- “Saya sudah 26 tahun di Parlimen, saya tidak mudah ditakut-takutkan oleh sesiapa saja atau mana-mana pihak. Saya berdiri teguh dengan apa yang saya cakap kerana ia adalah kebenaran yang mesti ditegakkan pada setiap masa dalam menghadapi semua halangan. Saya beri amaran kepada Perdana Menteri bahawa saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadap Abdullah dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak jika mereka terus membuat kenyataan berbaur fitnah terhadap saya. Saya tidak nampak bagaimana kenyataan saya dalam soal pertukaran Jamry menghina kuasa Sultan sebagai Ketua Agama di negeri Tuanku. Jelas, saya tidak melakukan kesalahan dan mereka yang membuat laporan polis terhadap saya perlu bersedia berdepan tindakan dan akibat sekiranya laporan yang dibuat didapati palsu,”.
Ternyata, Karpal kini menggunakan undang-undang untuk memporak peranda hubungan antara kaum di Malaysia. Penggunaan undang-undang itu dilakukan kerana Karpal menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempunyai dua pertiga suara di Dewan Rakyat untuk menggubal atau meminda sebarang akta atau Perlembagaan Persekutuan.
Sebenarnya, Karpal Singh sejak menjadi ahli politik sudah banyak kali 'menganggu' orang Melayu, tetapi takut untuk 'menganggu' kaum Cina dan India atau kaum sendiri. Ini jelas menunjukkan Karpal 'anti Melayu' tetapi tidak disedari oleh bangsa Melayu di sekelilingnya.
Setakat hari ini saja sembilan laporan polis sudah dibuat terhadap kenyataan Karpal itu, tetapi kerajaan pimpinan Abdullah Badawi dan Timbalannya Najib Razak tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya hanya melihat orang Melayu dipijak-pijak oleh benggali. Sejak kekalahan paling teruk BN dalam sejarah Malaysia moden dalam pilihan raya 8 Mac lalu, kaum Cina, India dan Benggali nampaknya kini lebih berani mencabar orang Melayu.
Jika hal sebegini pun Abdullah dan Najib tidak dapat menanganinya, maka lebih baik lah kedua-duanya berundur. Serahkan jawatan itu kepada orang yang lebih layak. Karpal sendiri sudah beri amaran kepada Abdullah dan Najib.
Khusus untuk Karpal Singh, teruskan lah mencaci bangsa Melayu kerana bangsa Melayu sudah takut kepada bangsa lain di bumi sendiri. Pertubuhan Melayu terutama Umno hanya boleh membuat aduan polis, tetapi takut untuk mengadakan perhimpunan seperti dilakukan oleh Hindraf, Bersih, JERIT atau Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment