakah Najib jika tidak kerana Tun Mahathir mengangkatnya sebagai Menteri Besar Pahang termuda dan kemudian menjadi menteri Kabinet?
Siapakah Syed Hamid Albar (Tauke pasir) jika tidak kerana Tun Mahathir mengangkatnya menjadi menteri?
Siapakah Muhyiddin Yassin jika tidak kerana Tun Mahathir mengangkatnya menjadi menteri?
Siapakah Mohamed Nazri Abdul Aziz jika tidak kerana Tun Mahathir mengangkatnya menjadi menteri dan melindunginya daripada beberapa skandal?
Siapakah Nor Mohamed Yaacop jika tidak kerana Tun Mahathir mengangkatnya menjadi menteri?
Siapakah Hishammuddin Hussein jika tidak kerana Tun Mahathir mengangkatnya menjadi menteri?
Siapakah Mustapa Mohamed jika tidak kerana Tun Mahathir mengangkatnya menjadi menteri?
Siapakah Rais Yatim yang pernah membakar jambatan Umno jika tidak kerana Tun Mahathir mengangkatnya menjadi menteri?
Siapakah Azalina Othman Said jika tidak kerana Tun Mahathir mengangkatnya menjadi menteri?
Siapakah Noh Omar jika tidak kerana Tun Mahathir mengangkatnya menjadi menteri?
Siapakah Muhammad Muhd Taib jika tidak kerana Tun Mahathir mengangkatnya menjadi menteri besar dan dilindungi pula oleh tun kerana beberapa skandal?
Dan, siapakah menteri-menteri lain serta timbalan menteri atau menteri besar sekarang yang tanpa Tun Dr Mahathir?
Merekalah Melayu yang mudah lupa terhadap jasa 'orang tua' itu. Tidak perlu kita bertanya siapakah Musa Hitam tanpa Tun Mahathir? Mereka lah muka-muka yang tidak tahu malu yang membiarkan 'orang tua' itu bersendirian. Merekalah orang yang tidak tahu betapa kasih dan sayangnya Tun Mahathir kepada Umno, Melayu dan rakyat Malaysia. Merekalah yang memulakan 'perang' dengan Tun Mahathir.
Hari ini juga, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato Mohd Alwi Che Ahmad, mencabar mana-mana pemimpin Umno negeri atau bahagian yang tidak mampu memimpin parti meletak jawatan tanpa perlu menunggu isyarat daripada Abdullah Badawi.
Editorialblog: Memang patut Tun Mahathir keluar daripada Umno kerana pemimpin atasan parti itu perlu diberi sedikit pengajaran supaya sedar diri. Selagi, Pak Lah dan konco-konconya berada dalam Umno, Barisan Nasional akan tewan dan hancur. Bersedialah kita semua untuk mendapat kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Sunday, May 18, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 31 - Tiga akhbar dan tangan gatal)

Semalam, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan seperti dalam berita Bernama:

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mempertahankan tindakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuat laporan polis ke atas beberapa akhbar berikutan penyiaran kandungan laporan siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video perbualan seorang peguam dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.
Sambil menyifatkan penyiaran tersebut sebagai `sesuatu yang tidak betul
dan tidak wajar’, Perdana Menteri berkata laporan berkenaan seharusnya
dibentangkan terlebih dahulu kepada kerajaan.

Beliau berkata keputusan sama ada hendak menjadikan laporan itu bahan
bacaan umum atau bahan rahsia adalah hak kerajaan, justeru tidak wajar sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang ingin mendahului kerajaan dalam hal
itu.

“Itu adalah perkara yang penting, jadi sebelum kerajaan buat apa-apa
keputusan, tidak wajarlah bagi mana-mana pihak hendak mendahului kerajaan
mengeluarkan dan melaporkan hal-hal yang berkaitan dengan beberapa perkara yang ada dalam laporan itu.

“Ini satu tindakan yang tidak betul, tidak wajar dilakukan jadi tentulah pihak jabatan yang bertanggungjawab untuk menyediakan laporan ini akan merasa sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang tidak betul, sesuatu yang melanggar undang-undang yang mengikut pandangan mereka. Maka sebab itulah mereka
membuat aduan itu dan tindakan itu satu tindakan yang wajar,” katanya.
Abdullah menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai
laporan polis yang dibuat oleh JPM berikutan tindakan akhbar The Star, New
Straits Times dan Berita Harian menyiarkan kandungan laporan siasatan
Suruhanjaya berkenaan.

Menjawab dakwaan bahawa laporan itu tidak tertakluk di bawah Akta
Rahsia Rasmi (OSA), Perdana Menteri berkata pihak yang berkenaan perlu mengambil kira keperluan untuk laporan tersebut disampaikan kepada kerajaan terlebih dahulu.

“Jadi itu yang pentingnya, kerajaan dulu, sebab itu apabila saya
ditanya mengenai laporan ini, adakan mahu mendedahkannya kepada umum, saya kata tunggu kejap. Pada waktu itu saya pun belum baca lagi, saya sendiri belum tengok, tiba-tiba saya kata umumkannya, takkan begitu.
"Kalaupun saya dah baca, saya kena tunggu juga untuk membentangkannya kepada jemaah menteri. Ini yang lazimnya yang kita lakukan untuk laporan-laporan suruhanjaya lain,” katanya.

Abdullah berkata adalah tidak wajar untuk menyiarkan laporan itu
sedangkan ia belum dibentangkan kepada kerajaan.
Mengulas mengenai kedudukan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung pembabitannya dalam siasatan Suruhanjaya berkenaan, Abdullah meminta kerjasama media agar tidak membuat spekulasi sendiri mengenai perkara itu.
Beliau berkata perkara itu tidak seharusnya dijadikan ’pendakwaan awam’ memandangkan ia akan mewujudkan ketidakadilan kepada individu yang terlibat dalam siasatan itu.
"Jangan buat tuduhan yang bukan-bukan. Ini tak adil kepada orang yang
berkenaan. Tunggu siasatan, jangan buat siasatan itu dan ini dan buat tuduhan
sendiri,” katanya.

Katanya, laporan siasatan itu telah diserahkan kepada Peguam Negara
selaku penasihat kerajaan dalam aspek perundangan untuk tindakan
selanjutnya.


Editorialblog dan para editor MSM hanya senyum mengenangkan gelagat dan mainan politik. Tak usahlah cuba menunjukkan diri tidak mengetahui apakah berita yang akan disiarkan oleh akhbar berkaitan. Tidak usahlah mengatakan bahawa akhbar New Straits Times, Berita Harian dan The Star bebas menyiarkan apa saja artikel. Kenapa Utusan Malaysia tidak menyiarkan laporan itu sedangkan akhbar itu juga mendapat maklumat yang sama.
Kalau lah Abdullah mendakwa beliau belum tengok laporan itu, jadi siapakah yang melihat dan membacanya dan menyerahkan kepada pengarang-pengarang kanan MSM. Adakah, 'budak-budak tingkat empat' atau menantunya sendiri, Khairy Jamaluddin yang membacanya?
Editorialblog sekadar mahu memaklumkan bahawa 'ada tangan' di Putrajaya sendiri yang menyampaikan laporan itu dan menyatakan bahawa "terpulang kepada anda untuk menyiarkannya atau tidak. Anda boleh menyiarkannya dan kami akan lindungi anda". Pada masa itu Kabinet kerajaan Abdullah Badawi belum bermesyuarat untuk memutuskan sama ada akan mendedahkan isi kandungan laporan berkenaan.
Sebenarnya, jika dibawa terlebih dahulu ke dalam Kabinet sudah pasti para menteri tidak bersetuju laporan suruhanjaya itu didedahkan kepada orang ramai. Tetapi dengan 'membiarkan' tiga akhbar berkenaan menyiarkan laporan itu terlebih dahulu, maka para menteri terpaksa bersetuju supaya laporan itu didedahkan.
Lagi pula, sememangnya kerajaan Abdullah mahu mendedahkan laporan itu bertujuan untuk memalukan enam individu, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini semua adalah mainan politik 'tangan-tangan gatal' di Putrajaya. Sebab itu, persiapan iaitu mencetak sebanyak mungkin laporan yang tebal itu untuk dijual kepada orang ramai mulai hari Selasa ini.
Para editor kanan MSM sudah mengetahui taktik ini. Hari ini, Abdullah hanya membuat kenyataan 'sembunyi tangan' apabila menyifatkan penyiaran laporan tersebut sebagai `sesuatu yang tidak betul dan tidak wajar’. Sedangkan, sebaliknya beliau dan 'tangan-tangan gatal' di Putrajaya lebih menyukai pendedahan itu.

Monday, May 12, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 30 - Selamat Ulang Tahun Umno Ke-62)

Para editor MSM bangga kerana semalam Umno menyambut ulang tahun ke-62 dan masih mampu bertahan membela nasib bangsa Melayu di tanah air sendiri. Umno dalam usia sebegini pastinya sudah matang. Editorialblog maksudkan Umon yang matang. Bukan ahli-ahlinya yang matang.
Memang diakui ada ahli Umno yang cukup matang dalam sepak terajang dunia politik orang Melayu yang kini sidah berpecah belah. Jika umat Islam sendiri yang diminta berpegang kepada 'tali'-Nya boleh berpecah-belah, apa lagi sebagai parti politik dan sebagai sebuah bangsa sudah tentu berlaku perpecahan.
Kaum Cina dan India sendiri juga berpecah dalam parti. Ada MCA, ada Gerakan, ada DAP, ada MIC dan ada PPP. Melayu ada Umno, ada Pas dan ada PKR. Tidak dikira lagi parti-parti kecil yang menjadi serpihan kepada yang besar.
Dalam Umno sudah berusia 62 tahun, cuba-cuba lah ahli dan pemimpinnya menggunakan sedikit akal supaya parti yang 'memerdekakan' Tanah Melayu daripada penjajah terus menerajui pentadbiran negara. Mana-mana yang masih berfikir bahawa Umno masih kuat, mulakan lah berfikir semula. Cari di mana kelemahan. Jika pemimpin atasnya lemah dan tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan, maka cepat-cepatlah diundurkan.
Editorialblog hanya melihat bahawa pemimpin atasan Umno perlu berundur jika mahu melihat ahli Umno peringkat akar umbi bersatu dan kukuh semula. Tidak cukup jika hanya pemimpin atasan seperti Majlis Tertinggi saja yang mantap tetapi di peringkat akar umbi semuanya berterabur dan hilang kepercayaan.
Jika dalam setangkai buah ada yang busuk, maka buangkan lah buah yang busuk itu supaya 'penyakit' buah itu tidak merebak kepada buah lain.

Friday, May 9, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 29 - Benarkah Kata Raja Petra)

Penulis dan pengendali laman blog Malaysia-Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang dibebaskan hari ini mendakwa beliau dinasihatkan oleh pihak penjara Sungai Buloh supaya membenarkan dirinya dijamin oleh isterinya kerana mereka tidak boleh menjamin keselamatannya ketika berada di dalam tahanan.
Beliau dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let’s Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman web
www.malaysia-today.net pada 25 April lalu di rumahnya di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
ini adalah kali pertama penulis blog didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.
Hakim Nurmala Salim menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selepas peguam tertuduh, K Balaguru, tidak membantah jumlah yang dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan.
Raja Petra yang dibebaskan pada jam 9.35 pagi selepas semua prosedur jaminan di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya selesai. Bersama isterinya, Marina Lee Abdullah serta peguamnya Raja Petra menaiki kereta BMW berwarna hitam yang mempunyai nombor pendaftaran QS 1.
Ketika bertemu wartawan yang menunggu beliau di luar mahkamah Raja Petra mendakwa pihak penjara telah memaklumkan kepada beliau bahawa mereka menerima aduan berhubung tertuduh pertama dan kedua dalam kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar yang menjerit dan mengugut akan melakukan sesuatu kepada beliau.
Beliau mendakwa ketika berada di penjara, beliau ditempatkan di blok yang sama dengan Azilah dan Sirul Azhar serta 18 anggota polis lain yang sedang menunggu hari perbicaraan kes mereka, selain menyifatkan semua polis berkenaan jahat.
“Azilah dan Sirul Azhar yang ditempatkan di blok yang sama dengan saya, menjerit-jerit dan mengugut dengan berkata sesuatu akan berlaku kepada saya. Pihak penjara sangat risau sehingga mereka menempatkan sekali ganda anggota Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu seramai empat orang untuk menjaga saya.
“Pihak penjara memaklumkan saya ada lebih 6,000 tahanan di situ dan sesiapa saja mungkin boleh dibeli dengan wang serta tiada jaminan dapat diberikan kepada saya berkaitan perkara itu. Malah pengawal atau warden penjara juga tidak boleh dipercayai 100 peratus.
“Azilah dan Sirul Azhar bukan saja menjerit kepada saya saja. Pegawai penjara sangat risau dan menasihatkan saya supaya keluar dari situ dengan diikat jamin isteri, selain turut menyatakan mereka tidak dapat tidur kerana perlu menjaga keselamatan saya,” katanya.

Raja Petra mendakwa, pihak penjara turut memaklumkan beliau bahawa mereka yang akan
dipertanggungjawabkan jika ada perkara yang tidak diingini berlaku terhadap beliau dan sebab itu mereka meminta beliau berjumpa isterinya kelmarin, yang akan menjaminnya keluar.
Kira-kira 200 orang termasuk wartawan dan lebih 30 rakan Raja Petra memenuhi kawasan mahkamah, untuk memberi sokongan dengan memakai baju T berwarna kuning yang dicetak gambarnya dan tertulis: ‘Justice for All..tantuya’ atau keadilan untuk semua dan Altantuya.
Disoal berhubung mogok lapar yang dilancarkannya, Raja Petra menafikannya kerana beliau hanya enggan makan makanan yang diberikan dalam penjara kerana menyifatkan ia dibayar dengan menggunakan duit rakyat.
“Saya berpendapat duit rakyat tidak digunakan dengan sewajarnya, jadi saya enggan makan. Saya tidak dapat makan makanan yang dibeli dari luar, jadi saya memutuskan untuk tidak makan langsung,” katanya.
Raja Petra mendakwa beliau bukan menunjukkan rasa protes apabila enggan menemui sesiapa termasuk isterinya, sebaliknya menyifatkan dia sendiri yang sanggup berada dalam penjara dan tidak mahu orang lain datang memujuknya keluar kerana itu adalah rancangan utamanya untuk berada di situ sehingga tarikh perbicaraan kesnya Oktober ini.
Mengenai laman blognya:
“Saya akan mengemaskini laman blog saya hari ini, dan mereka tidak boleh menghalang saya. saya juga akan menulis lebih banyak artikel yang berbaur hasutan lagi esok... tengoklah nanti di laman web saya,” katanya.

Apa Kata Editor MSM (Bhg 28 - Karpal jerit, Melayu kecut perut)

    “Saya sudah 26 tahun di Parlimen, saya tidak mudah ditakut-takutkan oleh sesiapa saja atau mana-mana pihak. Saya berdiri teguh dengan apa yang saya cakap kerana ia adalah kebenaran yang mesti ditegakkan pada setiap masa dalam menghadapi semua halangan. Saya beri amaran kepada Perdana Menteri bahawa saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadap Abdullah dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak jika mereka terus membuat kenyataan berbaur fitnah terhadap saya. Saya tidak nampak bagaimana kenyataan saya dalam soal pertukaran Jamry menghina kuasa Sultan sebagai Ketua Agama di negeri Tuanku. Jelas, saya tidak melakukan kesalahan dan mereka yang membuat laporan polis terhadap saya perlu bersedia berdepan tindakan dan akibat sekiranya laporan yang dibuat didapati palsu,”.
Begitulah angkuhnya kenyataan balas Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya mengenai kenyataan awal beliau mempertikai hak Sultan Perak dan Yang di-Pertuan Agung, sebelum ini.
Ternyata, Karpal kini menggunakan undang-undang untuk memporak peranda hubungan antara kaum di Malaysia. Penggunaan undang-undang itu dilakukan kerana Karpal menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempunyai dua pertiga suara di Dewan Rakyat untuk menggubal atau meminda sebarang akta atau Perlembagaan Persekutuan.
Sebenarnya, Karpal Singh sejak menjadi ahli politik sudah banyak kali 'menganggu' orang Melayu, tetapi takut untuk 'menganggu' kaum Cina dan India atau kaum sendiri. Ini jelas menunjukkan Karpal 'anti Melayu' tetapi tidak disedari oleh bangsa Melayu di sekelilingnya.
Setakat hari ini saja sembilan laporan polis sudah dibuat terhadap kenyataan Karpal itu, tetapi kerajaan pimpinan Abdullah Badawi dan Timbalannya Najib Razak tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya hanya melihat orang Melayu dipijak-pijak oleh benggali. Sejak kekalahan paling teruk BN dalam sejarah Malaysia moden dalam pilihan raya 8 Mac lalu, kaum Cina, India dan Benggali nampaknya kini lebih berani mencabar orang Melayu.
Jika hal sebegini pun Abdullah dan Najib tidak dapat menanganinya, maka lebih baik lah kedua-duanya berundur. Serahkan jawatan itu kepada orang yang lebih layak.
Karpal sendiri sudah beri amaran kepada Abdullah dan Najib.
Khusus untuk Karpal Singh, teruskan lah mencaci bangsa Melayu kerana bangsa Melayu sudah takut kepada bangsa lain di bumi sendiri. Pertubuhan Melayu terutama Umno hanya boleh membuat aduan polis, tetapi takut untuk mengadakan perhimpunan seperti dilakukan oleh Hindraf, Bersih, JERIT atau Pakatan Rakyat.

Thursday, May 8, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 27 - Karpal jolok sarang tebuan)

Akhirnya Umno juga yang pertahankan Raja-Raja dan Sultan Melayu daripada diperlekehkan oleh kaum lain, terutama mereka yang masih tidak sedar mengenai kontrak sosial dan hak keistimewaan Melayu. Atau pemimpin itu sememangnya sedar mengenainya kerana mereka pakar dalam undang-undang, tetapi sengaja mahu 'menjolok sarang tebuan' dan melihat sama ada tebuan itu mempunyai sengatnya atau tidak.
Setakat ini, Editorialblog hanya melihat sengat tebuan sudah dikeluarkan, tetapi belum menyengat. Seperti yang disiarkan sebelum ini dalam Editorialblog ternyata kenyataan oleh Karpal Singh itu boleh mencetuskan suasana kurang senang di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Semua kaum tidak kira Melayu, cina, India dan lain-lain mahu hidup harmoni dan menjalankan kegiatan harian mereka.
Editorialblog pun ada rakan daripada kalangan kaum lain. Mereka mahu hidup aman. Tidak mahu kepada kekacauan yang boleh menyebabkan hidup tidak aman atau sukar mencari rezeki. Jika berlaku kekacauan mereka juga sukar mencari rezeki, membuka kedai dan menjalankan perniagaan.
Tetapi, di sebalik semua harapan ini ada satu puak yang tidak suka melihat Malaysia aman. Maka mereka cuba menganggu dan merosakkan pelan ekonomi negara atau membuat kenyataan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Kenyataan yang melaga-laga semangat antara kaum. Mereka menggunakan isu perkauman untuk melemahkan negara ini selepas tidak berjaya menyerang ekonomi Malaysia yang terus kukuh kerana kukuhnya hubungan kaum.
Oleh itu, puak-puak ini terus menggunakan sentimen perkauman untuk kepentingan politik dan diri mereka. Kononnya untuk menunjukkan bahawa merekalah pemimpin kepada rakyat. Tetapi, kita sudah sedar bahawa mereka inilah yang menyuntik kekacauan. Menggunakan jarum halus iaitu isu Melayu, Raja atau Sultan, maka orang Melayu mula panas.
Editorialblog melihat sejak beberapa hari ini orang Melayu yang terdiri daripada profesional dan Melayu dalam Umno bangkit mempertahankan institusi raja selepas Karpal Singh mempertikaikan bahawa Sultan Perak tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri, termasuk mengarah Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membatalkan arahan pertukaran dan melantik semula Datuk
Jamry Sury sebagai Pengarah JAIP. Karpal mendakwa arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang dan sepatutnya keputusan terdahulu kerajaan negeri mengarahkan pertukaran Jamry dikekalkan.
Antara lain Karpal berkata: “Istana kena faham jangan melampaui batas dan had kuasa. Sultan adalah ketua negeri masing-masing. Malaysia adalah negara tunggal yang ada sembilan Sultan, jumlah terbesar di dunia. Kerajaan Pusat patut memastikan Sultan dilarang campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Menteri Besar Perak melantik semula Jamry. Kita tak hidup dalam zaman feudal lagi".
Kenyataan dibuat oleh Karpal itu telah menimbulkan kemarahan orang Melayu. Dalam hal ini, Naib Presiden Pas, Dato Husam Musa juga sepatutnya faham serta tidak menyalahkan media sehingga isu itu menjadi besar. Adakah bagi pendapat Husam perkara ini bukan isu besar? Atau orang Melayu perlumenunggu hingga Karpal meludah atau memijak kepala baharu hendak bertindak. Husam dalam mengulas isu itu berkata: "Isu Karpal (Singh) ini kalau media tak layan, tak ada apa pun, sepatutnya media jangan terlalu ikut rentak Karpal".
Editorialblog ingin mengingatkan Husam bahawa tindakan media arus perdana memperbesarkan isu ini adalah kerana kesedaran para editor kanan MSM yang bersedia membela orang Melayu, bersedia membela Raja-Raja Melayu dan Sultan daripada diperlekehkan. Bukan untuk menutup kelemahan kerajaan pusat terutama selepas kalah
teruk pada pilihan raya umum lalu. Bukan sama sekali.

Atau, Husam kecewa kerana Pas tidak cepat-cepat memainkan isu ini atau tidak sensitif kepada isu Melayu lalu cuba mencari orang lain untuk dipersalahkan. Media dipersalahkan.
Sebenar, tanpa MSM memberi perhatian kepada isu itu di mana lagi wadah untuk orang Melayu membela Raja, Sultan dan Melayu? Ya! Pembelaan boleh dibuat di dalam laman web atau blog. Tetapi kita harus sedar sekarang bahawa banyak laman web dan blog popular di negara ini kurang membela Melayu. Akhbar Harakah sendiri tidak mahu memperbesarkan isu ini sebaliknya hanya mencari kesalahan pihak lain.
Jadi dalam isu ini para editor MSM berpendapat elok diingatkan kepada rakyat bahawa MSM membela orang Melayu. Walaupun, ramai para editor MSM tidak sependapat dengan kepimpinan Umno dan kerajaan sekarang tetapi dalam hal yang menyentuh mengenai hak keistimewaan dan ketuanan Melayu, mereka berasa bertanggungjawab untuk
membelanya.
Editorialblog bukan untuk menghasut tetapi mahu mengingatkan kerajaan sekarang bahawa 'padam api sebelum membara'. Rakyat mengharapkan negara aman dan perhatikan 'dakyah sulit' pihak tertentu untuk merosakkan perpaduan di antara kaum di Malaysia dengan mempermainkan isu-isu sensitif. Atau kerajaan sekarang TAKUT?

Apa Kata Editor MSM (Bhg 26 - Kami terpaksa mengikut kata)

Apa Kata Editor MSM dan Editorialblog:
Jika anda membaca akhbar sebuah rencana dalam Berita Harian yang ditulis oleh Ketua Pengarang Kumpulan akhbar NSTP, Hishamudin Aun beberapa minggu lepas, pastinya anda terkejut terhadap ulasan yang diberikan oleh beliau (Hishamudin) terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diwawancara dalam rancangan HardTali BBC, baru-baru ini.
Ternyata, Hishamudin telah dipergunakan oleh pentadbiran kerajaan sekarang yang dipimpin oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Atau, itukah pendirian Hishamudin terhadap kehendak rakyat sekarang. Para editor MSM bersembang mengenai tulisan yang dibuat oleh Hishamudin. Mereka berpendapat itu bukan lah pendiriannya (Hishamudin) kerana daripada seorang penulis dan pengkritik sukan yang disegani, beliau terus menaiki takhta dunia persuratkhabaran.
Editorialblog bukan untuk merendah-rendahkan hasil penulisan beliau. Hishamudin adalah seorang wartawan yang bertanggungjawab, berani dan tegas dalam membuat ulasan beliau. Beliau adalah antara orang pertama yang membongkar mengenai rasuah dalam bola sepak negara suatu ketika dulu. Beliau adalah antara wartawan yang disanjungi selain Lazarus Rokk dan Dato Fauzi (bekas Pengarang The Malay Mail). Hasil daripada penulisan mereka lah, maka sukan bola sepak negara digegarkan suatu ketika dulu. Seharusnya kita menghormati hasil penulisan beliau dan rakan seangkatannya.
Editorialblog memetik hasil tulisan beliau beberapa minggu lalu:


Sukar untuk dimengertikan apa yang berkemungkinan terlintas di fikiran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyetujui temu bual dengan pengacara, Stephen Sackur, dalam program HardTalk melalui saluran BBC yang ke udara, petang Isnin lalu.
Banyak yang diperbualkan sepanjang kira-kira 30 minit itu yang kesudahannya menyerlahkan bekas Perdana Menteri itu terbukti tepat dalam tanggapannya bahawa beliau hadir atau lebih tepat lagi menyerah diri untuk dibelasah.
Harus tidak ramai tokoh dari Malaysia yang menerima ‘penghormatan’ untuk ditampilkan dalam program berkenaan sejauh ini dan tiada siapa juga dapat menidakkan Dr Mahathir adalah yang paling petah, keras hati dan berani. Namun, di sebalik beliau berusaha keras untuk menempelak atau mengalih pelbagai serangan terhadapnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, HardTalk – sama ada mahu diakui atau tidak – hanya berkira-kira untuk menelanjangi Dr Mahathir sendiri.
Soalan-soalannya datang secara tegas dan pantas. Dalam pada Dr Mahathir acap kali terkial-kial untuk menghabiskan ayatnya, soalan balas dan hujah disusuli bertalu-talu untuk memberikan persepsi kepada khalayak antarabangsa bahawa inilah perihal Malaysia yang harus dipercayai. Bahawa pemimpinnya bergaduh sesama sendiri, bahawa orang yang menaikkan kini menyesali pelantikan orang yang dinaikkan, bahawa kini menjadi tanggungjawabnya untuk menurunkan orang yang dinaikkannya itu.
Ia bukan pun dalam bentuk perdebatan tiga penjuru, maka tidak hairanlah kalau Dr Mahathir menonjolkan dirinya sebagai pihak yang tidak patut dipersalahkan, hanya untuk kesudahannya dijadikan belasahan. ....
.... Sesiapa juga boleh menyemak catatan untuk mendapati Abdullah sebenarnya tidak pernah menjanjikan demikian. Malah, kalaupun ada kesilapan dalam congakannya, ia adalah pencapaian yang dijangkakannya cuma sedikit kurang daripada keputusan Pilihan Raya Umum 2004.
Jelas, dalam soal ini, Dr Mahathir melakukan pembohongan. Dalam pada itu, ia bukanlah sesuatu yang tidak harus dijangkakan daripadanya pada ketika beliau sendiri tidak sunyi daripada turut mendepani serangan terhadap era 22 tahun pemerintahannya.....
..... Jika diamati hujah serangan Dr Mahathir sama ada dalam temu bual HardTalk atau pada kesempatan lain sebelumnya, gambaran yang boleh didapati ialah banyak perkara yang tidak semena-mena menjadi serba tidak kena sesudah Abdullah mengambil alih teraju pentadbiran. Di sebalik Dr Mahathir meneruskan desakannya agar Abdullah segera melepaskan jawatan, kini Datuk Seri Najib Razak turut tidak lagi menjadi pilihannya untuk mewarisi kepemimpinan.....
.... Atau pada kemahuan Dr Mahathir, sesiapa saja boleh menjadi Perdana Menteri, termasuk Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atau Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, asalkan sesiapa antara mereka turut bersetuju kepada penubuhan sebuah Majlis Presiden yang akan menetapkan agenda kepada kepemimpinan negara.
Majlis Presiden itulah nanti yang akan mengekang kuasa presiden parti daripada menjadi seorang yang terlalu berkuasa – sama seperti ketika Dr Mahathir sendiri memegang teraju kepemimpinan negara. Dengan beliau sendiri dicadangkan untuk turut menganggotai majlis berkenaan, barangkali tidak sukar untuk mengenal pasti jauhari di sebalik manikam serangan Dr Mahathir sejauh ini. Jika itu dibenarkan berlaku, hasrat rakyat seperti disuarakan melalui peti undi pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, tidak lagi akan bermakna apa-apa. ....

Demikian antara hujah diberikan oleh Hishamudin. Lantas, dapat dimengertikan haluan akhbar diwakili beliau sekarang. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan beliau, tetapi kita agak terkejut apabila dalam ruangan Minda Pengarang Berita Harian ada menyatakan bahawa Amerika Syarikat kini mengikut jejak Malaysia dengan mengikat mata wang dolar mereka.
Malaysia telah mengikat ringgit bagi kadar RM3.80 bagi AS$1 sejak krisis kewangan 1987 dan 1988. Langkah berani dan mendapat kritikan Amerika itu diambil oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang kini bergelar Tun.
Jika dibiarkan kepada Menteri Kewangan ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim sudah pasti Malaysia akan meminta bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan negara kita akan tunduk kepada penjajah semula. Kerana untuk membayar hutang berbilion ringgit pastinya kita perlu mengikut telunjuk George Soros yang mengawal IMF. Malaysia bertuah kerana Dr Mahathir berani membuat tambatan ringgit dan menerima kritikan. Tetapi kini langkah Dr Mahathir itu diikuti pula oleh Amerika, sebuah negara maju selepas melihat langkah itu berkesan mengawal mata wang dan ekonomi negara.
Tetapi apa yang dikesalkan ialah dalam ruangan Minda Pengarang Berita Harian itu langsung tidak menyebut langkah mengikat ringgit itu dicetuskan oleh idea Dr Mahathir. Jelas kini MSM menidakkan kebaikan yang dibuat oleh Tun, tetapi mencari kesalahan beliau seperti rencana yang ditulis Hishamudin di atas.

Wednesday, May 7, 2008

Apa Kata editor MSM (Bhg 25 - RPK, PM Ke-6 dan Karpal)

Gambar Raja Petra dalam lokap polis - Pix The Star
Penulis blog popular Raja Petra Raja Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK dituduh di bawah Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948 kerana menulis dan meneribitkan artikel bertajuk “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” yang mengandungi ayat-ayat yang menghasut dalam laman webnya Malaysia Today.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, mengikut Seksyen 4(1) Akta yang sama. Dia dituduhmelakukan kesalahan itu di rumahnya di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
Raja Petra yang memakai kemeja berlengan pendek berwarna kuning kelihatan tenang semasa jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan kemudian meminta mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Raja Petra, K. Balaguru, mengemukakan bantahan awal terhadap kertas pertuduhan itu dengan alasan pihak pendakwaan telah gagal menyatakan masa kesalahan kes itu dilakukan. Bagaimanapun Balaguru menarik balik bantahan itu setelah peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo masuk ke mahkamah untuk menyertai lima peguam lain yang mewakili Raja Petra.
Tujuh peguam terkenal mewakili Raja Petra melawan Timbalan Pendakwa Raya dan kerajaan Malaysia. Siapalah RPK yang telah dituduh kerana menghasut? Besar sangatkan kesalahan RPK sehingga beliau perlu dituduh?
Jika kita membaca artikel yang ditulis oleh RPK, ianya lebih menjurus kepada dua individu iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau iaitu Datin Seri Rosman Mansur. Najib dan Rosmah pula sudah mengeluarkan penafian mereka dalam kes itu dan media arus perdana (MSM) sudah menyiarkannya. Tutup buku.
Editorialblog berpendapat apabila Najib dan Rosmah menafikan perkara itu, maka berita, artikel atau tulisan yang dibuat oleh RPK dengan sendirinya sudah 'dimatikan' dan tidak perlu diulang sebut atau diulang siar. Tutup buku.
Tetapi, kelmarin, masa depan orang yang dikatakan bakal menggantikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia, terus GELAP, apabila polis menahan dan mendakwa RPK di mahkamah kerana dituduh menghasut. Apa yang sepatutnya dibuat oleh Najib dan isteri beliau ialah mengambil tindakan menyaman RPK atas tuduhan memfitnah, jika berasakan artikel ditulis oleh RPK itu menyebabkan kredibiliti mereka terjejas. Individu lawan individu... itu yang betulnya.
Tetapi, Editorialblog berasa pelik pelik apabila polis menyifatkan bahawa artikel itu merupakan satu hasutan yang boleh mengancam keselamatan negara, sedangkan hanya Najib dan Rosma saja dikaitkan dalam artikel itu. Polis telah melakukan serbuan dan pemeriksaan menyeluruh di rumah RPK sebelum menahan dan mendakwa beliau di mahkamah. Amat pelik tuduhan yang dibuat itu.
Para editor MSM walaupun ada antara mereka yang tidak sukakan RPK, tetapi berpendapat tuduhan menghasut yang dikenakan terhadap RPK sudah salah tempat. PAra editor MSM itu bukannya berkelulusan undang-undang, tetapi mereka memberi buah fikiran bahawa "Penangkapan dan tuduhan yang dikenakan terhadap RPK berkaitan tulisan beliau kini benar-benar sudah menjejaskan masa depan politik Timbalan Perdana Menteri".
Para editor MSM berpendapat tidak logik sangat mengenakan tuduhan hasutan terhadap RPK, sedangkan ada isu hasutan lebih besar yang melibatkan orang ramai, seperti kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung raja-raja Melayu dan kenyataan beberapa pemimpin DAP yang mempertikaikan Hak Keistimewaan Orang Melayu.

Ini adalah isu-isu menghasut yang melibatkan orang ramai dan boleh mendatangkan ancaman
kepada keselamatan serta keamanan negara. Inilah isu-isu yang patut diberi keutamaan dan diambil tindakan segera. Tangkap dan dakwa Karpal serta pemimpin DAP yang cuba mencetuskan suasana tegang di kalangan kaum di Malaysia ini. Adakah polis buta terhadap kenyataan dibuat oleh pemimpin DAP ini atau polis takut untuk mengambil tindakan kerana ianya melibatkan pemimpin kanan parti politik pembangkang.
RPK hanya sekelumit kisah kecil tetapi kisah itulah yang akan menjadi satu sejarah besar apabila Najib tidak menjawat jawatan Perdana Menteri.

Tuesday, May 6, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 24 - Mulut kurang ajar Karpal)

Semalam, Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi mencetuskan suasana tidak senang antara bangsa Melayu dan kaum lain. Karpal berketurunan Sikh iaitu puak minoriti di Malaysiayang kebanyakan mereka adalah anti Barisan Nasional, mempersoalkan tindakan Sultan Perak dan mengheret ahli DAP dari kaum Cina dan India untuk menyokong beliau.
Karpal menyedari dia daripada puak minoriti yang suara mereka jarang kedengaran, terpaksa mengajak orang Cina dan India untuk melawan orang Melayu. Sebab itu, Karpal membangkitkan isu mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.
Editorialblog berpendapat apabila Karpal membangkitkan isu itu sudah tentu kaum Cina dan India dalam DAP serta penyokong mereka akan menyatakan sokongan. Maka, terheretlah dua kaum itu untuk 'bergaduh' dengan bangsa Melayu yang rata-rata akan mempertahankan institusi raja. Bangsa Melayu tidak boleh jika ada pihak yang mempertikaikan perintah raja, malah sesama orang Melayu juga 'pernah berperang' kerana ada pihak yang mempertikaikan perintah raja.
Dalam kenyataannya kepada akhbar semalam, Karpal mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'
"Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memetik kes Mahkamah Persekutuan pada 1982, yang menurutnya jelas menunjukkan urusan membabitkan kakitangan awam sama ada patut dipindah dan ke mana hendak dipindah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Sultan Perak sendiri pernah jadi Ketua Hakim Negara, takkan tidak sedar kes ini,” kata Karpal.
Dalam hal ini, beliau berpendapat kerajaan negeri Perak tidak sepatutnya ‘tunduk’ kepada tekanan pihak istana.
"Masalahnya Menteri Besar Perak (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) sudah meminta maaf kepada sultan. Kerajaan negeri tidak sepatutnya dipengaruhi istana. Arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang. Jamry patut ditukar seperti keputusan awal kerajaan negeri. (Mohammad) Nizar tidak perlu minta maaf... tiada apa yang salah,” katanya.
Karpal turut menggesa Kerajaan Pusat memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri agar apa yang berlaku di Perak tidak menjadi ikutan negeri-negeri beraja yang lain.
Menurutnya, walaupun sultan merupakan ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Pada Jumaat lalu, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran tersebut. Arahan itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak.
Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).
Selepas Karpal memberi kenyataan itu, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Khoo Ham turut terheret untuk memperkecilkan peranan dan kuasa Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam negeri itu serta dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak dengan mencabar titah baginda.
Perbuatan ini dianggap biadap dan kurang ajar.
Kenapa Karpal suka mempertikaikan hak raja-raja Melayu dan menganggu 'kehidupan' orang Melayu? Kenapa Karpal tidak menganggu kehidupan orang Cina atau India? Dia tidak akan berani kerana dia tahu partinya akan hilang sokongan orang Cina dan India jika dia mengutuk kehidupan dua kaum itu. Dia tahu bahawa bangsa Melayu tidak berani mengambil apa-apa tindakan, tetapi dia tidak sedar bahawa disebabkan belas ihsan orang Melayu lah dia 'dibenar' menjadi rakyat Malaysia.
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mentifatkan Karpal sebagai biadap kerana mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung arahan pembatalan pertukaran dan pelantikan semula Jamry. Muhyiddin dipetik sebagai berkata tindakan menegur raja secara terbuka bukanlah adat rakyat Malaysia.
Editorialblog cuma mahu mengingatkan pembaca bahawa Karpal tidak pernah mengamalkan adat rakyat Malaysia dan sememangnya dia seorang yang kurang ajar. Dan kita tidak terkejut apabila ada pengulas dalam lemen internet Pas Johor Baharu yang mengancam Karpal baru-baru ini. Editorialblog percaya pelajar yang membuat ancaman bunuh terhadap Karpal itu 'sudah tidak tahan' dengan perangai Karpal yang suka sangat menganggu kehidupan bangsa Melayu.
Hari ini, ramai pemimpin Melayu daripada Umno yang mempertikaikan kenyataan Karpal itu, tetapi tiada suara dari parti yang bersekongkol dengan DAP iaitu PKR dan Pas. Dua parti ini hanya membiarkan pemimpin DAP 'melanyak' orang Melayu.
Dua parti ini yang berasaskan parti orang Melayu membiarkan DAP 'membakar rumah' orang Melayu. Dua parti ini tidak berani untuk menentang kata-kata daripada pemimpin DAP. Dan
kini, pemimpin DAP dari kaum Cina, India dan Sikh sudah dapat melihat bagaimana politik orang Melayu sudah hancur dan mereka menunggu masa untuk menghancurkan Hak Ketuanan dan Keistimewaan Melayu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas kenyataan Karpal itu memberitahu bahawa Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa dalam bidang agama, kuasa raja adalah kuasa mutlak. Najib berkata kerajaan mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa kepada perbalahan antara kaum atau konflik lain yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian negara.
Namun, bagi Editorialblog, ulasan Najib itu hanya sekadar berita semata-mata sedangkan hakikatnya kerajaan sekarang tidak boleh menutup mulut Karpal daripada terus mempertikaikan keistimewaan bangsa Melayu dan raja-raja.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar walaupun menyatakan mana-mana individu yang mempersoalkan sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi boleh didakwa mengikut Akta Hasutan kerana mencabar kedaulatan negara seperti yang termaktub dalam perlembagaan, cuma sekadar mampu mengutuk tindakan Karpal Singh itu.
Pemimpin-pemimpin Melayu sama ada dari Umno, PKR atau Pas sebenarnya tidak berani untuk mengambil langkah drastik supaya tidak ada orang yang berani mempersoalkan Hak Keistimewaan Melayu dan Ketuanan Melayu di Malaysia. Mereka hanya diam dan membiarkan 'orang asing' memperlekehkan kuasa raja-raja Melayu atau keistimewaan Melayu.
Pemimpin dan penyokong tiga parti Melayu itu hanya berani berdepan dengan orang Melayu sendiri. Contohnya, ketika isu pelantikan Menteri Besar Terengganu yag melibatkan pihak
istana. Dalam isu itu, rakyat Melayaia boleh melihat macam mana Melayu 'berperang' dengan Melayu. Jadi jangan salahkan orang lain jika Melayu terus diperlekehkan.

Saturday, May 3, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 23 - Melayu tidak percaya lagi kepada parti politik)

    .....Namun bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah usaha Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), kepercayaan kepada parti politik untuk berfungsi sebagai hero perjuangan Melayu semakin luntur malah kepudarannya amat terserlah selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, baru-baru ini.Lantas mereka bersepakat untuk berhenti menggantung harapan kepada parti politik dan membentuk permuafakatan sebagai wadah alternatif ke arah menggerakkan misi me- ngembalikan perjuangan Melayu serta memastikan bangsa Melayu tidak dipinggirkan di negara sendiri.
    Sebab itu kongres yang bermula semalam tidak membariskan ahli-ahli politik sebagai pembicara kongres biar pun mereka petah berbicara serta bijak menawarkan janji-janji. Semalam bermulalah usaha memperkatakan tentang nasib bangsa di kalangan mereka yang berlatar belakangkan akademik, budayawan, sejarahwan malah sasterawan tidak ketinggalan tokoh-tokoh ekonomi yang amat prihatin tentang nasib Melayu berikutan perkembangan mutakhir ini.Dewan Tanjung Puteri Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor yang dibanjiri wakil daripada 195 NGO Melayu memulakan perbincangan perihal Kedaulatan Politik Melayu......
Sedutan rencana ini ditulis Noraini Abdul Razak, wartawan Utusan dalam memperkatakan mengenai Kongres Permuafakatan Melayu yang diadakan di Johor Baharu. Baca di sini untuk maklumat lanjut.
Benarlah seperti kata Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff bahawa kedaulatan politik bangsa Melayu tidak tercabar walaupun dalam pilihan raya umum yang lalu, Umno tewas banyak kerusi. Tetapi, bangsa Melayu kini tidak mempertahankan ketuanan diri kerana daripada 222 Ahli Parlimen, hanya 124 saja mewakili bangsa Melayu.
“Bilangan ini tidak mencerminkan langsung negara ini sebagai negara yang berteraskan Melayu," kata beliau ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Kedaulatan Politik Melayu' dalam kongres itu.
Selanjutnya, beliau memberitahu bahawa kemerosotan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), menunjukkan bangsa Melayu telah sedar perubahan sikap pemimpin Umnosekarang yang sombong dan menjauhkan diri dengan masyarakat selain gagal menangani manifesto pembangkang. Walaupun kerajaan mengambil langkah segera dengan mengumumkan macam-macam pakej menarik semula sokongan rakyat, pemimpin perlu sedar bahawa rakyat mahu melihat kesan daripada segala pengumuman bukannya memahami apa yang berlaku, seperti dalam isu kenaikan harga minyak.
Umno perlu sedar mereka tidak boleh sombong dengan orang Melayu kerana ia hanyalah sebuah parti, boleh datang dan pergi. Pemimpin Umno perlu bertindak segera mengubati parti ini, ia perlu membina semula imejnya, menyusun kembali kaedah pengurusan maklumat dan media yang dikuasainya, memperbetulkan semula kedudukannya supaya sesuai dengan tuntutan semasa rakyat dan mengubah semula strategi menawan hati rakyat.
Editorialblog pernah membicarakan mengenai bangsa Melayu kini yang sudah beralih menyokong DAP dan parti lain hanya kerana marahkan pemimpin Umno. Seperti kata bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman bahawa kuasa politik orang Melayu di negara ini dijamin Perlembagaan Negara dan sebarang usaha mengubah hak keistimewaan orang Melayu perlu dibawa ke Parlimen dan mendapat majoriti dua pertiga daripada Ahli Parlimen.
Tidakkah kita bimbang hak keistimewaan bangsa Melayu itu dibubarkan oleh Parlimen. Tidak mustahil kerana ada Ahli Parlimen yang mewakili bangsa Melayu di Parlimen sekarang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyokong supaya HAK KEISTIMEWAAN BANGSA MELAYU dimansuhkan. Tidak mustahil ada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bukan Melayu akan menyokong pembangkang jika ada usaha untuk memansuhkan hak keistimewaan itu. Sebagaimana yang kita semua ketahui bahawa PKR yang bersekongkol dengan DAP tidak membantah jika hak keistimewaan Melayu ditarik balik.
Bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dalam kongres itu memberitahu bahawa Perkara 153 mengenai Hak Istimewa Orang Melayu tidak pernah menjadi bahan tawar-menawar ketika penggubalan Perlembagaan Negara kerana ia dilindungi Raja-Raja Melayu sejak British mula menduduki Tanah Melayu.
“Ia tidak boleh dipindah kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Peruntukannya dalam Perlembagaan Negara tidak boleh dipertikai atau dipersoalkan oleh sesiapa pun.
“Suruhanjaya Reid yang menggubal perlembagaan pernah mencadangkan supaya perkara berkenaan diguna pakai selama 15 tahun saja tetapi mendapat tentangan keras daripada Umno dan Raja-Raja Melayu.
“Kedudukan orang Melayu tidak boleh disamakan dengan pendatang. Kerana itulah, hak istimewa kita dilindungi Perlembagaan Malaysia."

Friday, May 2, 2008

Apa Kata Editor MSM (Bhg 22 - Cerita mengenai corak pemikiran pemimpin)

Saya tertarik dengan satu artikel yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian baru-baru ini yang ditulis oleh Prof Madya Dr Rusinah Siron iaitu Pensyarah Utama Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Uniten bertajuk 'Corak pemikiran pemimpin penentu hala tuju'.
Sama ingin memuatkan tulisan beliau di sini:
Pelbagai lapisan masyarakat hari ini bercakap mengenai pemimpin politik dan organisasi dengan pelbagai isu sensasi dan kontroversi. Ruang pejabat dan kafeteria selain khidmat e-mel, telefon, SMS dan pelbagai sudut yang boleh menjadi talian komunikasi dijadikan ruang untuk mereka bercakap dan berbincang.
Malah, wanita profesional dan bekerjaya termasuklah suri rumah juga ada forum mereka tersendiri dalam membincangkan mengenai pemimpin dan kepemimpinan politik, khususnya pemimpin wanita. Begitulah adat resam kehidupan, di mana-mana orang akan bercakap dan tidak akan berhenti bercakap kerana topik yang hendak dicakapkan memang tiada noktah. Apabila kita memperkatakan mengenai pemimpin, perkara penting yang perlu kita lihat secara rasional dan profesional adalah corak pemikiran seseorang pemimpin yang menjadi faktor dan menjadi penentu kepada hala tuju institusi yang dipimpin. Jika lemah pemikiran pemimpin itu, maka lemahlah institusi yang dipimpin dan begitu sebaliknya. Pemimpin perlu memimpin orang bawahan dan di sekelilingnya dan bukannya dipimpin. Itu yang membezakan antara pemimpin dan pengikut. Corak pemikiran pemimpin boleh diklasifikasi seperti berikut yang boleh dijadikan praktik dan panduan kepada mereka yang bergelar pemimpin dalam pelbagai institusi politik, pentadbiran, persatuan, perniagaan dan sebagainya.
Pemikiran Hebat (Great Mind) .
Corak pemikiran pemimpin yang hebat mempunyai kesan ke atas organisasi yang dipimpin. Pemimpin berfikiran hebat ini mempunyai ciri-ciri kepemimpinan seperti berikut:
1) Bentuk pemikiran yang melangkaui zamannya dan luas skop pemikirannya;
2) Berfikiran jauh menuju masa depan dengan visi dan misi yang sukar dicapai oleh mereka yang berfikiran tertutup;
3) Membawa perubahan besar dalam hala tuju organisasi dengan dasar yang membawa impak kepada ekonomi, sosial dan peradaban institusi itu;
4) Seorang pemikir dan mempunyai falsafah yang kukuh dalam menjayakan misinya; dan l Tidak mudah mengikut telunjuk orang lain dan berprinsip kukuh dalam menjayakan apa yang difikirkannya boleh menjadi realiti.

Pemikiran Luar Biasa (Extraordinary Mind)
Tidak ramai pemimpin mempunyai corak pemikiran luar biasa. Lazimnya, pemimpin sekadar mempunyai pemikiran yang biasa atau di luar kebiasaan daripada jangkaan orang lain. Pemimpin yang mempunyai corak pemikiran luar biasa ini selalunya mereka yang kurang diberi perhatian orang lain yang menganggap mereka ini bersikap ganjil dan sukar diterima tabiat dan corak perlakuannya. Pemimpin yang berfikiran luar biasa mempunyai ciri-ciri
kepemimpinan seperti berikut:

1) Menghasilkan teori atau hipotesis yang dijadikan satu landasan. Sebelum dilaksanakan, ideanya sukar diterima oleh mereka yang tidak mencapai tahap pemikiran seperti pemimpin itu;
2) Dianggap pemimpin yang 'hanyut dengan dunia pemikirannya tersendiri' oleh pengikut dan orang kebanyakan;
3) Tidak relevan pemikirannya dengan sumber yang terhad. Pemimpin seperti ini tidak boleh bekerja dengan kongkongan dan tekanan persekitaran yang akan menjejaskan idea dan pemikirannya. Contoh pemimpin yang mempunyai idea luar biasa ini adalah seperti saintis dan pengkaji serta penyelidik yang diberikan akal fikiran yang di luar jangkaan pemikiran orang biasa.
Pemikiran Genius (Genius Mind)
Tidak ramai pemimpin yang mempunyai corak pemikiran yang genius (kebijaksanaan luar biasa) seperti Bill Gates yang juga seorang billionaire hasil daripada pemikiran dan tindakannya yang genius dalam mengendalikan peluang dan ancaman yang wujud dalam dunia perniagaan.
Pemimpin genius selalunya tidak suka kepada publisiti dan promosi diri berlebihan dan selalu bersikap 'low profile' dan banyak memikir dan bertindak daripada bercakap banyak. Pemimpin yang berfikiran genius ini selalunya bercakap
sesuatu yang kreatif, inovatif dan secara kolektif untuk kejayaan organisasi.

Pemikiran Tidak Peduli (Never Mind)
Ramai pemimpin mempunyai corak pemikiran tidak ambil peduli dan hanya mengikut dan mengiyakan kata-kata dan cadangan daripada pengikutnya dengan harapan untuk disokong dan mengambil hati pengikut. Sebenarnya pemikiran pemimpin yang seperti inilah yang akan menghancurkan organisasi kerana bersikap bersetuju, menyokong dan mengikut semata-mata.
Sikap ini sebenarnya jika dilihat secara yang tersirat adalah sikap tidak mahu ambil tahu dan tidak mahu tahu serta tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Walaupun pemimpin seperti ini komited dengan aktiviti dan tugasnya sebagai pemimpin seperti bermesyuarat, melawat tapak projek dan sebagainya tetapi kerana corak pemikirannya yang bersikap tidak perlu tahu banyak dan jangan ambil peduli sangat dengan apa yang berlaku kerana takut dipersalahkan, akan menjadikan organisasi yang dipimpin itu menuju kepada kehancuran yang nyata dan terancang.
Setiap pemimpin mempunyai corak pemikiran berbeza yang bergantung kepada personaliti pemimpin itu. Tidak ada salah benarnya bagi seseorang pemimpin itu dalam merujuk pakai pemikirannya dalam memimpin organisasi tetapi perlulah suai padan dan fleksibiliti dalam menentukan keselarasan dan kesepaduan dalam memimpin organisasi ke arah hala tuju yang menepati visi dan misi organisasi. Seseorang pemimpin yang efektif dan efisien itu perlu mengamalkan sikap 'cakap dan buat' dan bukan 'cakap tak serupa bikin' kerana jika tidak pengikut-pengikutnya akan 'cakap-cakap' mengenai sikap pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi tidak pernah membuat seperti apa yang dicakapkan.
Oleh itu, seseorang pemimpin perlu peka dan bukan pekak dalam mendengar hasrat dan suara hati pengikut dan orang bawahan. Bentuk daripada awal corak pemikiran kritis dan hebat bagi membentuk hala tuju organisasi yang dipimpin ke arah kecemerlangan.

Editorialblog serta para editor MSM berharap sangat-sangat pemimpin yang ada sekarang baik dari kalangan kerajaan atau pembangkang supaya menilai diri mereka terhadap apakah corak pemikiran mereka. jangan diamalkan corak pemikiran tidak peduli dan "hanya mengikut dan mengiyakan kata-kata dan cadangan daripada pengikutnya dengan harapan untuk disokong dan mengambil hati pengikut". - Renung renungkan lah...

Thursday, May 1, 2008

http://www.chedet.com/

Dunia blogger negara mencatat sejarah tersendiri hari ini - 1 Mei 2008 iaitu Hari Pekerja - apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengendalikan laman blog beliau sendiri. Syabas diucapkan kepada Tun walaupun sudah berusia lebih daripada 80 tetapi Tun masih mampu menyampaikan pandangan sebagai wadah kepada generasi akan datang.
Editorialblog mengalu-alukan kehadiran Tun dalam dunia blog. Walaupun, Tun tidak menggunakan blogspot, wordpress atau mana-mana pengendali laman blog, tetapi menggunakan .com, ia satu sejarah bagi dunia blogger negara. Sebagai menghargai kedatangan Tun ke dalam dunia blog, Editorialblog mahu menyampaikan sedikit maklumat berkaitan hidup Tun yang mungkin ramai belum mengetahui. Tidaklah secara terperinci tetapi cukup sekadar mahu memberi kronologi kehidupan seorang - Pemimpin Terunggul. 'Pemimpin' yang hanya akan wujud semula di Malaysia dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Dunia Tun Mahathir:
1925: Born in Alor Star, Kedah on July 10 (often documented as December 20).
1945: Joined the Anti-Malayan Union Campaign.
1946: Joined the United Malays National Organization (UMNO) as a member upon its inception.
1953: Graduated as a physician from King Edward VII Medical College, Singapore (subsequently became the medical faculty of the University of Malaya; Joined the Malaysian government service as a medical officer upon graduation.
1956: Married Dr Siti Hasmah Mohd Ali on August 5.
1957: Left the government medical service to set up his own practice in Alor Star.
1957: His first child Marina Mahathir was born in June, she is Mahathir bin Mohamad's eldest daughter.
1958: Mirzan was born in November, it is his second child and first son.
1961: Mokhzani was born in January, it is his third child and second son.
1964: Elected Member of Parliament for Kota Setar South on an Alliance Party ticket, defeating the Pan-Malaysian Islamic Party'(PAS) candidate with 60.2% of the votes polled.
1964: Mukhriz was born in November, it is his youngest child and third son.
1965: Elected as a member of the UMNO Supreme Council.
1968: Appointed as Chairman of the first Higher Education Council.
1969: Lost his parliamentary constituency of Kota Setar South to PAS's candidate, Haji Yusoff Rawa, by 989 votes; Sacked from the UMNO Supreme Council on July 12, following the widespread distribution to the public of Mahathir's letter to Tunku Abdul Rahman, then Prime Minister and President of UMNO; Relieved of his party membership on September 26.
1970: Published "The Malay Dilemma" that was soon banned.
1972: Rejoined UMNO on March 7.
1973: Appointed as a Senator.
1974: Appointed Chairman of the National University Council; Relinquished the post of Senator in order to contest in the 1974 General Elections where he was returned unopposed; Appointed as the Minister of Education on September 5.
1975: Became one of the three vice-presidents of UMNO, after winning the seat by 47 votes.
1976: Elected as Deputy President of UMNO on March 5.
1978: Appointed Deputy Prime Minister by the then Prime Minister, Tun Hussein Onn on September 15; Relinquished the Education portfolio to become Minister of Trade and Industry (June 1, 1978 - July 1981)
1981: Elected as UMNO President on June 26; Appointed as Prime Minister of Malaysia on July 10, when Tun Hussein Onn stepped down for health reasons; Concurrently took charge of the Ministry of Defence (July 18, 1981 - May 6, 1986); Launched the slogans for a "Clean, Efficient and Trustworthy Government"; "Leadership Through Example", the "Look East Policy"; "Permeation of Islamic Values", and "Buy British Last"; Moved the clock by half an hour in Peninsular Malaysia to bring it in line with East Malaysia; Made a public apology to Tunku Abdul Rahman; Engineered the dawn raid in Malaysia’s takeover of Guthrie Corporation by Perbadanan Nasional Berhad (PNB) in the London Stock Exchange on September 7 to return ownership of some 200,000 acres (800 km²) of agricultural land to the people.
1983: Removed royal veto, such that a bill could becom law on approval by parliament; Initiated Perusahaan Otomobil Nasional, a national car project.
1986: Musa Hitam resigned as Deputy Prime Minister on February 27; Appointed Ghafar Baba as Deputy Prime Minister; Concurrently took charge of the Ministry of Home Affairs on May 7; A major diplomatic row erupted with neighbouring Singapore when Chaim Herzog, the President of Israel, paid a state visit.
1987: Narrowly warded off a challenge by Tengku Razaleigh for the post of UMNO president on April 24.
1988: Engineered the dismissal of the Lord President of the Supreme Court, Salleh Abas, and three other supreme court justices who tried to block the misconduct hearings, when the future of the ruling party UMNO was about to be decided in the Supreme Court (it had previously been deregistered as an illegal society in the High Court);
1990: Took over the Ministry of Home Affairs (October 1990 - January 1999);
1993: Appointed Anwar Ibrahim as Deputy Prime Minister; Limited the legal immunity of the monarchy, after the Douglas Gomez incident; Relationships between Mahathir and Australia's leaders reached a low point when Paul Keating described Mahathir as "recalcitrant" for not attending the APEC summit. (It is thought that Keating's remark was a linguistic gaffe, and that he actually meant "intransigent".)
1997: Introduced the currency peg to resolve the 1997 Asian financial crisis on September 1.
1998: Sacked his deputy, Anwar Ibrahim; Relations with the United States took a turn for the worse, when US Vice President Al Gore made a derogatory statement at the APEC conference hosted by Malaysia. Brought trumped-up sodomy and abuse of power charges against Anwar Ibrahim following a disagreement on certain political issues; Appointed Abdullah Ahmad Badawi as Deputy Prime Minister; Official opening of the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) in Sepang, built at a cost of USD$3.5 billion; Completion of the 88-storey Petronas Twin Towers, the tallest twin towers in the world; Named as "Asia's Newsmaker of 1998" by TIME Magazine.
1999: Took over the Ministry of Finance on January 8; Official opening of Cyberjaya, a township that is a key part of Malaysia's "Multimedia Super Corridor".
2001: Took over the Ministry of Special Functions on June 5.
2002: Announced that Mathematics and Science subjects will be taught in English, rather than in Malay with effect from 2003; Announced his resignation to the UMNO General Assembly, but was persuaded to stay on for a further eighteen months.
2003: Retired as Prime Minister of Malaysia on October 31, after 22 years in office, making him one of Asia's longest-serving political leaders; Awarded the Tun-ship, Malaysia's highest honour.
2008: Be a blogger on May 1.

Selsema

PENGUMUMAN!
Editorialblog percaya ramai yang tertunggu-tunggu apa cerita selanjutnya mengenai keadaan sosial dan politik tanah air kita sekarang. Editorialblog sebenarnya kena demam selsema yang agak teruk sejak semalam dan tidak dapat tumpu kepada penulisan. Malah editorialblog juga diberi dua hari cuti sakit. Maaf.